Tuesday 12 May 2009

SALAM
Kebenaran tidak selalu mengatasi kekuasaan, malahan kekuasaan lebih sering memperoleh kemenangan. Kecuali bagi mereka yang gigih dan terus cekal berjuang melawan secara mental dan fisikal, dan sesudah itu tawakal, kemenangan akan akhirnya berpihak kepadanya. Apakah umat Melayu/Islam kita sedang bertindak seperti itu? Melawan dan melawan.

6 comments:

D'Rimba said...

Kebenaran seringkali menuntut pengorbanan dipenuhi pelbagai dugaan....

sheikh mustafa kamal al aziz said...

kebenaran apa?

Semuanya berpunca dari duit?
Dibelakang sesuatu itu adalah duit.
Saya tak mahu mengulas panjang nanti ada pihak tersentuh tetapi kalau sesiapa melihat sesuatu itu asalnaya 'duit'.

... nak tau cerita duit sila blogger:

Good guy goes to heaven, bad guy goes to Patong

Desperate Man
Siri 1 - Power&Play vs girls hunter

Anak Borneo memang jantan. Dapat gadis Pruket PERCUMA. Entah macam-mana 'ayat' kita tak tau... Ayat SMSnya betul-betul power...

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

Atan said...

Salam, Datuk

Ayat pertama Datuk jelas bukan pandangan atau pendapat tetapi hakikat. Yang malang, kita adalah sebahagian daripada keseluruhan rakyat yang sedang melalui hakikat itu. Dan yang lebih malang lagi, lebih banyak yang melawan dengan tawakal sahaja, mental dan fizikal disimpan di peti harapan.

bahazain said...

Salam
Sdr D'Rimba
Riwayat hidup Nabi SAW adalah contoh terhebat tentang pengorbanan dan dugaan menegakkan kebenaran.Kita berusahalah semampu yang boleh.

Sdr sheikh,
Duit juga adalah benar; dan memang banyak masalah berpunca drpd duit, baik duit haram atau duit halal.Lebih baik banyak duit halal drpd tak ada duit: boleh menyara keluarga, belanja kawan2, tolong orang dan bayar zakat.

Sdr Atan
Matlamat utama politik adalah kekuasaan kerana daripadanya ia boleh menguasai ekonomi, masyarakat, malahan tentera dan polis.Bayangkan betapa hebatnya kekuasaan itu apabila mahkamah dan hakim pun dapat dikuasai.Penderitaan rakyat boleh bertahun-tahun lamanya di tangan tirani kerana Tuhan hendak menduga ketabahan umatnya.

SATIRA + KACAU said...

Pak Baha: Satira+Kacau datang lagi. Satira+Kacau datang lagi.

Satira+Kacau

bahazain said...

satira
Datanglah dan datanglah lagi meskipun di alam maya kerana walaupun mengacau , ia tetap komunikasi juga.