Friday, 19 September 2008

TAFSIR ISA ATAS BLOGGER

Pemaparan pada blog saya sebelum ini segera mendapat reaksi pengunjung. Memang isu penahanan blogger di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sedang menjadi isu hangat dibincangkan oleh pengamal undang-undang, blogger dan penulis. Pada umumnya perbincangan boleh dibagi kepada dua pihak: setuju dan tidak setuju.

Penahanan blogger MalaysiaToday, Raja Petra, mendapat tentangan parti politik pembangkang, dan juga ramai bloggers lain. Tetapi yang cukup menarik perhatian ialah apabila YB Senator Zaid Ibrahim merangkap Menteri Kabinet menyatakan secara jelas tidak bersetuju ISA digunakan. Pernyataan sebegini cukup luar biasa kerana dia sendiri berada dalam kerajaan dan dalam Kabinet. Dia tidak pula menjelaskan apakah dia setuju atau tidak setuju tindakan mendakwa terhadap Raja Petra. Berdasarkan senarai akta-akta yang diterbitkan dalam blog saya sebelum ini dan ditambah lagi beberapa akta lain seperti Akta Percetakan dan Penerbitan 1984; Kanun Keseksaan, Akta Polis 1967; dan Akta Penyiaran 1988 tidakkah cukup senjata bagi kerajaan menindak atau mendakwa seseorang blogger yang dianggap tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat , tanpa menggunakan ISA ?

Justeru itu ada yang menganggap kerajaan bertindak terlalu keras dan overreact. Pemimpin kerajaan tidak menghormati kebebasan bersuara sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Di pihak lain ada yang bersetuju supaya kerajaan bertindak tegas serta berani dengan alasan kerajaan bertanggungjawab memelihara kestabilan dan ketenteraman awam.

Walau apa pun peristiwa baru-baru ini mempunyai kesan positif dan negataifnya kepada kedua-dua belah pihak. Kerajaan menjadi lebih tidak populer di kalangan blogger, penulis bebas dan peminat parti pembangkang. Dalam waktu yang sama blogger dan penulis menjadi lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.

Apakah yang kita maksudkan dengan TANGGUNGJAWAB ? Blogger atau penulis yang bertanggungjawab sedar akan kesan atau akibat buruk dan baik daripada kenyataannya.
Demikian juga kerajaan yang bertanggungjawab sedar akan kesan buruk atau baik daripada tindakannya. Dalam hal ini tidak mudah mengukur kesan-kesan yang mungkin terjadi atau membuktikan kesan-kesan yang telah terjadi. Akhirnya perdebatan akan banyak berlegar di sekitar pendapat yang subjektif.

Suatu hal yang membimbangkan ialah kalau kerajaan terus menggunakan ISA
bagi mempertahankan kekuasaannya, rakyat akan melakukan kekangan yang berlebihan daripada bersuara untuk menyatakan kritikan, pandangan alternatif dan idea sehingga pemimpin-pemimpin negara hilang peluang untuk menyelami hati serta perasaan yang sebenarnya . Kerajaan juga tidak memperoleh cadangan-cadangan dan pandangan baru bagi meningkatkan kecekapan sistem atau mengenali kelemahan-kelemahannya sehingga ia boleh menjadi sistem yang klise.

Blog atau internet adalah aset yang sangat penting bagi perhubungan maklumat yang pantas
dan menjadi prasyarat bagi keupayaan negara bersaing dalam dunia tanpa sempadan hari ini.
Blog jangan dimusuhi; dan jangan disalahgunakan.

5 comments:

A Voice said...

Semalam, Tun Dr Mahathir berkata tidak berapa setuju dengan penggunaan ISA keatas Raja Petra hanya semata mata perbezaan pendapat yang diluahkan beliau dalam blog.

Beliau pula merasakan penahanan ISA terhadap Theresa Kok dan tuduhan sedition terhadap Sheih Kickdefella tidak perlu. Keadaan dinegara tidak tension amcam 1987 dimana terdapat rakyat CIna yang meninggalkan negara semasa itu.

