Sunday, 25 April 2010

KENAPA POLITIK BUDAYA ?




















Brosur " Malam Puisi ASEAN/KOREA" Jun 2009 di pulau Peranginan Jeju; dihadiri 10 penyair negara ASEAN dan beberapa penyair Korea, sempena Persidangan Kemuncak ASEAN dan Republik Korea.








M
ari kita beralih perhatian daripada politik kekuasaan Hulu Selangor kepada politik kebudayaan. Dalam satu aspek, politik di Hulu Selangor membawa rahmat kepada rakyat setempat yang mendapat banyak rezeki durian runtuh atas nama "Rakyat " sewaktu pilihan raya kecil.Nampaknya setiap kali ada pilihan raya sedemikian rezeki datang mencurah-curah ke dapur, periuk nasi dan saku rakyat jelata. Alhamdulillah, asal rakyat jangan terus mendoakan ada lagi wakil rakyat yang mati di kawasan lain supaya mengalir duit ringgit dan peluang seperti hujan tengkujuh.


Perebutan politik yang diikuti dengan kempen, propaganda, fitnah memfitnah,
dan suap menyuap, kerahan petugas media, dan ribuan orang lain bukan mematangkan kehidupan , tetapi mempertajam persengkitaan dan menambah dosa. Fikiran rakyat akan terus menjuruskan kepada perlawanan, permusuhan,
sakit hati, perseteruan dan meninggalkan parut yang sukar dipulihkan. Tetapi apa lagi pilihan lain apabila terperusuk dalam sistem demokrasi populer yang ditiru dari Inggeris dan Barat itu?

Marilah kita beralih fikiran sebentar bercakap tentang kebudayaan, kesusasteraan, bahasa , keindahan, dan kemanusiaan. Bagaimana dapat kita bangunkan politik budaya (bukan budaya politik) yang mengajak rakyat memberi perhatian terhadap imaginasi, kreativiti, keindahan dan kehidupan yang manusiawi sifatnya. Politik budaya sesebuah negara perlu membangunkan gagasan, konsep, sistem, dasar, dan institusi bagi meraikan rakyat tua muda memperkembangkan bakat dan penciptaan tentang persuratan, pertukangan tangan, lukisan, pembikinan filem, teater, arca, senifoto, landskap taman, hiasan dalaman, senibina, fesyen pakaian, seni masakan, gubahan bunga dan beratus-ratus lagi rekaan dan penciptaan.

Tidakkah semua ini mengalih perasaan dan hati nurani serta akal budi kita daripada kegiatan menjatuhkan orang dengan kegiatan membangunkan perasaan halus, indah dan kasih sayang? Lebih daripada itu inilah yang hendak kita tunjukkan kepada dunia agar kesenian kita menjadi sebahagian daripada warisan antarabangsa. Malaysia menyumbang kepada tamadun dunia.

Satu bidang kegiatan ke arah ini ialah menterjemahkan persuratan penting berbahasa Melayu ke dunia bahasa-bahasa antarabangsa. Berikut dipetik
pandangan Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Tn. Haji Mohd Khair Ngadiron dalam sebuah pengantar buku yang membawa terjemahan karya tempatan bagi bacaan luar negara:

" A half- century of independence has witnessed a rapid educational, economic and industrial development, followed by great social change. This advancement of development and rapid change in the nation has resulted in disorientation in values of traditional culture, while at the same time new values and ideas increasingly surge in through the process of globalization. All of these cause an impact and pose a challenge to cultural and intellectual life. The backwardness of life in colonial times, followed by the time of independence which brought about important changes, are reflected in a large part of Malay literary works. The translation of novels, short stories, poetry, plays and essays published in this Malaysia Literature Series offers an insight into the awareness of a society in turmoil, struggling to prepare itself to face new international changes. Through the translation of these works, the Malaysian National Institute of Translation hopes the reader will recognize the beauty and the universal human values contained therein that must always be an important touchstone in judging any artistic works..."

[ Lihat perbicaraan yang berkaitan pada blog Kebuncipta]

5 comments:

Suhaimi said...

