

Brosur " Malam Puisi ASEAN/KOREA" Jun 2009 di pulau Peranginan Jeju; dihadiri 10 penyair negara ASEAN dan beberapa penyair Korea, sempena Persidangan Kemuncak ASEAN dan Republik Korea.
Mari kita beralih perhatian daripada politik kekuasaan Hulu Selangor kepada politik kebudayaan. Dalam satu aspek, politik di Hulu Selangor membawa rahmat kepada rakyat setempat yang mendapat banyak rezeki durian runtuh atas nama "Rakyat " sewaktu pilihan raya kecil.Nampaknya setiap kali ada pilihan raya sedemikian rezeki datang mencurah-curah ke dapur, periuk nasi dan saku rakyat jelata. Alhamdulillah, asal rakyat jangan terus mendoakan ada lagi wakil rakyat yang mati di kawasan lain supaya mengalir duit ringgit dan peluang seperti hujan tengkujuh.
Perebutan politik yang diikuti dengan kempen, propaganda, fitnah memfitnah,
dan suap menyuap, kerahan petugas media, dan ribuan orang lain bukan mematangkan kehidupan , tetapi mempertajam persengkitaan dan menambah dosa. Fikiran rakyat akan terus menjuruskan kepada perlawanan, permusuhan,
sakit hati, perseteruan dan meninggalkan parut yang sukar dipulihkan. Tetapi apa lagi pilihan lain apabila terperusuk dalam sistem demokrasi populer yang ditiru dari Inggeris dan Barat itu?
Marilah kita beralih fikiran sebentar bercakap tentang kebudayaan, kesusasteraan, bahasa , keindahan, dan kemanusiaan. Bagaimana dapat kita bangunkan politik budaya (bukan budaya politik) yang mengajak rakyat memberi perhatian terhadap imaginasi, kreativiti, keindahan dan kehidupan yang manusiawi sifatnya. Politik budaya sesebuah negara perlu membangunkan gagasan, konsep, sistem, dasar, dan institusi bagi meraikan rakyat tua muda memperkembangkan bakat dan penciptaan tentang persuratan, pertukangan tangan, lukisan, pembikinan filem, teater, arca, senifoto, landskap taman, hiasan dalaman, senibina, fesyen pakaian, seni masakan, gubahan bunga dan beratus-ratus lagi rekaan dan penciptaan.
Tidakkah semua ini mengalih perasaan dan hati nurani serta akal budi kita daripada kegiatan menjatuhkan orang dengan kegiatan membangunkan perasaan halus, indah dan kasih sayang? Lebih daripada itu inilah yang hendak kita tunjukkan kepada dunia agar kesenian kita menjadi sebahagian daripada warisan antarabangsa. Malaysia menyumbang kepada tamadun dunia.
Satu bidang kegiatan ke arah ini ialah menterjemahkan persuratan penting berbahasa Melayu ke dunia bahasa-bahasa antarabangsa. Berikut dipetik
pandangan Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Tn. Haji Mohd Khair Ngadiron dalam sebuah pengantar buku yang membawa terjemahan karya tempatan bagi bacaan luar negara:
" A half- century of independence has witnessed a rapid educational, economic and industrial development, followed by great social change. This advancement of development and rapid change in the nation has resulted in disorientation in values of traditional culture, while at the same time new values and ideas increasingly surge in through the process of globalization. All of these cause an impact and pose a challenge to cultural and intellectual life. The backwardness of life in colonial times, followed by the time of independence which brought about important changes, are reflected in a large part of Malay literary works. The translation of novels, short stories, poetry, plays and essays published in this Malaysia Literature Series offers an insight into the awareness of a society in turmoil, struggling to prepare itself to face new international changes. Through the translation of these works, the Malaysian National Institute of Translation hopes the reader will recognize the beauty and the universal human values contained therein that must always be an important touchstone in judging any artistic works..."
[ Lihat perbicaraan yang berkaitan pada blog Kebuncipta]