Thursday, 21 November 2013


Ironi Tragis Melanda Bahasa Kebangsaan

Bagaimana terjadinya? Ceritanya begini:
 Sabtu 17 Nov. diadakan forum: ' Masa Depan Bahasa dan Persuratan Melayu', di Rumah PENA. Begitu majlis terbuka untuk hadirin sekalian, sahabat lama saya, Dato' Noor Azam turut berucap. Beliau merumuskan kira-kira beginilah: hidupkan semula sekolah Inggeris dan PPSMI  supaya orang Melayu tidak ketinggalan ilmu pengetahuan dan tidak ketinggalan  dalam bidang pekerjaan. Rupa-rupanya sebelumnya lagi beliau sudah pun menulis tentang hal ini dalam Dewan Masyarakat, Ogos 2013.

Saya yang duduk betul-betul di sebelah kanan pahanya agak terkesima dan kurang percaya tentang kesungguhan maksud ucapannya. Walau bagaimanapun saya menahan diri tidak memberi reaksi spontan kerana selalu berusaha berfikir
secara berimbang dan dewasa meskipun pendirian dan pandangan berbeza. Pada teori dan prinsipnya begitulah. Sebab itulah juga saya tidak  berasa perlu hilang akal dan membuang  masa yang bernilai untuk menyanggah satu dua kerat pendapat yang berperasangka aib dan berbaur tohmah. Semua orang harus bebas berfikir dan mengeluarkan pandangan kepada masyarakat asalkan  dilakukan secara berakal dan beradab kerana ini digalakkan oleh Islam demi kebaikan umat.

 Beberapa hari kemudian saya mencari majalah Dewan Masyarakat untuk membaca tulisan Noor Azam , dan memang ucapannya tak berbeza. Hanya dia memberi alasan bahawa masalahnya pemimpin korporat, segala papan tanda dan iklan di sekitar, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pemimpin  dan Menteri pun berucap dalam bahasa Inggeris, sehingga seluruh persekitaran fisikal dan sosial yang penting nampaknya mengutamakan  bahasa Inggeris. Jadi buat apa kita menipu anak-anak sekolah dengan menyuruh mereka belajar dalam bahasa Melayu, ujarnya. Diperkuatkannya hujjahnya dengan berkata: "...bahasa Melayu belum mencapai kedudukan,seperti bahasa Jepun, Perancis, Jerman, dan Rusia. Bahasa mereka kuat kerana bangsa mereka maju dan kuat dalam semua bidang kehidupan moden. Kita baru sedang mencari istilah ilmu dan teknologi mutakhir, sedang mereka telah pun menguasai ilmu dan teknologi yang kita baru nak belajar". Alasan ini sama dengan yang pernah disebut oleh Tun Mahathir; boleh sahaja dhujah, tetapi akan mengulangi sahaja apa-apa yang telah duhujah beberapa tahun yang sudah. Lagipun kita bukan anti-bahasa Inggeris walaupun bahasa Inggeris bukan menjadi penentu kemajuan teknologi dan ekonomi Jepun, Jerman, Perancis dan Rusia. Isu pokok ialah bahasa Ingggeris tidak boleh mengambil alih peranan dan fungsi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Dahulu kami sama-sama " berjuang " menegakkan bahasa Melayu seawal 1963 ( beliau di sidang pengarang majalah Dewan Masyarakat, dan saya turut menyumbang  dengan menterjemahkan tulisan-tulisan Inggersi ke Melayu, selain daripada terlibat dalam kegiatan kebahasaan lain). Hanya selepas tahun 1982 kami berpisah tempat kerja. Kalau Noor Azam sudah membuat keputusan yang berbeza, saya tetap tak berubah malah menjadi lebih mengerti tentang masalah idealisme kehidupan dengan realti pengalaman . Dia yang dahulu sangat menyayangi bahasa Melayu dan bergiat memperjuangkannya, tetapi kini " seolah-olah membencinya " . Ini tafsiran yang ekstrim. Beliau sebenarnya bersedia bahasa Inggersi itu kembali menjadi lebih berkuasa, dan bahasa Melayu terpinggir semula dalam sistem pendidikan negara.

Bagaimanakah hendak dibaca fikiran dan sikapnya secara saksama? Membandingkan sikapnya yang dahulu dengan yang sekarang , dan kekesalannya terhadap usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu yang lambat dan lemah sehingga memutuskan sahaja peminggirannya, ternyata ini  adalah suatu pengucapan yang ironis. Seluruh peristiwa menjadi aneh, absurd  dan tragis. Saya kira Noor Azam bukan sekadar kecewa, tetapi marah dan berontak terhadap kenyataan sekitar yang gagal menyempurnakan idealisme zaman mudanya. Sepatutnya Noor Azam terus bertahan dengan idealismenya dan melawan persekitaran negatif dan musuh-musuh bahasa Melayu yang menghambat kemajuan bahasa kebangsaan. Dengan membuat keputusan mengejutkan seperti sekarang bererti  menyerah  kepada tenaga-tenaga durjana yang sedang menghalang pencapaian impian dan cintanya. Memang dalam beberapa hal beliau tak boleh disalahkan sangat kalau berfikir demikian kerana kelembapan memodenan bahasa Melayu akan membuat generasi muda terperangkap dalam kecepatan globalisasi dan revolusi digital. Hanya Noor Azam tidak bersabar untuk berfikir lebih jauh bagaimana mengatasi
kerumitan besar yang melanda pembinaan bahasa hari ini.

Ini  mengingatkan kita kepada tragedi King Lear (Shakespeare) yang menyerahkan hartanya kepada kedua-dua anak perempuannya yang berpura-pura sayang dan kasih kepadanya, dan membenci anaknya Cordelia yang tidak pandai berpura-pura  , tetapi benar-benar kasih pada ayahandanya. Akhirnya terbukti Codelialah yang menyelamatkan ayahnya, tetapi Cordelia dihukum gantung oleh kakaknya, dan tinggallah King Lear  merana dan patah hati lalu mati pada saat-saat tuanya. Ini adalah cerita yang  ironis dan tragis: membenci darah dagingnya yang jujur serta sejati kasihnya; mengasihi orang yang berpura-pura serta gila harta, tetapi akhirnya menghina martabat serta nasibnya.
                                                                     
                                                                                       


Semoga pemuda-pemuda bangsa kita membaca nasib Lear yang ironis dan tragis ini; dan bangun dengan semangat Jebat meskipun semuanya mati diamuk tragedi. Kematian  manakah yang lebih terbilang? Suatu pertanyaan yang mengajar pembaca mentafsir teks kesusasteraan dalam konteks semasa; dan membaca peristiwa semasa dalam hubungan teks klasik.






2 comments:

noralina said...

Terlebih dahulu Dato' saya akui saya memang tidak arif. Jadi, saya bercakap pada kaca mata saya sendiri. Dari pengalaman saya, Sememangnya susah nak cari kerja kalau tak pandai bahasa inggeris. Lain la kalau kerja dengan kerajaan, tapi itu hanya untuk orang yang ada 'kabel besar'. Selain daripada itu, nak ke tak nak kena merempat dekat swasta juga. Bangsa lain pandang rendah dekat melayu sebab tak tahu bahasa Inggeris. Suka atau tidak orang cina dah kuasai ekonomi jadi mereka ambil kesempatan salah satu syarat kena tahu bahasa mandarin. Sedangkan melayu, bahasa Inggeris pun tak mahir. Saya sebagai orang muda mengharapkan sesuatu daripada kerajaan,dan ilmuwan untuk pulihkan apa yang patut. Tapi, saya pun tak tahu 'apa yang patut' tue.

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI