Monday 29 December 2014

D A T A N G L A H 2 0 1 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada sekalian pembaca, sahabat handai dan kenalan.
Menjelang 2015 ini diharap kita semua menjadi lebih bijaksana dan bersedia menempuh tahun -tahun yang mungkin lebih mencabar dan menduga jiwa raga kita semua.

Semoga Tahun 2015 - meskipun nampaknya sangat tidak menentu keadaan ekonomi dan sosial, dengan pendapatan negara daripada hasil minyak yang merosot hari ini, dan kos serta harga barangan semakin tinggi, ditambah lagi akibat banjir teruk pada hujung tahun 2014 yang menimpakan kerugian kepada rakyat ( khususnya penduduk Melayu) - kita akan lebih gigih menguruskan kehidupan secara lebih berdisiplin dan berjimat bagi memelihara waktu, wang ringgit, dan tenaga cipta ke arah yang lebih produktif dan berkualiti.

Dengan kemuudahan teknologi digital ada kecenderungan ramai anggota mayarakat terjebak dalam pembaziran kerana terpikat dengan maklumat, berita dan cerita-cerita yang lebih bersifat hiburan, malahan yang negatif seperti gosip, kritikan dan tohmahan.Inilah wajah hitam  daripada kebebasan yang luar biasa yang hari ini dihadiahkan oleh kebebasan demokrasi media yang hanya dapat dijinakkan dengan keinsafan terhadap dosa pahala dan hati nurani yang jernih.

Semoga kita lebih mahu memilih tujuan dan cita-cita POSITIF untuk membina suatu masyarakat yang hebat, mampu bersaing dengan bangsa lain melalui kekuatan mental dan imaginasi kreatif yang tinggi. Mari kita mulai dengan tujuan dan matlamat  --untuk orang lain dan untuk diri kita-- supaya Malaysia lebih terhormat; dan kuat ekonomi, pemerintahan, budaya dan pertahanannya (jasmani serta rohani)

.
                                             KEPADA SAUDARA-SAUDARA SEMUA
SELAMAT MEMASUKI TAHUN 2015 DENGAN BERGAYA DAN KEYAKINAN YANG BESAR

1 comment:

pie said...

Assalamualaikum Dato'.. Saya Fairuz dari New Straits Times. Saya nak berhubung dengan Dato untuk dapatkan komen mengenai Allayarham Datuk Abdullah Hussain. Bagaimana saya boleh berhubung dengan Dato ye? Mohon bantuan