Saturday, 28 November 2009

MELAYU-ISLAM DI MANA KITA ?

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair, sedang disiasat tentang keputusannya melibatkan kerajaan dan tentera Inggeris bersubahat dengan bekas Presiden Amerika, Bush, menghancurkan Iraq atas tuduhan memiliki senjata pembunuhan massa. Tuduhan tersebut akhirnya tak terbukti , tetapi dua kerajaan Islam: Iraq, dan kemudian Afghanistan dimusnahkan oleh keganasan Amerika dan Britain yang dikepalai oleh Bush dan Blair.

Pada Hari Raya Aiduladha,Hari Raya Korban (1430) yang mengajak umat Islam bertaqwa, marilah kita semua menginsafi nasib dan masa depan masyarakat Islam di Malaysia,khasnya, dan di dunia antarabangsa selanjutnya.

Selepas peristiwa September 11, 2001,yang memusnahkan World Trade Center, New York, Islam dan pengikut-pengikutnya yang keseluruhannya ada sekitar 1/5 umat manusia di dunia ini, tiba-tiba menjadi pusat pembicaraan dan liputan media sehingga hari ini. Islam dituduh agama ganas dan ekstremis, dan dengan kekuatan senjata darat, laut dan udara, dan dengan kekuatan ekonomi serta teknologi, kafir Amerika dan Britain bersama-sama dengan sekutunya yang lain menyerang Iraq, dan Afghanistan yang dianggap melindungi pengganas. Lantas apa jua kejahatan yang dilakukan oleh orang Islam mereka dicap sebagai pelampau Islam. Mereka tidak menuduh Timothy McVey sebagai pengganas atau pelampau Kristian walaupun telah meletupkan bangunan kerajaan Amerika di Oklahoma ( mengakibatkan 168 orang mangsa terbunuh) sebelum berlakunya tragedi Sept.11, 2001.

Propaganda Barat yang besar kemungkinan didalangi oleh Yahudi sedang meruntuhkan imej Islam dan orang yang beragama Islam. Pertentangan dan permusuhan mungkin bertambah sengit.Masjid Al-Aqsa yang dimuliakan oleh seluruh umat Islam masih
tidak bebas daripada gangguan kafir Yahudi. Kita di Malaysia, negara yang terang-terang menjadikan Islam sebagai agama rasminya, apa yang sedang kita lakukan untuk memberi makna kepada Islam dan nasib umatnya di negara ini ?

Pemimpin politik yang beragama Islam, tidak kira dalam parti apa pun, harus mengkaji secara rapi apa-apa strategi, tindakan dan program untuk membangunkan sistem pendidikan, pentadbiran,kewangan, ekonomi dan sosial menurut prinsip Islam tanpa berlaku zalim terhadap penganut kepercayaan lain. Tidakkah langkah pertama yang mudah ialah dengan mengharamkan sama sekali judi, arak, pelacuran, dan jenayah sosial? Tidak ada sesiapa baik Islam atau bukan Islam yang akan memprotes sekiranya "tindakan" tegas membersihkan bandar-bandar dan kampung kita daripada kekotoran ini dilakukan oleh pihak polis, majlis tempatan, jabatan imigrasi, dan Kementerian Dalam Negeri mulai Januari 2010 ini. Kurangkanlah bermain politik dan retorik. Rakyat sudah bosan dan muak dengan pergaduhan pemimpin-pemimpin parti politik dan cakap-cakap yang tuduh menuduh antara politikus; membuang dan membazirkan waktu negara yang berharga,dan masa rakyat sahaja.

Janganlah fikir bahawa semua rakyat ini bodoh, memekakkan telinga dan memejamkan matanya terhadap persekitarannya.Malahan Perdana Menteri dan anggota kabinetnya pun sedang diletakkan dibawah kaca teropong untuk dianalisis ucapan dan perbuatannya.

6 comments:

budisolutions said...

salam hormat,
jemput ke Budi Bookstore untuk melayari alam buku-buku motivasi dan kemajuan kendiri.
terima kasih.

imlan adabi said...

Islam dan Melayu sering bertingkah. Dalam konteks global, Islam sasaran Barat untuk meluaskan dogma mereka. Paksi dunia berputAr kepada ketakutan. Hanya ilmu mampu mendidik kita. Andai sudi layari www.imlanadabi.blogspot.com

SITI ZAINON ISMAIL said...

Amin, tetap mendoakan Melayu Muda hari ini tidak menutup hati dan telinga.
Dato' dan Datin Ros : Mengundang ke acara SYUKUR 60 SZI - & Pelancaran 5 buku 2009 pada 20 Disember 2009, pukul 10 pagi - 5 petang.
Di JEUMPA D'RAMO , No. 102-104, Jalan Maarof, Bangsar. KL.
(siti, 019 3501896)

yana said...

Salam Dato'
Lama tidak ke laman blog ini, tidak berapa sihat kebelakangan ini. Saya pun turut berasa jelak dengan retorik yang sering dilaungkan di sana sini. Rakyat memerlukan tindakan, bukan suapan sahaja! Saya bimbang akan masa hadapan anak-anak nanti, dapatkah mereka semua menilai yang mana baik mahupun buruk kerana dewasa ini pelbagai doktrin yang kucar-kacir telah diserap didalam sistem pendidikan mereka. Kadangkala terasa ingin sahaja membesarkan mereka diluar daripada semenanjung ini, tetapi itu bukanlah caranya, kerana disinilah tanah tumpah darah mereka. Sedaya upaya yang mampu, saya cuba untuk menerangkan kepada mereka tentang yang mana hak mahupun batil, membiarkan mereka membesar mengikut aturan alam yang tidak pernah salah dan membimbing mereka melalui jalan yang kadangkala penuh dengan liku dan lobang yang dalam!
Semoga dengan didikan tersebut, mereka(anak-anak saya) dapat menjadi Melayu-Islam yang kukuh jiwa mereka untuk menempuh apa sahaja cabaran mendatang. Doakan saya berjaya...

bahazain said...

Assalamualaikum,
Sdr budisolutions,
Saya sudah melawat Budi Bookstore dan cukup bermaklumat dan menarik.

Sdr Imlan,
Saya sudah memberi pandangan tentang paparan anda di blog.

Sdr Dr Siti,
Tahniah kerana terus berkarya dan menerbitkan 5 buku. Saya berasa iri hati melihat komitmen sdr terhadap kreativiti. Sedalam tahniah atas angka 60. Entah kenapa setiap kali majlis sdr saya
terlibat dlm majlis lain. Kali ini jiran tetangga saya menerima menantunya yang pertama. Kami tak rela hati meninggalkan mereka yg terdekat ini.

Sdr Rozana,
Teriring doa restu dan sihat walafiat kpd sdr. Ini adalah zaman yang sangat rumit , kaya dengan maklumat, saluran komunikasi dan sangatlah mencabar tugas serta peranan ibu dan bapa. Nilai-nilai yang mulia dan yang buruk hina sedang mencurah-curah masuk ke bawah bumbung rumah,bilik darjah sekolah, dan bilik kuliah universiti.Cuma yang menyenangkan hati ialah dalam waktu yang sama maklumat serta pengaruh nilai-nilai akhlak dan moral yang baik juga turut berkembang hebat. Jadi isu penting sekarang sejauh mana ibu bapa dapat terus akrab dengan anak-anak dan mendidik nilai-nilainya di samping pendidikan kognitif di institusi pendidikan formal. Semoga sdr terus gigih mendampingi anak-anak sendiri dan anak-anak bangsa kita yang lain juga.

Pegawai Khalwat said...

setuju dato'!