tag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post5081559324685905300..comments2023-11-02T19:00:58.069+08:00Comments on DesaKota: SINGAPURA:DALAM SUKA & BENCI (2)bahazainhttp://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-72845385301530185602009-11-06T00:04:47.922+08:002009-11-06T00:04:47.922+08:00Assalamualaikum,
Sdr Zul,
Saya mendapat kesan Mela...Assalamualaikum,
Sdr Zul,
Saya mendapat kesan Melayu di Singapura sudah tak ada pilihan lain. Harus melakukan yang terbaik saja dalam situasi yang menyelubungi mereka. Ramai daripada mereka masih sakit hati terhadap pemimpin kita yang memutuskan Singapura ke luar dari Malaysia. Malah ada yg berkata kalau dia ke Malaysia dia hendak kencingkan kubur pemimpin2 Melayu yang dulu menyingkirkan Singapura ke luar.Melayu perlu bersikap adil kepada semua penduduk , tetapi harus tegas mempertahankan kedudukannya serta peruntukan2 perlembagaan dan menterjemahnya dalam dasar dan pelaksanaan pentadbiran negara.Kita mesti terus berani berdialog.

Sdr Lutfi,
Orang Melayu tak boleh apologetik, malu-malu dan berasa berdosa lagi memperjuangkan haknya. Walaupun dia Islam, tetapi dia Melayu. Walaupun dia Melayu, tetapi dia Islam. Bukan Islam-Arab atau Arab-Islam yang pepah seekor kambing panggang bagi 4 atau 5 orang.Melayu Kelantan itu walaupun Islam suka makan buduk, Melayu Melaka selera makan cencaluk, dan yang di Perak itu gulai tempoyak tak habis-habis walaupun bukan musim durian.Tuhan dah jadikan kita Melayu ,jangan was-was. Kita bukan kafir atau atheis. Jadi teruskan bercakap sebagai Melayu-Islam walaupun terhadap pemimpin politik UMNO atau PAS. Bangunkan semangat baru generasi muda yang cekal berdebat; kalau perlu memberontak
terhadap pemimpin politik yang mengkhianati kebudayaan Melayu dan Islam. Bagaimanapun kita tak usah bersikap rasis, menekan dan menindas ras lain; tetapi jangan sampai membisu membicarakan kenyataan ras dan kemajuan negara ini.Perinsipnya keadilan; dan keadilan itu bukan automatik bermakna sama rata.Kehebatan Islam yang dibawa oleh SAW itu ialah keadilan dan akhlak.bahazainhttps://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-51256568821607062962009-11-04T14:26:59.110+08:002009-11-04T14:26:59.110+08:00Salam Dato'.
Setahu saya, jika di Amerika, ki...Salam Dato'.

Setahu saya, jika di Amerika, kita senaraikan seratus orang terkaya di sana, agaknya berapakah berbangsa Cina? Cuba kita buat senarai yang sama di negara kita.
Salah satu yang 'tidak disedari' ialah betapa orang Melayu Malaysia ini tidak rasis dalam ekonomi.

Kisah seperti sebuah kedai Cina yang makmur di tengah-tengah kawasan berpenduduk Melayu bukanlah satu kisah menarik, malah sangat klise dalam konteks di negara kita.

Hal ini berbeza dengan sikap rasis ekonomi bangsa lain di Malaysia. Sebagai contoh, jika disenaraikan pengguna Celcom, agaknya berapakah penggunanya berbangsa Cina? Majoritinya pasti Melayu. Mengapa mereka lebih selesa menggunakan Maxis? Kata sesetengah orang, hal ini kerana Celcom yang dilabel sebagai masyarakat yang dikuasai oleh orang Melayu.

Namun, yang lebih malang saya kira bukanlah sikap masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Yang paling tragik ialah sikap pemimpin Melayu sendiri yang begitu sinis terhadap orang Melayu. Mereka menghentam budaya 'subsidi'. Tetapi yang sebenarnya, mereka inilah yang banyak menerima subsidi. Namun kerana mereka ini tergolong dalam golongan elit yang bebal, dan menguasai media-media, maka sudah tentu imej mereka digambarkan sebagai sangat berdikari, merdeka dan seterusnya.

Pola sikap yang sama ditunjukkan oleh pemimpin parti di Malaysia, termasuk parti oposisi. Dengar-dengarnya, sebuah parti 'Islam' di negara ini sendiri sudah tidak mahu lagi menarik undi orang Melayu dan bercakap tentang Melayu dikatakan sangat perkauman sikapnya.

Jadi akhirnya, situasi begini maksud saya, akan menyebabkan soal perbincangan tentang nasib Melayu dan lain-lain bukan sahaja dilihat sebagai sangat perkauman, rasis, tidak liberal, malah akan menjadi subjek taboo dalam masyarakat.

Berbanding isu seks bebas, gay, lesbian, dll - percayalah, satu masa nanti apa sahaja yang dikaiktan dengan frasa 'Melayu' akan menjadi lebih taboo daripada apa yang sudah sedia taboo di negara kita.

Ketika kita berada pada tahap itu, maka subjek taboo yang seterusnya, ialah 'Islam'. Mungkin ketika itu, Parti Islam Semalaysia yang kita kenal sebagai PAS itu, juga akan diharamkan, atau pun, akan menukarkan namanya kepada kata-kata lain, yang tidak dianggap taboo.

Wallahu'alam.lutfihttps://www.blogger.com/profile/10427884099661884177noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-41238352704857824202009-11-04T14:24:35.924+08:002009-11-04T14:24:35.924+08:00This comment has been removed by the author.lutfihttps://www.blogger.com/profile/10427884099661884177noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-87607516839220378582009-11-04T11:59:45.626+08:002009-11-04T11:59:45.626+08:00Salam, Dato',
Keseronokan orang Melayu Singapu...Salam, Dato',
Keseronokan orang Melayu Singapura menjadi warga Singapura, dengan semua senario yang Dato' huraikan itu, agaknya sama seperti keseronokan orang Melayu bekerja di Public Bank, Genting, dan puluhan syarikat Cina lain. Orang-orang Melayu itu hanya mengutip gaji daripada jawatan sebagai kerani, pembantu pejabat, pengurus (seorang dua) sedang pembuat kata putus (COO, CEO, dll) ialah Cina-Cina itu.

Jawaban Dato' untuk pertanyaan Goh Choo Keng itu seharusnya bukan sekadar telah membuka matanya tetapi turut membelah tengkoraknya! Kita di Malaysia telah memberikan segala-galanya kepada mereka (Cina, India, dll)sedang di negara ASEAN lain, seperti kata Dato', mereka hanya beroleh sebahagian kecil daripada yang diperoleh orang seperti mereka di Malaysia.ZULKIFLIhttps://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.com