tag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post2245108874972831148..comments2023-11-02T19:00:58.069+08:00Comments on DesaKota: PERJUANGAN BAHASA KEBANGSAAN BELUM BERAKHIR : Kesihan Orang Melayubahazainhttp://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-76570723732014039342010-07-05T15:25:02.998+08:002010-07-05T15:25:02.998+08:00Slam Pak Baha: Untuk tidak sekadar tergantung deng...Slam Pak Baha: Untuk tidak sekadar tergantung dengan tanya, kita memilih bil tiba waktunya.

MARSLI N.OMARSLI N.Ohttps://www.blogger.com/profile/05163675394253168402noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-85188777024617436422010-05-31T23:02:38.425+08:002010-05-31T23:02:38.425+08:00Assalamualaikum
Sdr Ampuan Awang,
Benar, InsyaAl...Assalamualaikum

Sdr Ampuan Awang,
Benar, InsyaAllah , semangat dan api cinta terhadap bahasa kita sukar dipadamkan kerana ia adalah perasaan, fikiran, hati nurani dan suara kehidupan kita.

Sdr Suhaimi,
Penarafan universiti sebagai pusat ilmu berdasarkan bahasa Inggeris jelas menunjukkan imperialisme bahasa Inggeris terhadap pembangunan bahasa-bahasa lain yang mendukung jati diri bangsanya.Anehnya ramai antara kita ( ilmuwan & Profesor juga) termakan dengan panarafan yang kontroversial ini.Walau bagaimana pun elok juga isu ini timbul untuk membuat institusi ilmu kita berfikir lebih serius tentang ukuran-ukuran yang sebenarnya.Pokoknya bagaimana membangunkan bahasa Melayu terus berkembang maju sebagai wahana ilmu dan tamadun modern.

Sdr Zul,
Kita sekarang sedang dilanda oleh globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi. Semua dunia membangun menderita masalah yang sama, tetapi selagi rakyat celik budaya dan terus menyoal sebagaimana yang sedang kita lakukan, kita akan dapat melawan kehancuran jati diri dan nasib bangsa kita. Mari kita memperkukuhkan kedegilan semangat dan pemikiran kita untuk melawan secara intelektual musuh luar dan lebih-lebih lagi musuh di dalam. Perluaskan dialog dan debat budaya ini dari waktu ke waktu.bahazainhttps://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-6272352525717387942010-05-26T18:45:45.761+08:002010-05-26T18:45:45.761+08:00assalamualaikum kembali buat Pak Baha. Pernah saya...assalamualaikum kembali buat Pak Baha. Pernah saya meluahkan rasa sedih dalam sebuah puisi ini, yang bertajuk 'Bangkitlah Pejuang Bangsaku...':

Wahai pejuang

Bangkitkan kembali semangatmu yang kelam

Dihanyutkan badai kemajuan yang deras

Mengharung liku-liku

berlarutan keadaannya

Jauh hingga lemas ke dasar

Watak-watak wiramu telah lama kembali

Jasa mereka...

Lupakah kalian akan pengorbanan yang pernah dicurahkan!

Pertempuran di Hulu masih berada jelas diingatan

Takkan padam ingatan itu

Walaupun ia cuma tinggal sebuah kenangan

Begitu juga di Hilir

Darah pernah mengalir di sana

Kalian lupakah!

Ke mana hilang rasa banggamu?

Pada warisan milik moyangmu dahulu

yang digelar pengkhianat

dicerca, difitnah oleh penjajah

dan yang sesuku denganmu

Hanya disebabkan rasa bangga pada dunia baru

Dunia yang wujud atas darah hangat

yang membasahi bumi bertuah ini

Semakin lama hidup

Semakin diinjak-injak

Merdeka bergema setakat di kerongkongan

Salam pejuang ku tujukan

Buat para wira terdahulu

dan yang terkemudian

Semoga cita-cita kita

Bersatu di bawah payung

beserta panji-panji Melayu

Menjadi bukti pada sejarah

Bahawa bangsa kita

Takkan pupus

dan takkan hilang di dunia...Ampuan Awanghttps://www.blogger.com/profile/08186798436870544930noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-66399019992527405622010-05-26T11:43:18.856+08:002010-05-26T11:43:18.856+08:00Salam, Dato’;
Alangkah tergoresnya perasaan kerana...Salam, Dato’;
Alangkah tergoresnya perasaan kerana dilahirkan sebagai Melayu! Bahasanya yang pernah menjadi lingua franca tidak lagi diyakini oleh sebilangan bangsanya, termasuk bangsanya yang pernah menjadi kepala negaranya (dungu). Alangkah malunya menjadi Melayu apabila sebahagian daripada bangsanya (kerana ego) tidak mempedulikan nasib anak-anak bangsanya yang lain — yang duduk di ceruk kampung — terkial-kial memahami konsep Sains dan asas Matematik! Alangkah peliknya duduk dalam kelompok orang Melayu, kerana sebahagiannya mengalihkan kiblat bahasa mereka ke England dan Amerika sedangkan di Jepun dan Jerman bahasanya memakmurkan negara.

