Tuesday, 6 January 2009

WAJAH MELAYU DI MATA ORANG (iv)

(Sambungan)

Seterusnya mari kita lihat gambaran Melayu dahulu sebagaimana yang dilukis oleh seorang pengembara wanita Inggeris yang telah mengembara di banyak tempat di dunia ( Jepun, Cina, Vietnam, Australia, New Zealand, dan Hawai). Pada tahun 1879 (130 tahun dahulu) Isabella L. Bird mengembara di negeri-negeri Melayu dengan misalnya menaiki perahu di Sungai Linggi, dan menunggang gajah ke Kuala Kangsar, pada usia 47 tahun. Daya pengecamannya yang tajam , dan pandangannya yang kritis diterbitkan dalam bukunya, The Golden Chersonese: Travels in Malaya in 1879, K.L: Oxford in Asia Paperback, 1967. Antara lain katanya:

The Malays proper inhabit the Malay Peninsula, and almost all the coast regions of Borneo dan Sumatra. They all speak more or less purely the Malay language; they all write in the Arabic character. Their colour is a lightish , olive tinted, reddish brown. Their hair is invariably black, straight, and coarse, and their faces and bodies are nearly hairless. They have broad and slightly
flat faces, with high cheek bones, wide mouths , with broad and shapely lips, well formed chins, low foreheads , black eyes, oblique , but not nearly so much so as those of the Chinese, and smallish noses , with broad and very open nostrils. They vary little in their height, which is below that of average European. Their frames are lithe and robust , their chests are broad , their hands are small and are refined , and their feet are thick and short. The man are not handsome , and the women are decidedly ugly. Both sexes look old very early.

The Malays undoubtedly must be numbered among civilised peoples. They live in houses which are more or less tasteful and secluded. They are well clothed in garments of both native and foreign manufacture ; they are a settled and agricultural people; they are skillful in some of the arts, specially in the working of gold and damascening of krises ; the upper classes are to some extent educated ; they have a literature, even though it be an imported one, and they have possessed for centuries systems of government and codes of land and maritime laws which in theory at least, show a considerable degree of enlightenment.

Their religion, laws , customs, and morals are bound up together. They arer strict Mussulmen [Muslims. BZ ], but among the uneducated especially they mix up their own traditons and superstitions with the Koran. The pilgrimage to Mecca is the universal object of Malay ambition..." Hal. 17-18.

Isabella Bird nampaknya bukan pengembara pelancong yang hanya teruja melihat hutan hujan tropika yang kaya menghijau, persekitaran yang lembab dan panas, dan muka serta tubuh badan manusia Melayu, tetapi lebih luas ke alam budaya dan kepercayaan serta sejarahnya. Dia
merenung ke dalam ruang pentas hidup yang lebih lebar; kepada kesenian dan kemahiran pertukangan, kesusasteraan, bahasa dan aksara (huruf), norma dan undang-undang yang mengatur tamadun Melayu. Diakuinya bahawa , " ... they have possessed for centuries systems of government and codes of land and maritime laws...". Ini bererti sudah berabad-abad lamanya
kedaulatan kerajaan Melayu itu terbentuk terbentuk sebagai satu sistem pemerintahan yang berkuasa dan sah sebelum dia mencecahkan kakinya ke bumi Semenanjung Tanah Melayu.
Isabella Bird nampaknya telah mengkaji sejarah dan budaya negeri-negeri Melayu untuk memaknakan pengembaraannya, dan mencatatkannya untuk kita menginsafi makna diri setelah lebih satu abad kemudian.

5 comments:

Abdillah SM said...

salam hormat Dato`,

Salam maalhijrah 1430H dan selamat tahun baru 2009M. Siri tulisan Dato' "Wajah Melayu Di Mata Orang" amat menarik. Kita berpeluang melihat diri kita lewat kacamata orang. Ada yang betul ada yang tidak. Ada yang benar ada yang benar-benar tidak benar. Hehehe. Pandangan saya tentang diri kita begini Dato'; dewasa ini wajah dan fizik Melayu kalau dijadikan ukuran bahawa seseorang itu Melayu sudah tidak lagi tepat. Keadaannya sudah terlalu 'confused'. Yang dapat dikekal lewat usaha adalah ikatan dan jiwa Melayu: http://dillsm.blogspot.com/search?q=janji

Andin Salleh said...

Salam,

Sebelum ini kita telah lihat pandangan Swettenham yang lebih terfokus kepada orang Melayu biasa atau rakyat kebanyakan. Jadi sebab itulah dikatakannya orang Melayu yang umumnya bekerja dan hidup sebagai petani itu bukanlah orang yang gigih bekerja.

Bagaimana pula orang Melayu kelas atasan (raja dan pembesar).Adakah mereka lebih rajin atau lebh pemalas lagi? Saya cuba mencari rujukan yang lain.