Beliau merasakan oleh kerana Internet tidak di censor, maka menahan blogger tidak patut. Ini seolah kita berbohong kerana kita sudah janji dalam Bill of Guarantee MSC.

Bagaimanapun beliau menekankan bahawa setiap bloggers mesti bertanggungjawab keatas setiap tulisan mereka dan harus lah menulis dengan berfakta dan mengikut bidang yang mereka mempuyai pengetahuan yang cukup.

Zahar said...

Ya, tetapi apa akan jadi kalau si blogger itu memang seorang yang gila?

Mungkin dia tidak gila sehingga membahayakan orang dikeliling dia, tapi dia gila secara symptomatik, iaitu mempercayai hanya diri dia yang betul tanpa perkiraan undang2 negara, agama, moral atau mores society?

Umpamanya, si gila ini katakanlah dia seorang bangkrut. Maka banyak tindakan2 undang tidak akan stick kepada dia. Sehingga dia merajalela ikut sesuka hati dia mahu terima saman mahkamah atau tidak. Umpamanya.

Atau katakan orang ini gila sehingga membuat segala macam SD yang merepek dan tidak masuk akal, hanya untuk sensasi atau menjadi hero di kacamata peminat2 dia?

Jadi soalan saya, kalau adalah misalnya satu blogger yang gila meroyan macam gitu, apakah tindakan yang sesuai yang boleh diambil oleh masyarakat terhadap dia agar dia memberhentikan tindakan2 gila yang walaupun tidak certifiable tetapi mengganggu ketenteraman orang lain?

Macam mana dia hendak mengawal diri dia dari terus buat kerja gila nya kerana barangkali dia tidak sedar yang dia itu gila?

Saya tidak bermaksud ini terhadap Brother Anwar kerana dia telah menperjelaskan kemarin bahawa orang tuduh dia pembohong tetapi dia tidak gila.

Nasionalis said...

Zahar

Adakah tiada undang2 lain selain dari ISA utk orang sedemikian?

Kalau ISA mudah sangat digunakan, ini membawa makna kelemahan orang Melayu mengartikulasi hujah, kelemahan pihak keselamatan manangani keselamatan dan ketidak tanggungjawaban ahli2 politik dalam berpolitik.

Hakikatnya bagaimana ISA boleh digunakan terhadap seorang wartawan yang mana dilepaskan keesokkan hari tetapi tidak digunakan pihak yang lebih berkausa ke atasnya seperti editor dll.

Sudah masanya pihak keselamatan dan pejabat pendakwa serta mahkamah diperlengkapkan dan dipertingkatkan profesionalismanya supaya kita tidak perlu bergantung pada ISA untuk keselamatn dan keamanan..

Oleh admin Bebas Malaysia said...
This comment has been removed by the author.
Oleh admin Bebas Malaysia said...

Mungkin sesetengah orang lupa pada revolusi Perancis..

Revolusi Perancis menceritakan cengkaman dan penindasan..

Menceritakan para satira dan tinta disekat kebebasan..

ISA ini masih belum belajar dari sejarah..

Mereka paksi kerajaan senang sekali menuduh orang itu segala agen, daripada yahudi sehinggalah nasrani..

Tapi mereka lupa, sistem mereka pakai itu adalah jelmaan paksi segala kejahatan..

Busuknya orang Melayu..

Menindas kaum sendiri..

Yahudi dan Amerika Syarikat tiada menindas rakyat sendiri..

Apakah bakal terjadi meski ada Melayu lahir lalu menjadi kuat perkasa tapi lupa asal susul tata bicara diri..

Sedihnya melihat ISA ini menjadi celaka untuk jelata..

Ya Allah, apakah sistem mu tidak lengkap?

Lalu ada Melayu menokok tambah sistem yang sedia ada lengkap kau cipta Ya Allah?

Ampunilah.. Mereka..