Friday, 13 March 2009

BIMBANG & KINI MENJADI NYATA

Antara sebab-sebab utama orang menentang PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris) ialah dikurangi penggunaan bahasa Melayu kerana bahasa Inggeris mengambil alih tempatnya di sekolah-sekolah negara ini. Sebahagian besar mata pelajaran, terutama yang berasaskan sains dan matematik ( seperti matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, teknologi, dan kejeruteraan ) diajar dalam bahasa Inggeris . Dianggarkan lebih 70% mata pelajaran di sekolah menengah akan bertukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Dengan demikian generasi muda sekarang semakin kurang menghargai bahasa Melayu, dan semakin mengutamakan bahasa Inggeris.

Kesan jangka panjangnya ialah bahasa Melayu semakin kurang digunakan untuk menyampaikan ilmu ( terutama dalam subjek yang berasaskan sains dan matematik); bahasa Melayu tidak dianggap penting seperti sebelum 2003 dahulu; dan akhirnya proses perkembangannya selama ini sebagai bahasa ilmu pengetahuan dalam bidang kemanusiaan dan sains akan tergencat. Maka bahasa Melayu yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini akan turun sebagai bahasa kelas kedua di negaranya sendiri.

******
Kekhuatiran tersebut pada hari ini benar-benar menjadi nyata, apabila Kementerian Pelajaran mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Ketua Pengarah Pelajaran berasa puas hati kerana lebih ramai pelajar memilih bahasa Inggeris untuk menjawab soalan-soalan perperiksaan. Ini bererti semakin sedikit pelajar menggunakan bahasa Melayu untuk menjawab soalan-soalan mata pelajaran yang berasaskan sains dan matematik.

Penyingkiran peranan utama bahasa Melayu di sekolah-sekolah; dan terbantutnya kemajauan perkembangannya sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden dalam pelbagai disiplin mengakibatkan merosot penggunaan , kepentingan dan kedudukannya dalam masyarakat. Maka kesudahannya bahasa Melayu itu menjadi bahasa kelas kedua di dalam masyarakatnya sendiri.

Inilah yang menimbulkan kegetiran dan penentangan keras para pencinta bahasa kerana perbuatan ini bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan yang diminta oleh pemimpin dan menteri supaya rakyat patuh dan hormat pada perlembagaan dan undang-undang. Siapakah yang terbukti melanggarnya terlebih dahulu? Apakah mereka yang berhimpun atas nama GMP pada 7 Mac 2009 di Masjid Negara yang mulia itu yang tidak menghormati undang-undang?

Apa yang lebih mengaibkan ialah apabila bahasa Melayu itu tergelunsur ke bawah daripada tempat asalnya yang utama di sekolah sejak 1970 ( 30 tahun lebih), bererti kedaulatan dan maruahnya tergelunsur jatuh, membawa sekali maruah bangsa Melayu yang bermati-matian memperjuangkannya bersama-sama kemerdekaan tanah air. Inikah akhirnya hadiah dan balasan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Melayu, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, kepada rakyat yang telah memilihnya serta menaruhkan kepercayaan kepada mereka?

Bukan sangat masalah pelajar boleh menjawab soalan dalam bahasa Inggeris. Bukan sangat soal murid-murid luar bandar ketinggalan berbanding murid-murid bandar.
Lama kelamaan semua mereka boleh menguasai bahasa Inggeris setelah ratusan ribu menjadi korban kegelojohan menggantikan bahasa Melayu dengan mendadak. Bahasa Iban, Kadazan, Cina , Tamil dan bahasa Orang Asli pun akhirnya boleh digunakan dengan jayanya oleh pelajar dan murid ( bandar dan luar bandar) kalau diutamakan dalam sains dan matematik. Jadi tak ada apa yang pelik atau istemewanya kalau ramai pelajar boleh lulus melalui bahasa Inggeris.

*****

Marilah berfikir dengan jujur. Apakah isu masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang hendak kita utamakan, atau kebolehan pelajar menjawab soalan
-soalan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?

Premis atau landasan pemikiran untuk membuat keputusan ini harus jelas terlebih dahulu terutama di kalangan pemimpin politik dan pegawai tinggi kerajaan. Kita tak boleh berfikiran keliru, atau sengaja mahu mengelirukan.Kita harus menyelami hati nurani kita walaupun keputusan kita akhirnya bertentangan dengan kepentingan air muka politik atau kerjaya kita sendiri.

Peratus kejayaan pelajar yang bertambah menjawab kertas perperiksaan dalam bahasa Inggeris bukan alasan bagi menghalalkan penerusan PPSMI kerana penerusan PPSMI ini akan memberi akibat buruk, iaitu membantut kemajuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan asas tamadun bangsa kita. Kalau kepentingan ini yang menjadi falsafah pemikiran , tidaklah sampai terjadi PPSMI itu dilaksanakan dengan tak sabar-sabar lagi pada 2003; dan tentu juga sudah boleh diberi kata putus hendak meneruskan atau tidak awal-awal lagi.

Jadi keputusan-keputusan UPSR, PMR dan SPM itu sebenarnya tidak relevan dalam
pertimbangan untuk meneruskan atau memansuhkan PPSMI di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Inilah yang patut disedari oleh orang ramai dalam isu PPSMI.