Dato’,
Dalam persidangan UMNO, membangkitkan isu bahasa menjadi dosa. Membicarakan isu bahasa yang menjadi lambang jati diri bangsa dianggap sebagai isu basi. Jadi, siapakah yang hendak kita harapkan? PAS dengan agenda agama untuk semuanya (tidaklah salah), PKR dengan agenda kuasanya. PERKASAkah yang hendak kita harapkan? Atau DAP?

Tun Mahathir hanya bersifat “mantan” pada jawatannya dahulu tetapi tidak “mantan” dalam pendiriannya mengangkat ketuanan bahasa Melayu. Di dalam blognya, suatu ketika dahulu, dia sampai tergamak membuat pungutan suara tentang pemansuhan PPSMI. Hasil pungutan suara itu dibangga-banggakannya — bahawa lebih banyak orang yang lebih suka PPSMI diteruskan.

Entahlah, Dato’. Mereka bukan sahaja memelukutkan bahasa kita ini malah memelukutkan kita sendiri.ZULKIFLIhttps://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-60109340005844779892010-05-26T09:36:24.716+08:002010-05-26T09:36:24.716+08:00Salam hormat, Dato’.
Berhubung dengan isu pengguna...Salam hormat, Dato’.
Berhubung dengan isu penggunaan dan usaha memartabatkan bahasa Melayu yang tampaknya tidak berkesudahan gara-gara ketaksuban baca: kejahilan dan ketidakpedulian terhadap bahasa Melayu) sesetengah orang besar politik, ekonomi, sosial, pendidikan, dan sebagainya terhadap bahasa Inggeris, saya petik kata-kata ilmuan Malaysia dan Barat baru-baru ini.
Terima kasih.

“…Kini seorang sarjana Barat yang baru dilantik kira-kira setahun lalu menjadi Pengerusi Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman, Prof. Dr. Arndt Graf, kebetulan teman lama saya, dengan telus dan tulusnya memberikan pandangan yang turut menyangkal mitos penarafan universiti sedunia itu. Beliau turut merintih kerana kepalsuan yang turut menjadi mitos juga dalam kalangan pemimpin institusi ilmiah apabila bahasa Inggeris dianggap satu-satunya bahasa Barat yang bermartabat bahasa ilmiah, sedang bahasa-bahasa Barat lain seperti Jerman, Perancis dan yang lain tetap utuh sebagai sendi tamadun bangsa-bangsa Barat lainnya. Di Malaysia, kebanyakan pemimpin ilmiah hampir-hampir tidak memberikan nilai ilmiah sama sekali (malah ada yang terus terang menolaknya daripada kriteria pengiktirafan kesarjanaan) kepada karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Alangkah "tingginya rasa rendah diri" sebilangan pemimpin kita yang bergelar ilmuwan!”
Prof. Dr. Hj. Awang Sariyan,
Linguist bahasa Melayu terkemuka dan kini Penyandang Pertama Kerusi Pengajian Melayu Malaysia-China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University.

“Bidang penyelidikan dan penerbitan sahaja amat kompleks - dan amat berbeza umpamanya antara sains dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga dari aspek bahasa. Misalnya, apakah kita semua harus mengabaikan penerbitan dalam bahasa ibunda kita masing-masing, hanya kerana dalam penarafan universiti sedunia hanya terbitan dalam bahasa Inggeris? Tentu tidak! Bahasa Melayu, Perancis, Rusia, Arab, China, Jerman dan lain-lain mesti terus digunakan sebagai bahasa ilmiah.

Kalau perlu, yang patut dihapuskan adalah penarafan universiti sedunia, bukan bahasa ibunda kita masing-masing.”

Prof. Dr. Arndt Graf,
Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman.[Beliau memperkatakan isu penarafan universiti sedunia oleh badan penarafan universiti sedunia, Times Higher Education (THE) dan Quacquarell Symonds (QS).]suhaimihttps://www.blogger.com/profile/11721680650770073637noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-89102524899788815942010-05-25T19:11:21.216+08:002010-05-25T19:11:21.216+08:00assalamualaikum, Pak Baha.
perjuangan takkan bera...assalamualaikum, Pak Baha.

perjuangan takkan berakhir. ya, benar. perjuangan bahasa kebangsaan takkan pernah tamat polemiknya...Ampuan Awanghttps://www.blogger.com/profile/08186798436870544930noreply@blogger.com