Thursday, 5 June 2008

Jangan Panik. Jangan Bebal. Masa Depan Lebih Menjanjikan

Hari ini Majlis Tertinggi UMNO berkumpul di luar cara kebiasaan untuk melakukan sumbang saran. Dalam sesi sumbang saran biasanya setiap peserta bebas menyuarakan fikiran dan yang lain menanggapinya secara kritis untuk dibahas , dipersetujui atau ditokok tambah, atau dibangkang. Ke manakah UMNO akan pergi dan apakah strategi dan langkah-langkah tindakan akan diambil? Barangkali yang hangat dibincangkan ialah kemerosotan undi BN dlm PRU 12, dan apakah faktor-faktor lama serta baru yang menyebabkannya , dan apakah penawarnya? UMNO lebih mengetahuinya daripada orang lain.

Oleh kerana kebiasaan ramai penduduk Melayu berfikir (termasuk yang cerdik pandai) bahawa nasib Melayu berada di tangan UMNO, maka prestasi buruk UMNO baru-baru ini menimbulkan kegelabahan teruk . Maka diadakanlah Perhimpunan Perpaduan Melayu ; kemudian Kongres Pemaufakatan Melayu. Sebelum ini mereka aktivis Melayu ini seperti tokoh-tokoh politik Melayu lain berada dalam zon selesa, satu disolusi tentang kenyataan. Bukan itu sahaja mereka lebih banyak menceritakan apa-apa yang tokoh politik suka
dengar, justeru mengangkat sehingga pemimpin politik menjadi lupa atau hilang sentuhan dengan kenyataan yang ada di dlm hati sanubari massa. Bolehkah kita katakan : apabila cerdik pandai menjadi bebal maka bangsanya akan hancur.

Dari segi politik Melayu, senario politik hari ini boleh ditafsirkan memberi kekuatan baru kpd masyarakat Melayu kerana lebih ramai jumlah Ahli Parlimen Melayu berbanding pada masa lalu. Dan baik di pihak kerajaan mahupun dalam kelompok pembangkang pemimpin-pemimpin Melayu menguasai kedua-dua barisan. Jadi orang Melayu misti mengnyahkan fikiran tradisi yang mekanikal yang automatik merujuk kpd satu-satu parti saja bagi survivalnya. Mereka misti memanfaatkan realiti politik yang ada. Pengundi Melayu masih setia kepada pemimpin Melayu dan Islamnya. UMNO gagal mempertahankan kekuatannya kerana undi Cina dan India lari dari BN dan menyokong parti lain . Itu saja. Jangan gelabah dan menjadi bebal.

Kalau UMNO tidak mengulangi lagi kealpaannya mempertahankan hak-hak Melayu ( spt bahasa Melayu, agama Islam, keistemewaan , biasiswa etc) kerana hendak memikat hati bukan Melayu, UMNO tentu boleh terus menjadi darling pengundi Melayu. Kalau PKR dan PAS tidak malu-malu menyuarakan kepenting Melayu( spt apa yg termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ) pengundi-pengundi Melayu akan kekal dan bertambah lagi. Masyarakat Melayu misti berfikir kritis dan praktis. Jangan setia membuta tuli dan fanatik. Masyarakat Cina dan India sangat praktikal, tetapi kita jangan tiru mereka. Kita boleh menjadi kuat tanpa membuta tuli meniru taktik mereka. Kita Islam; ada etik dan etika trertentu. Islam menyuruh kita berfikiran memilih, dan jangan taksub.

Jadi optimislah. Entah siapa yang berkata: Orang yang optimis melihat cahaya di depan; mereka yang pesimis memadamkannya. Oleh itu jangan mati tawakal, dan jangan tak menggunakan ikhtiar dan akal. Mari kita rebut masa depan itu hari ini juga.

Diharap UMNO yang menjadi parti dominan dalam kerajaan persekutuan akan mewujudkan suatu visi dan budaya baru bagi masyarakat Melayu ; menjadikan mereka gigih berfikir dan berusaha , dan bukan memperbudakkannya . Melayu dan tamadunnya sepatutnya menjadi asas bagi perpaduan dan jati diri nasional. Bukan sebaliknya. Kiranya inilah juga formula bagi survival UMNO.

2 comments:

Sham al-Johori said...

Dato yang dikasihi,
Kepimpinan tinggi UMNO sedang bermuhasabah diri sambil membilang hari akan nasib bangsa di tangan mereka. Mereka adalah pencatur dan pemakai topeng yang licik.

Setelah mereka sedar bahawa strategi mereka tidak mengena mereka merancang pula fomula baharu yang entah syumul entah penuh bejat.

Apa-apapun, sama-sama kita berharap agar mereka tidak menjadi sang penipu kepada bangsa dan tanah air mereka.

lutfi said...

Salam Datuk. Memang betul datuk. Intelektual memainkan peranan yang sangat besar. Mereka yang kita gelar cerdik pandai ini seharusnya seratus kali berani daripada rakyat biasa. Itulah yang berlaku zaman dahulu kala, saat Islam menjadi tamadun besar. Tetapi, hari ini kita lihat intelektual kita banyak mendiamkan diri. Mereka sudah beku dalam bilik sejuk universiti. Dan tentang Umno, bila teringat tentang mereka, tahukah datuk sebesar mana unit penyelidikan UMNO? Mungkin hari ini kita patut ke PWTC dan melihat unit penyelidikan mereka. Salamn