Memanglah ramai yang mempertahankan PPSMI, terutama yang taksub dengan globalisai; yang taksub dengan kemajuan kebendaan; yang cetek pemahamannya tentang peranan akhlak , ilmu dan warisan tamadun dalam erti kejayaan yang sebenarnya. Kekeliruan fikiran dan ketaksuban kemajuan kebendaan inilah yang sekarang sedang menghancurkan pembangunan kebudayaan, sosial dan kredibiliti politik. Krisis ekonomi sedang menyempurnakan kehancuran ini. Berdoalah supaya kita selamat; dan beranilah berkata benar supaya kita semua selamat.

Kata Harold Nicolson: "God knows politics is a complicated business, and the hearts and minds of men often flutter helplessly around in it, like birds in a net. But if we are unable to feel indignant at a great injustice , we will never be able to act righteously."


SELAMAT MALAM




















7 comments:

lanterajiwa said...

salam... tuan tulis... tumpang promo tee-shirt ya... =)

T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html

awang kata said...

Nyata kini bahasa Melayu makin kurang menjadi pilihan.

Jika benar pelajar lebih memilih bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam menjawab di kertas peperiksaan.

Terpinggir lagi bahasa kita.

Inikah harapan pemimpin berjiwa Melayu. Tahniah...

Unknown said...

Bahasa jiwa bangsa. Melalui bahasa orang akan mengenal budayanya sendiri. Membiarkan Bahasa Melayu dipinggirkan seolah-olah membiarkan anak bangsa melupakan budaya dan jati dirinya juga. Janganlah kita mewariskan nama Melayu kepada anak cucu kita tanpa ada jati dirinya di kemudian hari. Fikirlah sebelum terlambat semuanya bermula pada hari ini.

indah-chan said...

hurm.. da lama saya asyik pikir saje dgn PPSMI ni..

tapi.. entah lah.. ada pros and cons dia..

apa pun.. saya sokong perjuangan anti-PPSMI walaupun saya rasa itu satu pembaziran untuk buku2 dan program2 yang telah diadakan..

tapi elok terkorban sekarang dari terkorban dengan dasyat di kemudian hari yakni kepupusan bahasa Malaysia yang mana akan menjadi 'small variety' dalam masyarakat melayu sendiri.

saya setuju dengan entry "the pretender" yang menyatakan pengalih bahasa-an melampau dalam kartun2 di Malaysia walhal di sekolah pada pelajar menggunakan bahasa inggeris. pelik.

turuti di blog ni : http://geniunist.blogspot.com/2009/03/kebodohan-ppsmi.html

baik ditukar semua. disekolah menggunakan bahasa melayu dan di kartun, jangan di alih bahasa; kekalkan sebagai medium pendedahan bahasa inggeris. ^-^

selamat berjuang!

sinaganaga said...

sengal-sengal di badan saya masih terasa lagi... mmmm...

guru besar haneem kaydeen said...

saya baru perasan rupanya kita ada di tempat sama semasa demo. tapi sebab dato' rugged sangat hari tu :) dicampur vision tengah blur akibat gas pemedih mata, tak sedar dato' yg bercakap dgn Pak Bakar.Maaf ye..
foto di blog saya

YoshaMaDa said...

Saya sendiri menggunakan bahasa Inggeris semasa menjawab soalan SPM dan PMR dahulu. Hal ini memudahkan pelajar kerana kami belajar dalam bahasa Inggeris walaupun bercampur-aduk dengan bahassa Melayu. Kasihan pada guru yang terpaksa menterjemah sebelum mengajar kami. Bukan kerana saya tidak mahu menggunakan bahasa saya sendiri.

Tetapi disebabkan hal ini saya dapati tahap pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar semakin lemah. Ini dibuktikan apabila guru kami yang mengajar bahasa Melayu dengan tegas tidak mahu menambah markah pada pencapaian kami semasa ujian percubaan SPM dahulu. Apabila saya perhatikan semula saya dapati bahasa yang kami gunakan adalah bahasa Melayu yang tidak berkembang sejak awal musim sekolah menengah. Tidak ada perbendaharaan kata-kata bombastik yang digunakan sebaliknya hanya bahasa yang mudah difahami hatta oleh adik saya yang masih di sekolah rendah, darjah satu dan dua..

Jika ada kesempatan saya ingin bertemu dan mengucapkan terima kasih pada guru itu yang membiarkan keputusan kelas kami dengan pancapaian hanya seorang mendapat A2 semasa peperiksaan percubaan dahulu sedang yang lain hanya mendapat B3, B4 malah C5. Inikah keputusan yang patut dicapai oleh pelajar anak jati Melayu? Nyata masih ada hikmah di sebaliknya..

Pencapaian tahap bahasa Inggeris pula tidak menampakkan hasil yang lumayan apabila kebanyakan pelajar masih tidak dapat mencapai tahap A2 dalam matapelajaran English in Science and Technology (EST). Bahasa yang digunakan untuk mengajar matapelajaran ini hanyalah bahasa yang mudah. Tidak bolehkah pelajar menguasainya? Ada pula yang menunjuk pandai di hadapan guru. Kasihan guru saya itu. Sudahlah masa EST dikurangkan dari dua masa ke satu masa untuk memberi laluan pada matapelajaran lain, pelajar pula tidak mahu beri tumpuan untuk masa yang satu itu. Nah, sekarang lihat akibatnya. Siapa yang dapat A1 semasa SPM dahulu? Hanya sekerat sahaja dari berpuluh-puluh pelajar sekolah itu.