Salam hormat, Dato'.
Setuju sepenuhnya dengan tulisan Dato'. Cuma pada hemat saya kata 'rahmat' tak sesuai digunakan kerana unsur yang jelas rasuah (janji-janji pembangunan dan wang ringgit untuk meraih undi) tentulah bukan 'rahmat', tetapi 'petaka'.
Saya sedih dan gusar betapa rasuah sudah benar-benar membarah di dalam masyarakat sehingga tak dikenal lagi yang mana rasuah, yang mana tidak (atau sengaja buat-buat tak kenal, demi keuntungan dunia; menghumbankan keuntungan akhirat). Berat untuk saya memperkatakannya, tetapi inilah hakikatnya bahawa kemenangan yang dilaungkan ialah kemenangan rasuah.
Ya, si pemberi dan penerima rasuah akan sama-sama menerima petaka. Tunggulah murka Allah. Petaka Allah tidak memilih sesiapa. Semuanya kena!
Maaf Dato' kerana ada nada kecewa berbaur marah dalam tulisan saya.
Sekian, terima kasih.

bahazain said...

Assalamualaikum Sdr Suhaimi,
Sudah lama benar saya tak berkesempatan memberi waktu dan reaksi pada blog. Pilihan raya kecil di Selangor kemudian di Sarawak
memberi banyak makna tentang kekuasaan, rasuah, dan perkauman.Majoriti pengundi Cina tak beri undi pada calon India BN. Nampaknya pengundi Cina tak boleh dipacing dengan sogokan wang pilihanraya kerana mereka diam-diam mempunyai pagangan dan ada perjuangan budaya, pendidikan dan sosial yang perlu diperolehi.Yang memenangkan BN di Selangor itu pengundi Melayu kerana nampaknya Melayu mudah dibeli dengan wang dan janji.Kalau tak ada undi Melayu calon India tak boleh memang. Kalau di Sibu majoriti Melayu tentu calon Cina BN boleh kalahkan DAP.Jadi nampaknya Melayu kita sangat liberal, tak ada perjuangan lagi untuk bangsanya.Dalam kata lain pengundi Melayu yang mudah dirasuah untuk memilih siapa saja baik India, Cina atau Melayu.
Orang Melayu lupa bahawa pada masa akan datang pengundi-pengundi Melayu akan bertambah banyak melebihi kaum-kaum lain. Kesedaran ini membuat masyarakat bukan Melayu memanfaatkan waktu yang ada dan menuntyut sebanyak-banyaknya sekarang sementara mereka boleh menggunakan kekuatannya. Pemimpin Melayu pula asyik hendak mengambil hati orang lain. Ini boleh menghilangkan kepercayaan orang Melayu terhadap mana-mana parti politik Melayu spt UMNO, Parti Keadilan Rakyat dan PAS juga.

bahazain said...
This comment has been removed by the author.
suhaimi said...

Salam Dato',
Semoga Dato' sihat walafiat. Agak gusar juga saya apabila Dato' tidak memblog sekian lama.
Dato', kesedaran orang Melayu tentang situasi politik Melayu yang haru-biru dan menyusahkan orang Melayu itu sendiri bukanlah baru. Sudah banyak bijak pandai dan marhaen Melayu yang memperkatakannya (Berderet-deret NGO Melayu! Untuk kepentingan Melayu... atau siapa?), namun agaknya kerana tidak ada keberanian dan juga kerana luntur oleh godaan/umpan kebendaan maka hilang segala pedoman dan pendirian. Walhal orang Melayu itu seharusnya berpaksikan Islam dan bertindak mengikut ajaran Islam dan tidak semata-mata berkiblatkan politik perkauman . Rupa-rupanya ada alasan keduniaan (baca: kebendaan) yang mengalahkan alasan Islam itu dalam menentukan sikap Melayu. Maka mungkin itulah pula sebabnya dikaitkan dengan kata 'liberal' - Melayu liberal. Pada hemat saya, kata 'liberal' sekadar penyedap hati Melayu saja untuk melegakan perasaan bersalahnya dan sekadar mengikut arus zaman (yang sebenarnya tonggang terbalik hari ini!).
Ada seorang teman cendekiawan dari menara gading yang berkata kepada saya bahawa yang dilakukan oleh BN dan "disambut baik" oleh pengundi Melayu itu dapat dirumuskan begini: Sekarang ini bukan zaman perjuangan, tetapi zaman mengumpan!
Terima kasih.

MARSLI N.O said...

Salam Pak Baha: Tatkala politik pun merambah ke ranah sastera dan budaya, senimannya menjadi apa pula? Sama boragas atau algojo? Maaf melontar tanya.

Marsli N.O