Tuesday, 16 March 2010

POSPONIENDO LA VEDAD Y OTROS


Demikianlah terjemahan untuk "MENANGGUHKAN KEBENARAN dan PUISI-PUISI LAIN" atau "POSTPONING TRUTH and OTHER POEMS" dalam bahasa Sepanyol.

Bahasa Sepanyol adalah bahasa antarabangsa yang ketiga besar jumlah penuturnya selepas bahasa Mandarin dan Inggeris. Sebahagian besar daripada negara-negara Amerika Latin ( Argentina, Chile, Peru etc) menggunakan bahasa Sepanyol.

Di negara kita bahasa Perancis, Jerman, Sepanyol, Belanda, Portugis, Russia misalnya tidaklah di ketahui sangat kerana perjalanan sejarah kita lebih banyak bersentuhan dengan bahasa Arab, Inggeris dan Cina. Selain daripada itu orientasi pendidikan kita juga lebih menghala kepada United Kingdom dan Amerika Syarikat; dan dengan asakan arus globalisasi bahasa Inggeris menjadi sangat berpengaruh mencorakkankan fikiran, ekonomi serta kebudayaan bangsa.Oleh hal yang demikian kita banyak jahil tentang kekayaan serta kecemerlangan yang terkandung dalam tamadun yang berkembang dalam bahasa-bahasa lain seperti Russia, Jerman, Sepanyol, Perancis, dan Portugis. Alam pengalaman bangsa kita masih belum benar-benar luas terbuka kepada dunia yang beraneka ragam rahsianya.

Posponiendo La Vedad Y Otros ( Menangguhkan Kebenaran dan Puisi-puisi Lain)
ialah judul buku bagi kumpulan puisi-puisi saya yang pada mulanya diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh; dan sekarang diterjemahkan ke bahasa Sepanyol oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Sebagai pengarang saya telah diminta oleh ITNM hadir pada sesi dialog di Pesta Buku Antarabangsa (PWTC), pada (Selasa) 23 Mac 2010,
jam 2.00-3.00 petang,
di gerai pameran buku-buku ITNM.


Saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih dan memberi penghargaan yang besar kepada ITNM kerana telah mulai berusaha memperkenalkan - bukan diri saya- tetapi tradisi dan persuratan bangsa kita ke dalam dunia bahasa-bahasa lain. Ini sangatlah penting supaya dunia luar mengenali bukan sahaja bijih timah, getah, kelapa sawit,
minyak dan bahan-bahan mentah yang lain, tetapi juga faham bahawa Malaysia juga seperti tamadun lain memiliki segi seni, kreatif, intelektual,kemanusiaan dan peradaban yang unik.Lebih daripada itu dalam warisan seni budayanya terkandung juga tak kurang berharganya nilai-nilai kemanusiaan universal yang boleh menjadi sebahagian daripada warisan dunia. Tahniah ikhlas kepada ITNM.

Sangatlah jarang saya tampil ke depan dengan karya-karya saya, tetapi mengingat
usaha yang serius dilakukan oleh ITNM untuk mengangkat imej sastera dan penerbitan Malaysia , InsyaAllah, saya akan menghadirkan diri pada Selasa, 23 Mac
tersebut. Saya ingin mengambil kesempatan di ruang ini menjemput teman-teman yang mengunjungi blog saya berkunjung ke acara tersebut. Kita hanya bertemu di ruang maya, bertukar pandang dan berdialog di gelombang udara. Mudah-mudahan kita dapat bersua muka dan bersalaman memanjangkan silaturrahim sebagai satu angkatan yang bebas suara dan hati nuraninya.

Sampai berjumpa, dan teriring doa restu untuk saudara.Amin.

Drpd Baha Zain



15 comments:

rozana said...

Salam Dato'
Selamat berjaya hendaknya karya Dato' membuka mata dan minda yang lain agar bangkit dari mimpi yang tidak berkesudahan.
Hajat dihati hendak jua turut serta ke majlis tersebut, namun saya sedang menanti hari untuk melahirkan anak ke-5 pada 19 Mac ini. Saya nantikan sisipan daripada majlis berkenaan didalam blog Desakota ini, InsyaAllah.

bahazain said...

Salam Sdr Rozana,
Allhamdulllah hanya menunggu hari sahaja sdr akan memperoleh lagi cahaya mata. Semoga Allah akan melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada sdr dan bayi. Teriring doa restu dari saya

Fatiha said...

