Badan-badan penulis tanah air, Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Melayu Perlis , GMP, badan-badan bukan kerjaan Pulau Pinang, dan ramai perwakilan lain berhimpun di Rumah Gapena, pada 15 Febuari atau 15.2 sempena Perkara 152 dlm Perlembagaan Persekutuan yg menyataka tentang bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan rasmi negara.
Selepas Tan Sri Aziz, seorang peguam dan bekas Pengerusi Eksekutif MAS, memberi ceramah tentang bahasa Melayu dlm perspektif undang-undang dan perlembagaan, sebahagian hadirin berangkat ke Balai Polis Brickfield, K.L. untuk membuat laporan polis tentang PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik) yg dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan , dan Akta Pendidikan 1966.
Kami berempat : Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 Gapena, Dato' Dr Zainal Abidin Borhan, Ketua Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dan Rjab F.I. , Persatuan Melayu Perlis, dan saya masuk ke Balai Polis jam 12.15, dan selesai membuat laporan yg ditandatangani oleh Tan Sri Ismail , pada jam 1.45. Teman-teman lain, dan sekumpulan besar wartawan menunggu di pintu pagar.
Laporan itu dikendalikan oleh tiga pegawai polis wanita yang sangat bersopan, ramah tamah dan memberikan kerjasama yang baik . Jadi kami tak berasa gelisah sangat selama satu jam di ruang pengaduan itu. Orang jahat ? Tentu kami tidak berasa begitu kerana kami mengadukan tentang orang lain membuat kesalahan supaya disiasat dan diambil tindakan. Kalau kami orang jahat kami akan tunjuk perasaan di jalan raya macam samseng: lempar batu, selipar, baju dan kecuali seluar.
Apa lagi yang dapat kami lakukan untuk meluahkan perasaan tak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang merugikan perkembangan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang moden ? Kenyataan akhbar telah dibuat sejak Jun 2002, surat dan e-mel telah dihantar kepada Perdana Menteri, malahan berjumpa langsung dengan mantan PM pada 2002, dan dengan PM sekarang. Dapatan penyelidikan ilmiah pun dihantar kepada Kementerian Pelajaran. Cuma sembah kaki menteri saja yang tidak dilakukan. Bukanlah kami ini terlalu hina sangat sampai hendak suruh buat seperti itu.
Malam ini sewaktu menonton berita TV 3, keluar kenyataan Menteri Pelajaran , mempersoalkan kenapa baru sekarang hendak buat laporan polis; apakah ada tujuan-tujuan tertentu. Barangkali yang dimaksudkannya tujuan politik untuk menjatuhkannya. Kami tak berminat tentang politik kepartian, dan persaingan antara tokoh-tokoh politik untuk merebut kekuasaan atau tempat. Gapena itu sendiri sangat akrab dengan tokoh-tokoh politik UMNO, walaupun apolitical. Politik kami kaum penulis hanyalah politik kebahasaan, dan politik persuratan dan budaya yang bersifat kebangsaan. Apabila bertindak bukanlah didorong oleh niat politik dalam parti UMNO, atau dalam parti pembangkang. Kiranya inilah yang perlu difahami.
Alangkah baiknya kalau Menteri Pelajaran mempelawa kami untuk berdialog atau bermesyuwarah secara ikhlas dari hati ke hati. Malangnya ini tidak berlaku kecuali Persidangan Meja Bulat yang akhirnya membuat rumusan tanpa dipersetujui oleh pesertanya sehingga lebih merupakan propaganda . Dan hari ini nampaknya TV 3 cuba mencondongkan pemberitaannya supaya memihak kepada pro PPSMI dengan menggunakan konon e-mel, dan wawancara yg terpilih-pilih. Siapa orang yg melakukan kebejatan ini. Penonton bukanlah terlalu bebal untuk menerima taktik media yg klise dan mentah ini.
Kami penulis memang menyedari bahawa kita tak boleh melawan kekuasaan politik yang menjadi Raja, Singa atau Naga yg memiliki kekuatan wang ringgit, kekuasaan pelaksanaan, alat propaganda dan orang-orang yg digaji khas untuk melawan siapa saja yg menentang kehendak menteri. Tetapi itulah risiko yang perlu dihadapi oleh penulis, sasterawan, cendekiawan dan siapa saja yang memilki hati nurani ( yang insaf akan sesuatu dalam politik negara sedang
merosakkan warisan , jati diri dan tamadun bangsanya).
