ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,
Kepada setiap pengikut/follower yang saya ingati, dan kepada sekalian pembaca
yang mengunjungi DESAKOTA , dengan penuh perasaan terima kasih dan hormat , saya mengucapkan selamat Ramadan dan bergembiralah dengan kesyukuran menikmati kemanisan Hari Raya Idilfitri.
Biarpun kita tak berhubungan secara langsung, tetapi diam-diam terjalin komunikasi kreatif dan intelektual yang saling memberi pengertian. Setiap komentar atau ulasan yang tiba saya baca dengan tekun dan berterima kasih meskipun tak berdaya menjawab setiap satunya. Semuanya memperkaya pengalaman dan membuat saya lebih mengerti bahawa kita tidak misti seia sekata dalam semua hal walaupun sama-sama prihatin dalam hal yang sama.Inilah nikmat perhubungan dan dialog antara manusia.
Semoga saudara sekalian sihat-sihat selalu sampai ke Ramadan akan datang, dan sehingga waktu itu mari kita saling berdoa; memberi dan memohon maaf; mudah-mudahan kemanisan Ramadan& Idilfitri yang kudus memekarkan fikiran serta daya cipta hidup kita untuk masa depan yang lebih kaya.
Saya akan terus menulis di blog DESAKOTA ini, dan juga di blog KEBUNCIPTA ( Khas untuk tulisan Seni dan Sastera) sebagai wadah pengucapan untuk menemui saudara di mana-mana saja. InsyaAllah.
Sekali lagi saya menghulurkan jari sepuluh menyambung salam ingat, dan tak jemu-jemu memohon kemaafan atas apa jua keterlanjuran kata-kata, dan suka menyatakan sedalam penghargaan atas kunjungan saudara sekalian ke DESAKOTA.
Sampai Kita Berjumpa Lagi.
6 comments:
Salam, Dato';
Sepertimana Melayu-Islam lainnya, yang mengikut tuntutan agama anutannya dan budaya lazimnya, saya juga memohon maaf sekiranya lontaran pandangan ada yang menggores rasa Dato'. Selamat berhari raya dan semoga diberi Allah keafiatan yang baik dan fikiran yang terus tajam.
selamat hari raya kepada dato' sekeluarga.
Selamat hari raya. Maaf zahir batin dari kami sekeluarga.
Salam Ramadhan & Syawal juga saya titipkan buat Dato' dari saya di Kelantan ini.
Semoga didalam keseronokan kita berlebaran, masih ada diantara kita yang masih mahu memikirkan tentang mereka2 yang tidak pernah merasai kenikmatan berhari raya sepertimana yang ditayangkan di kaca tv...
Assalamualaikum & Salam ukhwah Ramadan dan Idilfitri,
Sdr Zulkifli,
Saya senantiasa berlapang dada dan rela menerima pelbagai pendapat.Sdr jangan bimbang ,perbezaan pendapat akan membuat kita lebih teliti memeriksa pandangan kita sendiri. Dialog demikian adalah sihat dan bersifat intelektual. Salam hormat.
Sdr ekspresi.
Terima kasih dan semoga sdr dan isteri serta anak-anak juga gembira dan dalam kerahmatan-Nya.
Sdr haneem,
Salam ingat dan Syawal dari kami kpd sdr dan kaydeen.
Sdr Rozana,
Gembira melihat sdr dalam apitan keakraban anak-anak. Mengenang nasib orang lain yang malang walaupun tak dapat kita tolongi, saya percaya berpahala jua.Kemiskinan masih melilit ramai rakyat. Salam saya kepada sdr seluruh keluarga.
Assalamualaikum Dato,
Terima kasih atas komitmen Dato' terhadap blog Dato' ini. Sebagai seorang warga baru dalam dunia penulisan dan insan, medium seperti ini sangat penting untuk saya mempelajari ilmu-ilmu dan pengalaman bermakna kepada saya.
Salam lebaran minal aidil wal faizin. Semoga Dato' sentiasa tenang dan diberikan kesihatan yang baik daripada Allah s.w.t.
Post a Comment