Thursday 4 March 2010

NGO MELAYU BERPAKAT MEMPERTAHANKAN MELAYU-ISLAM: 10 SOALAN untuk MPM

Pada hujung Feb. 2010 sejumlah kira-kira 84 NGO Melayu bermesyuarat membentuk kesepakatan bagi memantau dan mempertahankan Perlembagaan, dan kepetingan Melayu dan Islam.

Ramai nama pemimpin organisasi yang datang terdiri daripada nama-nama yang terkenal ( bekas pemimpin politik, bekas pemimpin tentera, aktivis sosial) dan ada juga nama-nama yang tak terkenal, malah tak kuat kredibilitinya. Walau apapun ini adalah peristiwa agak luar biasa dan boleh dibaca pelbagai makna serta implikasinya.
Kelahirannya berupa tanda atau simptom daripada kegelisahan dan ketidak senangan masyrakat Melayu Islam terhadap situasi semasa yang nampak kacau, tak menentu dan bergolak dari hari ke hari baik dalam bidang politik, undang-undang serta kehakiman, mlaha keselamatan rakyat.


1. Apakah ini reaksi sekumpulan pemimpin Melayu yang prihatin terhadap kemunculan suara dan tindakan perkauman daripada kaum Cina dan India seperti Hindraf itu?

2. Apakah ia berupa kemerosotan kepercayaan terhadap pemimpin UMNO yang memerintah yang dianggap berkompromi dalam banyak hal sosial, bahasa, kesenian, ekonomi dan politik dengan kaum-kaum bukan Melayu untuk meraih sokongan politik?

3 Boleh jadi juga ia berupa langkah proaktif bagi mengawal kepentingan Melayu-Islam kalau-kalau pembangkang PR yang komponen pentingnya DAP, dan tokoh-tokoh bukan Melayu dalam Parti Keadilan akan mengambil kuasa pada masa depan.

4. Bolehkah beberapa tokoh dalam Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dipercayai kesetiaannya kepada keputusan2 MPM, dan tegas memperjuangkannya secara terbuka apakala bertentangan dengan keputusan pemimpin-pemimpin politik UMNO kerana ramai nama-nama yang menyertai mesyuarat MPM itu adalah nama-nama penting dalam UMNO sendiri walaupun sudah terpinggir daripada kerajaan?

5. Mampukah YB Ibrahim Ali yang mengambil inisiatif menemukan NGO tersebut mengambil sikap intelektual yang rasional dan bukan politikal dalam dialog dan keputusan-keputusan yang akan dibuat secara demokratik?

6. Mampukah pemimpin-pemimpin NGO yang lebih bersikap nasionalistik dan bukan condong kepada politik kepartian menerima kalau ada antara tokoh-tokoh terlibat cuba memihak kepada mana-mana pemimpin parti politk baik dalam kerajaan atau pembangkang?

7. Apakah tanggapan bukan Melayu terhadap ketegasan suara MPM seperti yang diucapkan oleh YB Ibrahim Ali?

8. Masyarakat Melayu yang goyah kepercayaannya terhadap kestabilan politik, kurangnya ketegasan pemimpin Melayu dalam kerajaan sekarang, dan pintu yang semakin luas terbuka kepada kaum lain, terutama gagasan 1 Malaysia yang diterjemahkan sebagai Malaysian Malaysia Lee Kuan Yew dahulu, menyambut baik MPM, tetapi apakah ini akan mewujudkan polarisasi yang lebih tajam di negara ini?

9. Senario sosial-politik yang mencair dan berpolarisasi ini barangkali mencerminkan
kegagalan kerajaan membina perpaduan dan jati diri nasional yang berpaksikan
peruntukan2 penting Perlembagaan Persekutuan ( Bahasa Melayu, Islam, Kesultanan, Hak-hak Keistemewaan Melayu, dan budaya ).

10. Sejauh mana tokoh-tokoh dan pemimpin-pemimpin NGO dalam MPM boleh bertahan secara ampuh dengan idealismenya dalam keadaan krisis terutama bila berhadapan dengan konfrontasi intelektual ataupun ugutan politik dan sogokan kebendaan ( baik wang mahupun peluang) ?

Akhirnya ujian paling getir ialah krisis. Mudah-mudahan Tuhan akan melindungi dan memberkati semua mereka yang berjuang secara ikhlas, jujur, berintegriti, berani dan berakhlak. Teriring Doa Restu Untukmu . Amin.



9 comments:

ZULKIFLI said...

Salam sejahtera, Dato',
Perhimpunan itu (MPM) sangat baik matlamatnya. Tetapi yang lazimnya, Dato’, kepentingan politik menjadikan banyak orang politik (dan sebahagian orang yang bercita-cita lain daripada matlamat dalam MPM itu) melongkangkan pendirian mereka. Saya tidak suka bersangka buruk, tetapi kalau perhimpunan NGO itu ditunjangi oleh sebahagian besarnya orang politik, akan berdegar-degarlah saranan dan “ugutan”, tetapi beraknya tersangkut di gelegar juga (?).