Salam Dato',

Alhamdulillah menunggu dua hari sj lagi utk tumpang gembira dan berkongsi kesyukuran atas pengurniaan yg akan diterima oleh Dato' dari USM pd Sabtu 20 Mac ini- Ijazah Kehormat Doktor Persuratan. Setinggi tahniah buat Dato', dan tak lupa buat Auntie Ros....juga buat PENA!!!!

Wan A. Rafar said...

Salam dan tahniah untuk Dato' di atas kurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dan penerbitan "Menangguhkan Kebenaran" dalam bahasa Sepanyol. Penyair-penyair Sepanyol dan yang menulis dalam bahasa Sepanyol seperti Garcia Lorca, Antonio Machado, Pablo Neruda dan Octavio Paz adalah di antara penyair dunia yang saya suka. Semoga hal ini menjadi titik tolak baru untuk Dato'.

Wan A. Rafar said...

Insya Allah, saya akan datang pada hari itu.

Rositah Ibrahim said...

Salam dan tahniah, Dato',
Teringatkan zaman mula-mula memesrai
puisi - sajak ini adalah antara sajak yang saya hafal.

bahazain said...

Assalamualaikum ,
Sdr Fatiha,
Terima kasih mengirim ucapan tahniah untuk kami. Bersyukur tentu sekali, dan berdoa juga agar sdr juga tak jemu-jemu memeta kejayaan dan memberi kebaikan kepada masyarakat di sekeliling, terutama sewaktu muda belia.

Sdr Wan Rafar,
Sajak sdr selalu jernih tetapi menerkam wealaupun tak selalu diterbitkan. Saya juga amat m,enyukai Neruda dan Octavio Paz.Terima kasih sudi mengucapkan tahniah. Teruskanlah mengarang .
Nanti kita jumpa.

Sdr Rositah,
Terima kasih kerana memberi tahniah, dan pernah membaca/menyukai "Menagguhkan Kebenaran" yang saya tulis lebih 30 tahun dulu, tetapi masih menjadi kesukaan saya juga.

ZULKIFLI said...

Salam, Dato',
Ucapan tahniah yang lewat atas penerimaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari USM. Penghargaan besar ini akan diterima oleh mana-mana orang sehebat Dato' selagi mereka tekal berusaha (berkarya) dan ikhlas dengan usahanya itu. Alhamdulillah.

Antologi sajak itu, insya-Allah, akan mengangkat darjat sastera Melayu ke alam negara Latin, walaupun mungkin perlahan. Tidak mengapa daripada tidak ada langsung ke arah itu.

Insya-Allah, jika berkesempatan akan ke sana.

SYABAS dan TAHNIAH, Dato'.

bahazain said...

Assalamualaikum Sdr Zulkifli,
Saya bersyukur atas apa jua penghormatan diberi; dan tentu berterima kasih kepada siapa sahaja yang mengucapkan tahniah spt yang sdr sampaikan.Setiap penghormatan yg diberi bukan untuk dimegahkan, malahan membawa bersamanya tanggungjawab dan kepercayaan agar kita memberikan lebih banyak kebaikan kpd masyarakat. Saya berdoa agar Tuhan terus memberi petunjuk dan kemudahan agar saya dapat (tak banyak sedikit) menyumbang bakti kpd tanahair kita. Semoga ketemu

mukhsen_x said...

slm,
sempat bergambar dengan dato ketika menyusup mengikut sinaga ke dewan makan pada PBAKL sabtu lepas. :)

semoga terus menulis dengan tajam..

bahazain said...

Salam,
Ya sekarang saya baru ingat. Mari kita sama-sama menulis untuk berkongsi pandangan dengan semua pembaca.

zurinah hassan said...
This comment has been removed by the author.
zurinah hassan said...

TAHNIAH

Kpd penterjemah, Olah intreprete BUEN TRABAJO. Mucho Gusto la poesa de Baha Zain, uno poeta famosa en esta pais.

perewa said...

TAHNIAH TUAN, sajak dikota kecilku senantiasa bermain didalam ingatan saya...:)

bahazain said...

Assalamualaikum Sdr perewa,
Terima Kasih. Mengingati tempat bermain tetap ada kebahagiaan dan hikmahnya.