Malangnya penentangan yang menemukan artikulasi yang tegas dan semakin jelas berlaku pada saat keadaan sosial, politik dan ekonomi agak kacau. Dalam kehidupan ada kalanya semua nasib buruk datang berhimpun pada waktu yang sama. Ini agaknya tanda daripada kepimpinan yang lemah menguruskan hal-ehwal kenegaraan atau tanda bahawa pola-pola kehidupan sosial dan politik lama sedang menempuhi satu asakan nilai-nilai yang fundamental yang tidak difahami oleh pemimpin dan sukar dibendungnya lagi.
Apakah politik pembangunan sedang digempur oleh politik ideologi seperti yang ditunjukkan oleh penentangan idealisme budaya terhadap PPSMI yg berorientasikan filsafat kebendaan dan globalisasi ? Kiranya perlu diperingatkan apabila penulis , penyair, seniman yang selalu tidak memihak, tidak suka campur urusan perebutan kekuasaan di kalangan ahli politik profesional, terpaksa terseret ke dalam kancah politik, itulah pertanda bahawa sesuatu yang sangat serius
sedang membusuk di dalam rohani bangsanya seperti keterlibatan pelajar dan budayawan kreatif dalam krisis politik Indonesia pada zaman Soeharto (1998).
11 comments:
Assalamu'alaikum Dato'
Seolah-olah sejarah itu hanya untuk diulangi. Sungguh menyedihkan. Semoga tabah dan teruskan perjuangan.
Assalamualaikum Dato',
Sebuah buku tulisan nurani seorang guru (sains sekolah rendah) telah terbit berjudul 'Jom Ke Pedalaman'... alangkah luluhnya pabila membaca bab PPSMI.. beliau memang mengajar dlm BI tp bukan bahasa inggeris tapi bahasa Iban! jika bahasa Melayu pun mereka gagal memahami apatah lagi bahasa inggeris.. dgn agak payahnya guru tersebut menterjemah dari inggeris ke Melayu kemudian ke bahasa ibunda anak2 muridnya.. alangkah keegoan itu ibarat menugu dlm diri hingga tak sanggup direbahkan demi anak bangsa Malaysia.. ah.. alangkah plastiknya retorik ahli politik..
YA ALLAH...
Lawan Tetap Lawan...
Jika Takut Dengan Risiko Usah Bicara Tentang Perjuangan...
Hishammuddin memang tak boleh pakai. Kalau dia menang jawatan dalam UMNO, nescaya UMNO akan hilang identiti sebagai parti Melayu. Barangkali dia akan menukar bahasa orang Melayu sebagai bahasa Inggeris!
Kalau Hishammuddin menang juga dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Mac nanti, saya fikir perwakilan UMNO ada masalah dengan pemikiran mereka....mereka sudah tak tahu menilai mana baik dan tidak.
Malah, memilih ketua yang tidak layak juga boleh dianggap sebagai 'Zalim'.
Salam,
Kita sudah menerangkan dengan sejelas-jelasnya kepada "pihak yang berkuasa" bahawa menukar bahasa pengantar pengajaran sains dan matematik dari Bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah satu kesilapan, dan kesilapan itu mesti dibetulkan.
Akan tetapi, di kalangan "pihak yang berkuasa" barangkali masih ada mentaliti feudal bahawa mereka "tidak pernah bersalah", dan kalau bersalah pun tidak mahu mengaku salah.
Ini memang kenyataan "pahit" yang terpaksa dihadapi oleh pejuang-pejuang bahasa. Akan tetapi, perjuangan mesti diteruskan, sehingga pihak yang telah membuat kesilapan itu mahu mengaku silap dan mahu membuat perubahan.
Saya rasa jalan untuk berundur sudah tidak ada lagi.
Salam,
Banyak juga istilah yang berbau keinggerisan tuan gunakan!!!
ASSALAMULAIKUM SDR SAYANGUMNO
TERIMA KASIH MENGIRIM ULASAN TERHADAP PAPARAN SAYA.