Pandangan Isabella L. Bird lebih menarik, kerana ia melihat perbezaan antara orang Melayu kelas atasan yang katanya lebih terpelajar dengan orang Melayu kelas bawahan atau rakyat biasa.

Jadi di samping ciri-ciri umum atau ciri-ciri sepunya bagi semua orang Melayu, ada ciri khusus bagi orang Melayu dari kelas yang tertentu (di sini yang disebutnya kelas atasan) .

Sekarang orang Melayu sudah tidak seragam, dan dengan mudah kita boleh bahagikan kepada kelas atasan, menengah dan bawahan, kerana gaya hidup kelas atasan dan menengah (khasnya menengah atas) memang berbeza jauh dari kelas bawahan.

Jadi apabila kita membuat kajian tentang wajah orang Melayu masa kini, perbezaan kelas ini saya kira wajar diberi perhatian.

Walaupun orang Melayu secara umum masih ada ciri-ciri umum atau sepunya, tapi ciri khusus bagi setiap kelas juga sudah begitu jelas dan ketara.

Sekarang apabila kita bercakap tentang orang Melayu, mungkin wajar kita bertanya: orang Melayu kelas mana? Kelas atasan atau kelas menengah atau kelas bawahan?
Kerana mereka dari kelas yang berlainan itu sudah tidak sama dari segi gaya hidup, dan mungkin dari segi pandangan hidup juga.

bahazain said...

SALAM SDR ABDILLAH & HARAT.

MEMANG WAJAH MELAYU TELAH BERUBAH SANGAT BANYAK AKIBAT DARIPADA PERUBAHAN ZAMAN DAN KEMAJUAN SOSIAL-EKONOMI SERTA POLITIK. MASYARKAT MELAYU SUDAH MENJADI BEGITU KOMPLEKS DENGAN PELBAGAI KELAS SERTA DENGAN GAYA HIDUP YG BERBEZA.
NAMUN DEMIKIAN TETAP ADA SEUTAS BENANG IKATAN YANG MERENTAS KELAS DAN KELOMPOK TERSEBUT UNTUK MENGENAL MELAYU SEBAGAI SATU ENTITI YANG BUKAN CINA ATAU INDIA ATAU PAKISTAN.INILAH YANG PATUT KITA RUMUSKAN; BUKAN UNTUK MENGASINGKAN DIRI TETAPI UNTUK MENJADI SATU KUMPULAN KAUM YANG DOMINAN DAN BERDAYA MENENTUKAN ARAH TUJUAN NEGARA INI UNTUK SEMUA BANGSA. INSYAALLAH

indah-chan said...

salam

saya amat tertarik dengan isu ini. percayalah, telah terlalu banyak perihal melayu yang dikritik namun melayu hanya tahu membantah dan bukan mengambil iktibar dari apa yang disampaikan.

orang melayu sudah tidak boleh berada di dalam 'comfort zone' lagi yakni dengan sebarang sistem kuota atau apa-apa kelebihan yang ditawarkan oleh kerajaan.

idea saya mungkin terlalu cetek tapi pada saya, melayu masih banyak kekurangan yang harus diperbaiki baik dari segi sahsiah mahupun mentaliti.

Isabella juga menulis "They are strict Mussulmen [Muslims. BZ ], but among the uneducated especially they mix up their own traditons and superstitions with the Koran".

Pemerhatian yang dibuat Isabelle dengan sebegini tajam dalam perbezaan agama dan amalan masyarakat melayu terhadap kepercayaan karut membuatkan saya sedar bahawa melayu mudah terpesong dari Islam sejak dari dulu lagi. Mungkin tidak sesuai saya perkatakan di sini, tapi saya gusar dengan keadaan sekarang di mana melayu sudah mengamalkan budaya barat sebagai amalan seharian. Ingatlah, untuk mengetahui siapa diri anda adalah bukan saja dari aspek fizikal, tapi juga dari gaya hidup dan cara pemikiran.

walaubagaimanapun, saya tidak pasti kenapa Isabelle berfikir seperti ini; "The man are not handsome , and the women are decidedly ugly. Both sexes look old very early". sedangkan huraian secara terperinci yang diberikan agak berlainan. apa pun, "beauty lies in the eyes of beholder".

kepada Harat;

soal masyarakat kelas-kelas sedemikian wujud kerana 3 perkara; cara pemikiran, kekayaan harta benda dan cara hidup. namun kita masih ada agama dan adab sopan santun yang menyatukan setiap insan di bumi ini.

=)

bahazain said...

Sdr valsa
Waktu berubah cepat dan Melayu mesti menguasainya. Persekitaran juga berubah cepat dan Melayu mesti menginsafinya. Tegasnya orang Melayu bukan sekadar merubah gaya hidup dan menambah ilmu, tetapi nilai-nilai apa yang akan memandu ilmu serta gaya hidup itu.Pada prinsipnya tak ada masalah kerana Islam menjadi landasan pilihan , dan Islam tak pernah statik kecuali kebenaran yang hakiki: Tuhan dan akidah/iman.