tag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post7235309897914450367..comments2023-11-02T19:00:58.069+08:00Comments on DesaKota: CABARAN PASCA PPSMIbahazainhttp://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-44764127532133908442009-08-02T19:57:02.047+08:002009-08-02T19:57:02.047+08:00Salam ayahandaku, terima kasih atas ucapan bermakn...Salam ayahandaku, terima kasih atas ucapan bermakna ayahanda di blog anakanda.D'Rimbahttps://www.blogger.com/profile/01605994350829149879noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-18106932372591484162009-08-02T19:25:33.302+08:002009-08-02T19:25:33.302+08:00Assalamualaikum
Sdr D'Rimba
Alhamdulillah kita...Assalamualaikum
Sdr D'Rimba
Alhamdulillah kita bertermu lagi, dan semoga sdr terus tak terganggu
untuk berucap dan berkarya. Kita semua sudah bergantung kpd teknplogi, tetapi tak apa asalkan insaf bahawa kita memanfaatkannya untuk sesuatu perjuangan.

Sdr Faizal,
Semoga sdr dapat menggunakan pengaruh dalam UMNO untuk memperhebat gerakan memoden dan membina bahasa Melayu supaya menjadi bahasa pengucapan pemimpin
dalam setiap ucapannya kepada 1 Malaysia, terutama depan khalayak bangsanya. InsyaAllah.bahazainhttps://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-82004411983651890432009-07-31T21:04:35.599+08:002009-07-31T21:04:35.599+08:00Kita perlu berani mendaulatkan bahasa kita sendiri...Kita perlu berani mendaulatkan bahasa kita sendiri seperti negara China, Jepun dan Korea tanpa perlu berdolak-dalik..

Pendirian Generasi Baru 1 Malaysia Tetap Sama:
Rujuk >> Blog 1 MalaysiaUMNO PARTI PENJARAhttps://www.blogger.com/profile/04604517701609348361noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-74306422807064035622009-07-31T20:08:22.122+08:002009-07-31T20:08:22.122+08:00Allah Maha Besar, Apa khabar ayahanda di sana? Sem...Allah Maha Besar, Apa khabar ayahanda di sana? Semoga sihat diberi Allah di sampning keluarga tercinta. Anakanda amat sibuk mula belajar ini dan baru saja pulih sepenuhnya komputer riba ini. Anakanda masih berharap bahasa Melayu dikembalikan sepenuhnya bermula tadika hingga universiti awam mahupun swasta sebagai bahasa pengantar seluruh ilmu.D'Rimbahttps://www.blogger.com/profile/01605994350829149879noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-11235037554398336542009-07-25T23:23:58.742+08:002009-07-25T23:23:58.742+08:00SELAMATKAN BLOG ANDA DENGAN MEMBUANG IKON FLG BLOG...SELAMATKAN BLOG ANDA DENGAN MEMBUANG IKON FLG BLOG DI ATAS SEKALI DARI BLOG ANDA DI DELETE SEPENUHNYA OLEH MEREKA YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB. LIHAT CARANYA DI: http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.htmlArif Omarhttps://www.blogger.com/profile/13330577334441617756noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-13916891559142813162009-07-24T21:52:19.187+08:002009-07-24T21:52:19.187+08:00Assalamualaikum Sdr Zulkifli,
Terima kasih memberi...Assalamualaikum Sdr Zulkifli,
Terima kasih memberi pandangan tentang masalah bahasa Melayu dan orang Melayunya. Sungguh aneh setelah lebih 50 tahun merdeka kita harus berjuang lagi untuk melaksanakannya. Nasib malang bagi kita, pemimpin kita sendiri di depan khalayak atau tatkala memberi kenyataan akhbar tak boleh bercakap atau tak mahu bercakap Melayu. Mereka berasa hebat dan ada
gengsi kalau bertutur bahasa Inggeris ( yang bukan canggih dan halus sangat). Kita bagai mendaki gunung sekarang , dan susah hendak meyakinkan tokoh-tokoh sukan etc kalau tokoh pemimpin sendiri tak menunjukkan contoh. Tetapi kita jangan patah hati, tanam semangat juang yg baru.InsyaAllah . Akhirnya PPSMI berjaya juga dipatahkan. Dan seterusnya kita berusaha lagi.bahazainhttps://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-43577709671478011132009-07-23T09:18:32.339+08:002009-07-23T09:18:32.339+08:00Salam, Dato' dan penjenguk DesaKota sekali lag...Salam, Dato' dan penjenguk DesaKota sekali lagi,

