Friday 16 January 2009

ISRAEL: DUNIA BOLEH KATA APA SAJA

ISRAEL MAHU BOM IRAN

Menurut New York Times, 14 Januari 2009, wartawan utamanya ( David A.Sanger) yang berpangkalan di Washington menulis bahawa Ehud Olmert, PM Israel, pada tahun lalu megemukakan permohonan untuk mendapatkan bom penggempur kubu ( bunker-busting bomb) dari Amerika bagi menghancurkan kompleks nukliar Iran yang berada di Natanz. Israel akan terbang melalui udara Iraq ke Iran bagi misi pengeboman ini, tetapi diberitahu oleh Bush bahawa rancangan Amerika ialah melakukan sabotag terhadap peralatan komputer, pengiriman bahan dan lain-lainnya, dan akan berkongsi maklumat dengan Israel.

Israel cuba mendapat persetujuan Bush sebelum dia mengakhiri kekuasaannya pada 20 Januari ini. Walau bagaimana pun Bush akan menyampaikan program sabotajnya kepada Obama untuk diteruskan. Adalah jelas bahawa Israel itu sangat bergantung kepada kekuasaan, kekuatan dan pengaruh politik internasional Amerika untuk melaksanakan strategi Zionisme, baik di medan peperangan mahupun di Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Israel juga menjadi lebih berani, agresif dan kejam kerana keengganan negara-negara Arab
bersatu menentang Israel kerana bimbangkan sokongan Amerika. Umat Islam di dunia juga tidak menjadi kuasa besar dan kuat , walaupun ekonominya kaya, selain juga tidak memiliki keberanian moral untuk menentang Amerika walaupun terang-terang membantu Israel menyembelih anak-anak dan ibu Islam. Seorang ibu Islam yang dibunuh hari ini bererti potensi untuk melahirkan 4 atau 5 orang manusia Islam pada masa depan dapat dilumpuhkan. Demikian juga matinya seorang kanak-kanak Islam yang bakal menjadi pejuang atau bapa pada masa depan berjaya dihapuskan lebih awal. Inilah antara pendekatan Israel untuk melemahkan musuhnya walaupun tahu benar-benar bahawa pembunuhan anak-anak dan wanita adalah satu tindakan luar kemanusiaan yang tidak selaras dengan pegangan negara-negara beradab dan adil. Perbuatan ini adalah jenayah perang yang boleh diambil tindakan oleh dunia antarabangsa terhadap tokoh yang bertanggungjawab, tetapi Israel peduli apa pada dunia (selagi Amerika di belakangnya).

Israel mempunyai rancangan dan persediaan persenjataan, strategi, dan politik yang rapi lagi jauh ke depan yang susah disaingi oleh musuh=musuhnya: Palestine, Arab, Islam dan kita.
Dalam waktu yang sama Israel dan Amerika menyemai racun propaganda melalui media , filem, hiburan, kesusasteraan, iklan dan politik budayanya bagi melemahkan sikap serta daya juang dunia lain.

Hari ini lebih seribu nyawa rakyat Palestin dipadamkan; dan beribu-ribu lain luka parah, dan prasarana Gaza dihancurkan. Israel dan Amerika peduli apa.

Umat Islam mesti bangun, berjihad dan melawan. Bermulalah dengan berani bersuara terlebih dahulu, tidak kira terhadap sesiapa pun walaupun orang kita sendiri , pemimpin kita sendiri, kalau mengkhianati warisan dan kebenaran.

2 comments:

Anonymous said...

salam Datuk,
jom kita pergi tunjukkan 'rasa' kita di kedutaan amerika, selepas solat jumaat, hari ini!
Allahu akbar!
wassalam.

SATIRA + KACAU said...

Pak Baha Ydh: Ketika ini saya selalu terkenangkan di mana pula perginya sahabat yang paling dekat dan bersempadan dengan Palestine? Rasanya itulah pengajaran buat kita yang kini pun lebih seronok berbalah dan saling membesarkan ego, sehingga harmoni dan solidaritas pun makin mengecil.

Memang kita selalu berdoa. Tetapi saya ingin lebih tujukan kepada bangsa saya sendiri.

Berbaloikah dengan 'rasa' yang ditunjuk kalau praktikal sesama bangsa pula tidak sekata?

Dan Allah memang selalu mendengar, malah lebih mengarifi siapa sebenar yang berhipokrasi dan menunggangi isu.

Satira+Kacau