ASSALAMUALAIKUM SDR2 SEKALIAN,
NANTI MALAM INSYAALLAH SAYA AKAN BERANGKAT KE PULAU JEJU, KOREA SELATAN ,MEMENUHI UNDANGAN ' MALAM PUISI KOREA' YG DIADAKAN SEMPENA SIDANG KEMUNCAK KOREA-ASEAN.
SEORANG PENYAIR DARI SETIAP NEGARA ASEAN DIUNDANG, DAN KABARNYA DARI FILIPINA ( ALMARIO PENYAIR YANG KERAS MENCIPTA DLM BAHASA IBUNDANYA, TAGALOG, YANG SAYA PERNAH BERKENALAN DENGANNYA 20 TAHUN LALU ), SINGAPURA (EDWIN TUMBOO, PROFESOR SASTERA INGGERIS JUGA PENYAIR YG PERTAMA KALI SAYA KETEMUI PADA TAHUN 1977). INDONESIA ( RENDRA, TOKOH TERKENAL SENIMAN ), ENAM YG LAIN DARI THAILAND, VIETNAM ETC SAYA TAK PERNAH KETEMU.
Apakah yg dapat diberikan oleh penyair? Apakah puisi penting? Selagi puisi menyuarakan hati nurani manusia dan perasaan yang murni, ia mencerminkan muzik dan rentak rohani kebudayaan, yg mewakili manusia biasa di desa2 dan di jalan raya metropolis. Dengan hakikat ini , puisi memberikan harapan.
INSYAALLAH KITA BERKOMUNIKASI LAGI SELEPAS 6 JUN, DAN SAMPAI KETEMU LAGI SALAM TAKZIM DAN PERSAHABATAN SAYA KPD TEMAN2 DAN SAHABAT SEKALIAN.
6 comments:
Salam,
Semoga Allah melindungi kesejahteraan perjalanan Dato'. Semoga Dato' sentiasa berada dalam lindunganNya. Amin. Sampai berjumpa lagi.
Tahniah Dato, semoga Allah senantiasa memberikan kemudahan ketika di sana. Insya Allah. salam untuk WS Rendra dari Indonesia
Semoga selamat pergi dan kembali Ayahanda, baru saja impikan untuk kita bertemu 6 Jun di Majlis Baca Puisi di Rumah Pena...
Salam Dato' yang dihormati,
saya sekadar menyuarakan pendapat saya, moga dato' tiada berkecil hati,
sebagai pencinta Bahasa Melayu tulen, saya merasakan "kurang wajar" dato' menulis dalam laman dato' ini dengan menggunakan singkatan seperti berikut : "yang" menjadi "yg", "desa-desa" menjadi "desa2" atau "teman-teman" menjadi "teman2",
maafkan saya dato', atas teguran ini.
Salam, Dato'
Kita senatiasa berada dalam kuasa-Nya. Selamat perjalanan pergi dan pulang. Pensyair, jika tidak jujur dan tiada jati diri, hanya akan datang dan pergi bersama populariti yang dikejarnya. Dato, tidak demikian. Teruslah berkata lewat sajak-sajak Dato', tidak kira di mana-mana dan bila.
Salam.
ASSALAMUALAIKUM
Sdr Marniayati,
Terima kasih atas doa sdr sekalian. Allah telah merestui perjalanan saya dalam keadaan yang sihat walafiat. Nah! alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi.
Sdr Anazkia,
Saya berada dalam keadaan yang cukup selesa di rantau. Dukacita Rendra kabarnya uzur dan tak dapat turut serta.
Sdr D"Rimba,
Syukur saya selamat kembali ke tanah air yang tercinta walaupun sekembalinya terasa keletihan tanpa cukup tidur dan istirihat.
Sdr Zulkifli,
Terima kasih atas teguran sdr yang baik itu. Saya tak berkecil hati kerana apa yang sdr sebut itu memang betul demi kesempurnaan bahasa kita yang mulia. Cuma dalam paparan saya yang lalu itu saya diburu waktu untuk berpamitan sebelum berangkat ke lapangan terbang. Terima kasih jua.
Sdr Atan,
Alhamdulillah saya berada dalam peliharaan kasih sayang Tuhan dan selamat pulang. Saya senantiasa berdoa diberi petunjuk untuk bersikap jujur bila mencipta, dan puisi tanpa perasaan yang tulus, apakah maknanya.
Post a Comment