Sangatlah menggembirakan apabila mendengar berita mahasiswa perubatan Malaysia berusaha untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Jawa Barat, meskipun baru saja terbit peristiwa membakar Jalur Gemilang gara-gara protes tarian Pendet Bali.
Kebaikan dan kemuliaan budi pekerti harus mengatasi provokasi liar yang irrasional. Bersabar dan menunjukkan sikap yang lebih matang adalah jawapan mendalam bagi segelintir manusia yang emosional dan bermasalah. Di mana-mana pun memang ada kelompok rakyat yang tidak memikirkan kepentingan dan persahabatan yang lebih besar antara Malaysia dan Indonesia. Jadi kita patut bersyukur kalau tokoh-tokoh kemasyarakatan, cendekiawan, dan tokoh politik nasional kedua-dua negara tidak terjebak ke dalam kancah perasaan yang boleh menjadikan perhubungan terluka dan parah.
Bulan Ramadan ini adalah bulan bagi Muslimin dan Muslimat membersihkan hati nurani, fikiran dan rohaninya daripada kekeruhan sebagaimana puasa itu satu proses detoksifikasi atau pengenyahan racun pada tubuh badan; demikianlah juga ia harus menjadi detoksifikasi atau reformasi terhadap kekeruhan rohani kita, dan terhadap kebobrokan sosial serta politik. Serentak dengan itu jangan lupa TUHAN MAHA BERKUASA dan malaikat-malaikat-NYA senantiasa memerhatikan buruk baik perbuatan kita. Berdoalah kepada-Nya untuk pedoman mencari jalan yang benar.
" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)
7 comments:
Salam,
Biar mereka malu sendiri dengan sikap sombong mereka.
Dengar kata universiti-universiti terkenal disana tidak lagi mahu mabil pelajar dari malingsia(hu hu..siapa yang maling?)
Habaq kat depa kita boleh hantaq pi tempat lain.
Salam, Dato';
Memang kita rakyat Malaysia ini suka dan bersedia untuk membantu negara jiran kita, khususnya Indon. Tetapi, kita juga tidak wajar membatu dalam provokasi-provokasi liar mereka. Bukanlah maknanya kita harus bertindak seperti yang dilakukan mereka tetapi kita harus meminta pemimpin mereka "menasihati" rakyat mereka.
Salam Ramadan Pak Baha,
Saya baca puisi bapak dalam Dewan Sastera, Aku Ingin Menjadi Kunang-Kunang - yang saya kira halus dan padat menerangkan tentang keadaan rawan, mungkin dari penyairnya...awal Ramadan say abaca kembali buku telah lama dalam simpanan, Esei & Puisi Baha Zain - yang puisinya selalu jujur...terima kasih juga Pak
Salam,
Saya rasa orang-orang muda di Indonesia sekarang sudah tidak peduli atau tidak faham lagi dengan konsep "serumpun".
Bagi mereka Malaysia sudah merupakan negara asing, tapi mereka cemburui kerana dalam beberapa hal kita lebih maju daripada mereka.
Sebab itu beberapa isu yang kita anggap sebagai isu remeh,mereka anggap sebagai isu besar, sehingga mereka mahu mengganyang Malaysia yang mereka sebut sebagai 'Malingsia"
(Saya ada menulis di ruangan komentar (di akhir sesuatu berita) dan di ruangan Kompasiana dalam akhbar Kompas, tapi tentu tidak berkesan apa-apa berhadapan dengan kemarahan mereka yang menuduh Malaysia telah "mencuri" budaya mereka).
Malaysia dan Indonesia saharusnya punya satu jiwa, jiwa Melayu Islam.
Pertelingkahan kedua-duanya membuatkan saya tersepit keran saya lahir hasil pertemuan dua buah negara ini. Ibuku Malaysia, ayahku Indonesia. Ayahanda Baha Zain, begitu seriuskah sangka buruk dan iri hati Indonesia itu?
Ini masalah sebilangan orang sahaja di Indonesia. Ramai yang membantah cara kelompok itu. teman saya di jakarta menyatakan dia tidak tahu pun tentang demo itu. Teman di Medan kata di sana aman damai. Masalahnya ialah media, pemerintah yang berdiam diri, dan agitator yang tidak pernah ke Malaysia.
Jangan ikut perasaan dong !
Post a Comment