Sunday, 6 June 2010

SURIA-KLCC BERAPA KERAT PENIAGA MELAYU?

ISTANA BERSEJARAH KAMPUNG GELAM DI SINGAPURA:
Hanya Kesaksian yang Tinggal tentang Kedaulatan Melayu yang Punah
Bulan Mei lalu kebetulan ulangtahun hari jadi saya. Saya tidak biasa meraikan hari jadi sendiri. Entah bagaimana ada yang teringat tarikh hari jadi saya lalu dia memujuk saya untuk berkunjung ke kedai buku Kinokuniya di KLCC. Pilih saja judul yang saya ingin baca. Dia akan belikan.Saya anggap ini hadiah yang sangat berharga kerana bukan sahaja saya ingin membaca buku-buku baru, tetapi berada di depan rak-rak buku sahaja sudah menyegarkan imaginasi.

Saya hanya memilih sebuah buku sahaja. Tidak mahal harganya. Buku tentang autobiografi. Saya beritahu Dia, memadailah untuk melekakan saya seminggu. Selepas itu dia menarik saya minum teh ke ruang jamuan Harrods di tingkat satu. Cukup selesa, rapi dan mewah. Tempat jamuan elita dan profesional yang bersedia membayar segelas minuman jus buah 20 ringgit dengan layanan yang sopan santun dan beradab. Ini tentu francais Harrods di London yang dulu milik jutawan Mesir, bapak kepada teman lelaki Princess Diana yang bersama-sama terbunuh dalam kemalangan kereta di Perancis. Harrods sekarang khabarnya sudah dibeli oleh jutawan dari Qatar. Harrods kecil di KLCC dipegang oleh Tradewinds Premium Goods Sdn Bhd.

Pada 1 Jun saya balik ke Harrods menanyakan kalau ada tertinggal cermin mata bacaan saya. Hampa . Tak ada. Saya bergegas pula ke Kinokuniya di tingkat tiga. Tutup pula kerana mereka melakukan stock checking sehari. Saya sangat sayang cermin mata itu kerana bingkainya bulat spt cermin mata zaman 70-han, dan berwarna coklat. Ah! sudahlah . Tak ada rezeki, kata hati saya. Saya beredar dengan perasaan yang sedikit gelisah dan hampa. Saya bergerak ke tempat makan kerana baru terasa perut kosong pada tengah hari itu.

Di ruang makan di tingkat 4 yang menghala ke Jalan Ampang orang penuh sesak. Kebetulan ada satu meja yang sedang diduduki oleh seorang pemuda yang sedang makan nasi ulam. Saya minta izin menggunakan kerusi kosong di situ kalau tak ada orang lain . Beliau dengan senyum mempersilakan. Saya bertanya kepadanya makanannya daripada warung mana. Dia menunjukkan warung makanan Kelantan. Dia menemankan saya pula ke warung itu. Pesanlah apa -apa yang saya sukai. Saya minta nasi dagang. Bila saya hendak bayar dia memberitahu saya tak perlu bayar kerana itu warungnya. Dia belanja. Saya tersentak. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih, dan kebetulan nasi dagangnya memang sedap. Saya lebih gembira kerana ada juga orang Melayu yang mampu berniaga di tempat mewah dan mahal di Suria KLCC
itu.

Kalaulah lantai perniagaan di Suria KLCC itu mampu disewa oleh banyak peniaga bumiputera (barangkali sebanyak 40%) , tentulah sangat bermakna bagi kita kerana menara berkembar yang dianggap ikon kemajuan itu, juga menunjukkan kemajuan bumiputera dalam persaingan kewangan dan perdagangan modern negara. Saya masih menyimpan statistik kecil yang lama tentang kedudukan Bumiputera vis-a-vis penduduk asing sebagai gambaran untuk kita menduga bagaimana pula statusnya pada hari ini:

1 PEMILIKAN EKUITI (1998):

i) Bumiputera....................19.4 %
ii) Bukan Bumi..................41.1 %
iii) Rakyat Asing...............31.8 %

Jadi lebih daripada 80% ekuiti dimiliki oleh bukan Bumiputera.