SAYA HARAP SDR TIDAK BERASA PELIK KALAU DI SANA SINI BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN ISTILAH INGGERIS KERANA BAHASA MELAYU ITU SEPERTI JUGA BAHASA INGGERIS BUKAN MURNI 100%. "SUGAR", "ALGEBRA", "ALCOHOL" ITU BERASAL DRPD BAHASA ARAB; ":"COMPOUND", "AMOK", "ORANG UTAN" ITU DRPD bAHASA MELAYU; DEMIKIAN JUGA DEMIKIAN BANYAK ISTILAH DRPD BAHASA JERMAN, PERANCIS , DAN LATIN DICURI OLEH BAHASA INGGERIS YANG SANGAT MISKIN PADA MULANYA.
INGIN JUGA DIPERJELASKAN PENENTANG PPSMI TIDAK ANTI-BAHASA INGGERIS, MALAH MENGGALAKKAN PENGUASAANNYA SUPAYA ORANG KITA BERBAHASA DENGAN LANCAR DAN BAIK DLM PENULISAN MAHUPUN PERTUTURAN.
APA YANG DITENTANG IALAH PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA PENGANTAR BAGI SAINS DAN MATEMATIK KERANA INI BERTENTANGAN DENGAN ILMU PENDIDIKAN YANG BERPENDAPAT PERKEMBANGAN KOGNITIF PADA PERINGKAT AWAL PERSEKOLAHAN LEBIH BERMANFAAT /BERKESAN DIAJAR DLM BAHASA IBUNDA. SELAIN ITU PERLU JUGA DINYATAKAN BAHAWA AKHIRNYA MATEMATIK, MATEMATIK TAMBAHAN, FISIK, KIMIA, BIOLOGI, TEKNOLOGI, KEJERUTERAAN ETC DI SEKOLAH MENENGAH TERPERANGKAP DLM BAHASA INGGERIS DAN MEMBUNUH BAHASA BANGSA MELAYU SBG BAHASA ILMU MODEN. SEHINGGA INI KITA TELAH MEMBUNUH NAMA BAHASA MELAYU ITU MENJADI BAHASA MALAYSIA.
INILAH SIKAP FIKIRAN YANG SULIT UNTUK DIFAHAMI. KENAPA SAMPAI BEGITU JADINYA:"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMBAWA REBAH", "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI". BOLEHKAH KITA TERUS MEMPERCAYA ELIT POLITIK MELAYU LAGI?
SAYA HARAP KITA BOLEH BERBINCANG SECARA PENUH MUHIBBAH, DAN SDR MEMBANTU KAMI MENTARBIAH CARA BERFIKIR PEMIMPIN BANGSA KITA.
Assalamualaikum Dato,
Setuju! Ideologi dibelakang ide PPSMI ialah materialisme yang mempersetankan jatidiri bangsa demi kemajuan kebendaan.Bagi yang menentang, ianya adalah untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu,bahasa Tamadun yang merupakan jatidiri bangsa tercinta.Malangnya,sebahagian elit dan profesional Melayu sudah menjadi haiwan materialis yang tidak peduli itu semua.
TPJ14
Assalamualaikum Dato,
Setuju! Ideologi dibelakang ide PPSMI ialah materialisme yang mempersetankan jatidiri bangsa demi kemajuan kebendaan.Bagi yang menentang, ianya adalah untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu,bahasa Tamadun yang merupakan jatidiri bangsa tercinta.Malangnya,sebahagian elit dan profesional Melayu sudah menjadi haiwan materialis yang tidak peduli itu semua.
TPJ14
tumpang lalu dato'..correct me if i'm wrong. UMNO itu bukankah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION?
saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan :)
Salam Pak Baha Ydh: Rasanya, segala sudah dijelaskan. Bahawa yang kita "minta" bukan memusuhi BI tetapi agar mengajar sains dan ilmu hisab dalam bahasa Melayu.
Hujah "mudahnya" (sebenarnya tidak bodoh) mana ada negara maju dalam dunia yang ajar dalam bahasa selain bahasa ibunda mereka. Tapi mereka maju dan lagi hebat dari kita. German, Perancis, Jepun, Cina. Kalau betul hendak kuasai bahasa BI tambahkan waktu pengajarannya. Kan?
Tak kan hujah senang begini pun menteri kita tidak faham atau tidak boleh nampak.
Tapi kalau bersungguh sangat hendak pertahankan perkara yang jelas melanggar perlembagaan itu, mesti ada yang tak kena ini, kan?
Marsli N.O
Post a Comment