Siang tadi telah disempurnakan Mesyuarat Agung Gapena Ke-38 di rumah pejabatnya yang baru di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Apakah ruangan baru dan suasana baru membangkitkan keghairahan perwakilan untuk berucap secara bebas dan terbuka? Seolah-olah begitulah.
Dalam dialog yang lantang dan terbuka begitu tentulah ada yang terguris hati atau berasa tidak enak terutama apabila ucapan demikian menjadi satu macam kritikan. Walau bgaimanapun apa yang terhasil , ialah berlakunya anti-tesis yang memberi manfaat bagi memperkemas organisasi dan menyediakan Gapena supaya lebih bertenaga memeta masa depanmnya . Berlakunya pertembungan fikiran antara yang senior dengan yang lebih muda tentulah membawa satu keinsafan dan keghairahan baru bagi Gapena menghadapi situasi sosial dan budaya yang bukan sekadar kompleks, tetapi 'complicated' pada era politik hari ini.
Gapena mempunyai potensi yang sangat besar sebagai kelompok pemikir budaya, dan pandangannya haruslah pula bernas dan relevan dalam konteks isu semasa dan kepentingan masa depan negara. Gapena juga mempunyai 23 badan gabungan yang bertaburan di wilayah-wailayah negara ini , dan ini bererti Gapena memiliki jentera untuk melebarkan pengaruh atau idealismnya apabila antara pusat dan jenteranya memiliki sinergi yang dinamik.
Mesyuarat Agung yang berlangsung hari ini menunjukkan adanya harapan perubahan yang besar di kalangan perwakilan yang muda-muda untuk melihat Gapena itu lebih bertenaga dan dinamik kehidupan organisasi dan intelekualnya bagi kepentingan perjuangan kebudayaan kebangsaan.
Hasrat ini perlu disambut oleh kelompok pimpinan pusat dengan melihat di mana organisasi serta pentadbiran perlu diketatkan atau dimantapkan . Tetapi yang lebih penting lagi ialah melakukan perubahan-perubahan pendekatan di sana sini bagi menampung keperluan badan-badan gabungan yang menasabah. Dari segi integriti dan keikhlasan kerja di pusat memang badan kerabat tidak melihat adanya masalah kerana kredibiliti tokoh-tokoh yang ada di pejabat Gapena cukup dipercayai. Ini faktor yang selama ini menjadi kekuatan Gapena.
Bertolak daripada pengertian di atas, tidaklah cukup hanya orang meminta supaya di pusat itu ada sikap dinamik dan berkesan dalam sekalian tindak tanduknya, kerana yang bernama Gapena itu adalah seluruh struktur dan jaringannya dari KL hingga ke Pulau Pinang serta Perlis, dan seterusnya ke tanah Borneo di selatan. Badan-badan kerabat juga harus menilai kedinamikan kepimpinan, dan keberkesanan organisasi, pentadbiran dan kegiatan budayanya , dari waktu ke waktu sejajar dengan keupayaan dan persekitaran di daerah masing-masing. Peranannya sebagai suatu badan yang apolitikal, yang tidak diperalatkan oleh mana-mana tokoh atau puak tertentu, tetapi terus menjadi suara hati nurani rakyat terbanyak, sura kepentingan nasional, di daerah masing-masing juga akan terus memberi sumbangan positif dan kepercayaan rakyat kepada Gapena .
Demikianlah antara Kuala Lumpur dan kerabatnya harus saling memperkukuh; dan melihat ke dalam kelemahan serta kekuatan masing-masing untuk bekerjasama.
5 comments:
Ayahanda, anakanda amat kecewa dengan GAPENA. Semacam menjadi kuda tunggangan Kementerian Kebudayaan dalam penghakiman pertandingan Deklamasi Puisi Merdeka semenjak Kementerian itu ambil alih. Seringkali keputusan hakim menjadi pertikaian dan menampakkan kelemahan mereka sendiri. Hakim sendiri tidak jelas apakah itu teknik vokal dan suara dibuat-buat, nada tinggi dan jeritan. Seribu satu alasan gara-gara mahu mengikut penetapan kementerian untuk mencari muka baru setiap tahun. Muka baru atau lama perlu diseimbang dengan kualiti. Sudahlah petak-petak markah dibiarkan kosong begitu saja. Hanya mengikut citarasa masing-masing sahaja untuk meletakkan nombor di tepi nama peserta yang mereka paling suka. Benarlah apa yang anakanda dengar pasal GAPENA selama ini. Maaf ayahanda akan luahan ini. Anakanda sudah lama tidak dapat kemaskini blog kerana modem dan laptop rosak dan masih belum dibaiki lagi.
Sdr D'Rimba
Saya sering mendengar rungutan terhadap Gapena daripada penulis muda. Saya kira Gapena menyedari hal ini dan ada usaha untuk mengadaklan program untuk generasi pelapis. Tentang Deklamasi Kemerdekaan memang ada kesulitan penghakiman apabila deklamasi itu dilihat sebagai pengucapan perjuangan, semangat dan puisi di depan podium. Saya pun sudah lama tidak ikut perkembangannya.
Diharap teknolgi komunikasi sdr segera sihat kerana saya tahu betapa resahnya kita apabila alat ini tak berdaya membebaskan suara
dalam diri kita.Nah,peribadi kita sudah terpenjara pula dalam genggamannya.
Sdr D'Rimba
Saya sering mendengar rungutan terhadap Gapena daripada penulis muda. Saya kira Gapena menyedari hal ini dan ada usaha untuk mengadaklan program untuk generasi pelapis. Tentang Deklamasi Kemerdekaan memang ada kesulitan penghakiman apabila deklamasi itu dilihat sebagai pengucapan perjuangan, semangat dan puisi di depan podium. Saya pun sudah lama tidak ikut perkembangannya.
Diharap teknolgi komunikasi sdr segera sihat kerana saya tahu betapa resahnya kita apabila alat ini tak berdaya membebaskan suara
dalam diri kita.Nah,peribadi kita sudah terpenjara pula dalam genggamannya.
GAPENA harus lebih serius dan terbuka dalam melayani luapan anak muda. Mereka perlu keluar dari kongkongan minda...siaga mendengar dan menerima perubahan, apalagi di tengah kalut dan rencam 'siasah' sastera. Sejarah telah buktikan bagaimana mereka menutup pintu kepada golongan muda...kepada apa yang berlaku kepada SPMG dulunya!
Assalamualaikum,
Tuan, saya telah membaca serba-sedikit coretan tuan dan latar-belakang diri tuan terutama pengalaman tuan di luar negara, idea-idea tuan berkaitan bahasa dan politik tanahair. Saya amat berminat untuk bekerja bersama tuan melawat negara-negara luar menimba ilmu dan pengalaman.
Looking forward to be associated with you in the future. Syed Putra.
Post a Comment