Friday, 22 April 2011

WAKTU UNTUK MENULIS SEMULA

Assalamualaikum,
Politik menjadi semakin tajam dan melukakan.Ia memberi kesan bukan sahaja kepada kita yang dewasa, tetapi akan mewujudkan suasana budaya yang mewarnai fikiran serta kepercayaan generasi anak-anak yang sangat terdedah kepada media.Siapakah yang benar-benar prihatin terhadap kesan negatif terhadap anak-anak akibat permainan politik orang tuanya?

Mudah-mudahan kita akan dapat bersua dan bertukar pandangan tentang banyak hal semasa. InsyaAllah.

7 comments:

anazkia said...

Waalaikumussalam warrahmatullah...

Apa kabar, Dato? lama tak menulis. Semoga sihat senantiasa

ZULKIFLI said...

Salam, Dato',
Selamat kembali mencurahkan idea, informasi, dan pandangan.

Politik kini tampaknya semakin membodohkan kita. Membuang masa pun ada.

bahazain said...

Assalamualaikum Sdr Anazkia,
dan Sdr Zul,

Alhamdulillah, dapat juga kembali lagi menemui para pembaca. Saya juga telah menjenguk blog sdr berdua, dan masing-masing dengan keunikan dan perspektif pandangan yang mencerahkan fikiran bangsa. Selagi kita berniat untuk memberi kebaikan , tulisan kita akan Tuhan beri pedoman. Itulah yg memberi kekuatan sepanjang pengalaman saya. Sampai jumpa lagi...

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)

MARSLI N.O said...

Pak Baha: Semoga kelukaan tidak sampai membunuh kita.

MARSLI N.O

yana said...

Salam Dato'
Lama tidak membaca entri baru di sini,Alhamdulillah masanya sampai jua.Begitulah adatnya politik di sini,pemegang kuasa semakin galak berpolitik dari perut,hingga lupa batas & sempadan yang ada.Moga saya serta ibubapa yang lain dapat lebih kuat & mampu membimbing anak2 kami menunjukkan yang gelap didalam yang terang itu.

Taufiq Mubarak said...

Saya harap sdr Baha tidak akan berhenti menulis blog.