2. PROFESIONAL BERDAFTAR (1999):

i) Akauntan..............Bumi 15.9 % Bukan Bumi (84.1%)
ii) Arkitek.....................................28.9 (71.1)
iii) Doktor..................................... 36.7(63.3)
iv) Doktor Gigi............................. 34.8( 65.2)
v)Doktor Vetriner........................ 42.6( 57.4)
vi) Jurutera................................... 26.5( 73.5)
vii) Juru Ukur................................ 47.8(52.2)
viii) Peguam...................................31.3(68.7)
__________________________
[28.9 %] [ 71.1 %]


KALAU ANGKA-ANGKA INI YANG LEBIH 10 TAHUN DAHULU MASIH TAK BANYAK BERUBAH APA GUNA KITA BERCAKAP TENTANG 1 MALAYSIA.BARANGKALI SUDAH BANYAK PERUBAHAN SEKARANG. POKOKNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU DALAM KERAJAAN , NGO DAN UMNO HENDAKLAH MELAKUKAN PENYELIDIKAN YANG SAINTIFIK DAN BERDASARKAN ANGKA-ANGKA STATISTIK BARU MELAKUKAN TINDAKAN YANG ADIL BUAT SELURUH RAKYAT PELBAGAI KAUM. BAYANGKAN PADA BEBERAPA WAKTU YANG LALU PEMIMPIN MELAYU BERCAKAP TENTANG SISTEM MERIT . BETAPA BEBALNYA CARA BERFIKIR BAGI MENYELESAIKAN KEADILAN EKONOMI DAN SOSIAL . Mari kita cari statisk terkini.

8 comments:

ZULKIFLI said...

Salam, Dato;
Selamat berulang tahun, semoga Dato' dikuatkan oleh Allah untuk terus berkarya dan berkata yang benar.

Dalam keadaan kita terus merangkak dan bertatih, Kampung Baru yang merupakan hak total orang Melayu itu pun hendak diagihkan kepada orang bangsa asing.

Angka dan data baharu untuk angka dan data-data lama yang Dato' berikan itu pasti tidak menunjukkan perubahan/pertambahan ketara.

Sedangkan semasa Matematik diajarkan dalam BM pun orang Melayu tidak dapat menambah bilangan jurutera, doktor, dll, secara ketara apatah lagi subjek itu diajarkan dalam bahasa Inggeris.

bahazain said...

Salam Sdr Zul,

T.Kasih segala doa.
Tanah Kampung Baru itu seperti longgokan emas, bukan spt tanah di Ulu Tembeling. Kalau itupun tak yakin boleh dimajukan oleh orang Melayu, Tabung Haji ke, PNB, KWSP,atau Syed Mokhtar, Daim ke, memang teruklah imaginasi kita. Paling-paling kerajaan sendiri bawah PKNS, Perbadanan negeri2 lain, atau UDA, dan pindahkan Kementerian atau jabatan2 kerajaan yang menyewa bangunan lain di KL ke Kampung Baru yang membangun.

Seperti sdr saya yakin angka-angka baru masih tak menggambarkan komposisi penduduk ( Melayu +- 55%; Cina + - 26%; India +- 8; dan lain-lain 11% ).

Jadi keadilan sosial-ekonomi berdasarkan statistik sebenarnya harus menjadi asas keputusan dasar negara selain daripada perkara2 dlm Perlembagaan Persekutuan. Melayu tak boleh sekadar anti Cina atau India, juga sebaliknya.Hanya apakah kerasionalan fikiran strategik ini menjadi asas atau ekspediensi politik semata-mata.

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

GAP KEMBALI said...

salam,

artikel ini menarik. izinkan saya untuk publish dalam blog saya.gerakan anti pkr.

tk

MARSLI N.O said...

Salam Pak Baha: Musthil mereka bergelar menteri lebih tidak tahu atau lebih bodoh ketimbang kita. Tapi soalnya kenapa?

Ah, apa lagi kalau bukan demi untuk pertahankan kuasa.

Walau perlu menjual bangsa.

MARSLI N.O

bahazain said...

Sdr Marsli,
Masih marah-marah? Bagus. Itu pemangkin kreativiti. Masih lapar. Bagus. Bukan lapar kuasa, tetapi kejujuran dan keadilan.Teruskan marah-marah.Biarkan mereka lapar kuasa.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Salam,
lama tak up-date blogger. Kami dahagakan berita dari Dato'.

Sila lihat blogger saya dan sila baca cerita ini....
Bila 'anu' dipersalahkan...
http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

.... TQ

~ indah ~ said...

tak sangka begitu sedikit bilangan bumiputera dari semua aspek. nampaknya, kuantiti hanyalah angka. maksud saya, kuantiti saja yang banyak, tapi bumiputera yang berkualiti sangat sedikit.