Benar sangatlah harapan Dato’ di akhir siaran, “Mudah-mudahan Tuhan akan melindungi dan memberkati semua mereka yang berjuang secara IKHLAS, JUJUR, BERINTEGRITI, BERANI dan BERAKHLAK.

10 soalan dalam siaran ini akan saya simpan (semoga dapat keizinan Dato’) kerana sebahagian besar soalan itu sangat menggalakkan saya berfikir (kritis) tentang senario politik semasa (orang Melayu, khususnya).

Saya berdoa semoga Allah terus merahmati Dato’ dan seluruh umat Islam-Melayu di negara ini. Allahumma Amin.

lutfi said...

Salam dato.
Esok di PENA di bawah Biro Penulis Muda ada prgram Dialog Orang Muda(DOM). Memperkatakan isu Kebebasan Berkreatif dalam konteks dunia seni tempatan. Pukul 10 pagi. Kalau datuk berkelapangan, kami sangat mengalu-alukannya.
DOM ini terbuka kepada orang ramai dan percuma.
T.Kasih dato

bahazain said...

Assalamualikum ,
Sdr Zulkifli,
Silakan mengutip apa saja fikiran yang sdr anggap baik drpd blog ini. Memang ia bertujuan untuk berkongsi fikiran dan bertukar-tukar pandangan bagi kita masing2 memperkaya kewarasan . Saya percaya ramai yg hadir di MPM itu peribadi yg ikhlas dan tak ada ulterior atau tujuan tersembunyi. Mudah-mudahan begitu.

Sdr Lutfi,
Tahniah dan didoakan selamat dengan berkat-Nya.Sekadar menyegarkan ingatan bahawa kebebasan berkarya yang autentik tidak selalu diserahkan, tetapi harus selalu diperjuangkan. Itulah bezanya kata hati nurani dengan kata-kata biasa. Saya mungkin tak berkesempatan hadir. Orang tua-tua elok jangan mengacau DOM, dengar saja bunyi BOM dari jauh. Selamat

imlan adabi said...

NGO mELAYU amat diragui matlamatnya. Apakah ia bebas atau barua Umno?
Banyak suara mereka citra kepartian? Apakah ada wahyu di sebaliknya?

lutfi said...
This comment has been removed by the author.
lutfi said...

Salam dato.

Sekadar laporan pasca DOM kepada dato; Berkat sokongan pihak PENA sendiri, dari atas sampai bawah - juga sokongan daripada sahabar-sahabt di luar PENA, alhamdulillah, program ini berjaya juga dilaksanakan dan kedatangannya agak mengalakkan. Memang ada bom mengebom, tapi tidak ada yang 'mati', hehe.

Betul dato. Kebebasan harus diperjuangkan, dan tentunya ditakrifkan bersama-sama dengan tanggung jawab dan kesedaran sosial dan agama.

Mengenai isu yang dato bangkitkan dalam blog ini, ya memang banyak persoalan timbul. Seharusnya, pihak terbabit menampilkan contoh yang sebaiknya, dengan ikhlas, jujur dan tentunya dengan kesedaran intelektual yang rasional dan kritis - untuk meyakinkan lebih ramai orang Melayu terhadap perjuangan mereka.

Namun, dalam konteks yang lain, saya rasa sokongan juga harus dibeirkan, sebagai satu perkongsian 'persepsi dan perasaan' terhadap isu-isu berbangkit dalam konteks politik dan iklim sosial Melayu di negara kita.

Dan, yang lebih penting, merupakan satu cabaran kepada mereka MPM tersebut bukannya wujud sebagai satu tindakan responsif - tetapi satu badan yang berpanjangan dalam memberikan pandangan, menyatukan pandangan, dan memberikan desakan untuk kepentingan masyarakat kita. Jika tidak, pergerakan seperti tersebut akan diketawakan sahaja.

bahazain said...

Assalamulaikum
Sdr Imlan,
Saya percaya hanya sejumlah kecil saja NGO yg benar-benar bebas drpd
pengaruh politik, malah banyak yang mahu mengabdikan perkhidmatannya kepada parti/pemimpin politik.Apa boleh buat spt kata ungkapan Inggeris: everybody has a price on his head.Kepalanya boleh dijual dengan hatga tertentu.

Sdr Lutfi,
Kita tunggulah saja , mudah-mudahan MPM ini terbukti ada manfaatnya membuahkan gagasan besar dan perlawanan besar terhadap tenaga-tenaga yang sedang mencairkan imej/jati diri kebangsaan demi politk yang praktis.

Dialog orang muda patut ambil peduli yang besar terhadap isu-isu nasional yg penting, selain daripada masalah kreatif yang membelit diri generasi muda. Ini adalah dunia yang tuan-tuan sekalian mahu tidak mahu akan tangani pada masa depan.

NASSURY IBRAHIM said...

Maaf, saya tak percaya dan tak yakin pada MPM.

bahazain said...

Assalamulaikum
Sdr Nassury,

Saya tak terkejut dengan kenyataan sdr kerana ramai yang juga berfikiran sama dengan fikiran sdr.
Tak apalah, kita tunggu sahaja bagaimana sudahnya.