Salah satu cabaran pasca-PPSMI adalah apabila usaha pemantapan bahasa Inggeris hendak dilaksanakan. Tentang hal ini, jenguklah blog Dr Rahmat Haroun di rahmatharounhashim.blogspot.com (Wacana Seni) dalam postingnya yang berjudul 'English as a Tool Not Soul'. Kegusarannya sangat berasas.ZULKIFLIhttps://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-17515053280952826822009-07-23T09:02:13.981+08:002009-07-23T09:02:13.981+08:00Salam, Dato',
Penentangan segelintir pihak (o...Salam, Dato',

Penentangan segelintir pihak (orang Melayu) terhadap PPSMI ini memperlihatkan suatu hakikat, iaitu sudah ada orang Melayu yang kabur tentang jati diri mereka.

Sehingga demikian, ada suara-suara yang menuduh bahawa orang-orang yang menentang PPSMI ini hanya warga emas, para belia tidak menentang. Dalam satu rancangan di radio swasta pada suatu pagi - sehari dua selepas demo PPSMI itu pula - pemanggil mengemukakan pendirian yang sama (yang menaikkan darah saya pada waktu itu!). Katanya, yang sibuk menentang PPSMI mak bapak, kita ini, anak-anak tak komen apa-apa pun. (Entah dapatan mana yang diguna pakai mereka dengan mengatakan belia tidak menentang, anak-anak tak komen apa-apa.)

Melalui pemerhatian saya, keupayaan berbahasa Inggeris warga emas (seperti Dato' sendiri [maaf kerana menggolongkan Dato' sebagai warga emas], arwah Pak Asraf, Pak Samad, dan yang lain-lain) jauh lebih baik daripada generasi kini. Yang menariknya, warga emas ini tidak pula meludah bahasa mereka, bahasa Melayu, malah memperjuangkan keberadaannya, martabatnya. Generasi kini, yang bahasa Inggerisnya bertaraf mi celup, berfikiran sebaliknya.

Usaha untuk memartabatkan bahasa mestilah dengan keberanian, sama ada berani dengan vokal atau berani dalam senyap. Contohnya, mana-mana tokoh yang tidak tahu berbahasa Melayu, tidak usahlah diambil menjawat jawatan penting walaupun ketokohannya diiktiraf di peringkat global. Ahli-ahli sukan dimestikan tahu berbahasa Melayu dengan baik supaya apabila ditemu ramah oleh pemberita sukan selepas kejayaan mereka dalam sesuatu pertandingan, dapat menjawab soalan dalam bahasa Melayu.

Dengan kata lain, tokoh yang tidak berupaya untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik, tidak perlulah mewakili negara dalam bidang apa-apa pun.

Tetapi, oleh sebab emas dalam sukan lebih penting, pengiktirafan global lebih penting, beranikah kerajaan berbuat demikian?ZULKIFLIhttps://www.blogger.com/profile/15751801240844748734noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-21567699807415117902009-07-22T22:13:31.347+08:002009-07-22T22:13:31.347+08:00Assalamualaikum,
Sdr Wardah,
Faktor kekeliruan fi...Assalamualaikum,
Sdr Wardah,
Faktor kekeliruan fikiran, prasangka dan unsur-unsur politik bercampur baur memberikan reaksi penentangan terhadap pemansuhan PPSMI. Tetapi kehidupan bahasa kita harus berlari terus , dan kita cuba jangan terganggu sangat dengan kritikan dan protes, walaupun harus terus ambil perhatian spt dlm STAR (22 Julai)kolum "Plain Speaking" jelas meluahkan pandangan yg subjektif dan bias.Kita mesti lawan terus secara intelektual.

Sdr Marniyati,
Barangkali orang yang terus menentang pemansuhan PPSMI atau merasakan hanya pejuang bahasa sahaja yang bertanggungjawab tidak mempunyai kesedaran sosial dan kebudayaan yang jelas. Ramai yang individualistik dan tak peduli (uncaring). Kalau mereka merenung kedudukan bahasa di Thailand, Vietnam, Korea , dan Indonesia mereka akan lebih bijaksana mengingat penduduk mereka berlipatganda lebih besar drpd kita, tetapi tidak taksubkan kemajuan dengan menghina bahasanya. Malahan nama pun disuruh tukar, dan sekolah bukan menggunakan bahasa pribumi tidak sebebas di sini.
Pandangan sdr akan kami beri perhatian.bahazainhttps://www.blogger.com/profile/14243945768739087166noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-21760315888406109552009-07-22T17:18:55.794+08:002009-07-22T17:18:55.794+08:00Salam, Datuk Baha.
Ramai yang tidak tahu bahawa s...Salam, Datuk Baha.

Ramai yang tidak tahu bahawa segenap lapisan masyarakat bertanggungjawab memartabatkan bahasa Melayu. Ramai yang menyangka semua itu adalah tanggung jawab para pejuang bahasa sahaja. Maka bagi mereka, hanya pejuang bahasa sahaja yang perlu menggunakan bahasa dengan betul (seorang penyokong PPSMI pernah mengatakan begitu kepada saya).

Saya suka mencadangkan agar penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tidak bercampur-campur dimulakan di semua saluran media cetak dan media elektronik. Semua drama dan filem Melayu yang gagal menggunakan bahasa Melayu yang betul dan tidak bercampur-campur dilarang penyiarannya. Begitu juga dengan siaran iklan. Bukan sahaja penggunaan bahasa, bahkan etika dan adab juga harus diambil kira. Iklan yang mengajar kanak-kanak mencuri (seperti iklan sabun Daia) mesti dihentikan kerana tidak bermoral.

Satu cadangan ini sahaja dahulu, Datuk. Jika pihak berkenaan sanggup menguatkuasakan peraturan ini, maka langkah pertama memartabatkan bahasa Melayu bolehlah kita katakan sebagai 'telah bermula'. Bagi saya, inilah langkah asas yang wajib dilaksanakan sebelum langkah-langkah lain diambil.

Sekadar cadangan. Terima kasih, Datuk!HBM Consultanthttps://www.blogger.com/profile/14529296765169347988noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5706102609829933916.post-33880825539424622662009-07-22T16:54:05.926+08:002009-07-22T16:54:05.926+08:00Assalamualaikum Dato',
Begitulah lumrah nasib ...Assalamualaikum Dato',
Begitulah lumrah nasib bahasa Melayu sekarang. Walaupun keputusan PPSMI telah diumumkan, masih ramai yang mengeluarkan kata-kata tentangan bernada amarah. Tambah jelik apabila nada-nada itu muncul daripada orang Melayu sendiri.

Memang payah hendak menjelaskan kepada para pejuang PPSMI yang sering menganggap pejuang dan penentang PPSMI sebagai anti-bahasa Inggeris. Apa-apapun, teruskan usaha dan perjuangan Dato' yang sudah pun tercatat dalam sejarah hidup Melayu kini untuk dipelajari generasi hadapan.Nur Fatiha Fadilahttps://www.blogger.com/profile/02105511134276277122noreply@blogger.com