Wednesday, 18 March 2009

ANTI PPSMI LAWAN KERAJAAN:UMNO PATUT JADI PENGADIL

BOLEHKAH UMNO YANG AKAN BERHIMPUN PADA HUJUNG BULAN MAC 2009 INI MENGEMBALIKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PARTI YANG BERKUASA MEMPENGARUHI DASAR-DASAR DAN PELAKSANAAN KERAJAAN SUPAYA DAPAT MENGHAPUSKAN PERSEPSI NEGATIF MASYARAKAT MELAYU?

UMNO SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK BUKAN MESTI TUNDUK KEPADA PEMIMPIN KERAJAAN. MALAH SEBALIKNYA KERANA UMNO YANG MENJADI TULANG BELAKANG BN MEMBENTUK KERAJAAN DAN MENGAMANAHKAN PENTADBIRAN NEGARA KEPADA MEREKA. PEMIMPIN2 UMNO TIDAK PATUT DIPERGUNAKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN DASAR2 YANG SALAH YANG DILAKSANAKAN OLEH PEMIMPIN2 KERAJAAN. TEMPAT DUDUK UMNO VIS-A-VIS KERUSI-KERUSI KERAJAAN HARUS DIPERJELASKAN SEMULA SUPAYA SELURUH NEGARA AKAN STABIL DAN BERADA DI LANDASAN YANG BETUL.

BERJAYAKAH UMNO MENEKANKAH PENGARUHNYA SUPAYA DASAR ppsmi YANG
SILAP DAN LEMAH ITU DITAMATKAN ; DAN BAHASA MELAYU KEMBALI MENJADI BAHASA PENGANTAR UTAMA SAINS DAN MATEMATIK-- DI SEKOLAH RENDAH; DAN DI SEKOLAH MENENGAH?

INI ADALAH UJIAN GETIR BAGI SEBUAH PARTI POLITIK MELAYU DALAM WAKTU TERDEKAT INI SUPAYA IA TIDAK AKAN DILIHAT DENGAN PRASANGKA; HARAPKAN PAGAR , PAGAR MAKAN PADI.

JUTAAN PASANG MATA RAKYAT SEDANG TERBELIAK MEMERHATI.

10 comments:

D'Rimba said...

kami rakyat saya percaya tidak mengharap setakat itu saja tuntutan keadilannya malah lebih dari itu buat permulaannya. kami mahukan dasar pendidikan negara dikembalikan sepenuhnya seluruh tadika hingga ipt2 bukan ipts sahaja seluruh negara laksanakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tanpa berlengah mahupun alasan pelbagai rupa. Tiada alasan pada masa sama juga setiap pusat pendidikan negara tubuhkan PUSAT PENTERJEMAHAN BAHASA bagi menterjemahkan seluruh ilmu dalam bahasa Melyu itu sendiri dan memastikan nilai2 Islam dan Melayu itu sendiri diterapkan setiap ilmu yang diterjemahkan. Saya harap jika benar cadangan ini bermanfaat saya amat berharap pihak berkaitan dapat mengemukakan ke pihak yang sewajarnya untuk kami anak bangsa bermaruah dan lebih rela maju dengan acuan tersendiri berteraskan Islam sejati bukan barat sana sini seperti sekarang ini.

D'Rimba said...

Kami juga amatlah berharap orang2 yang bertanggungjawab dengan isu ppsmi ini dapat dibicarakan ke muka keadilan bagi memberi pengajaran sewajarnya kepada semua.

Been said...

Assalamualaikum. Yang berbahagia Datuk, para pemuka UMNO mungkin tidak sedar bahawa jasad dalam keranda 152 itu sendiri merupakan jasad UMNO dan ia akan menjadi realiti jika dasar ini (PPSMI) diteruskan. Kita talkin ia dalam PRU13.

Been

bahazain said...

SALAM Sdr D'Rimba
Apa yang sdr kemukakan itu sebenarnya adalah inti perjuangan dan impian besar nasionalis2 yang mempertaruhkan jiwa raganya sewaktu menentang penjajahan dulu.Saya sangatlah bersetuju usaha terjemah menterjemah diperhebatkan supaya ilmu dan Islam menjadi asas dan falsafah tamadun negara ini. Perjuangan ini mesti digerakkan dan langkah pertama sekarang ialah meluruskan kembali sistem pendidikan kebangsaan. UKM yg dulu ditubuhkan pd 1970 bertujuan menjadi puncak pendidikan ilmu yg menggunakan bahasa Melayu, tetapi hari ini kabarnya telah mengeluarkan arahan supaya mengajar dalam bahasa Inggeris. Apakah bangsa kita kini memerlukan satu revolusi atau reformasi secara besar-besaran?

Sdr Been,
Sungguh apa lagi yang hendak dikatakan. Kalau UMNO tak dapat menegakkan martabat ekonomi, maruah bahasa dan budaya Melayu, dan Islam, masyarakat Melayu tak ada pilihan lain. Mengadulah kita kepada PRU 13. Nampaknya itu saja yg mampu dibuat secara demokratik, walaupun kita dimalukan oleh kecekalan orang India yg memprotes melalui HINDRAF. Dan ada seorang Singh ( atas kerusi roda pula) berdaya menggoncang satu parlimen.

aku melayu..? said...

salam...

dikala kekalutan yg melanda arena politik tanah air ini 1 lg isu yg timbul iaitu ppsmi. isu ini bkn lg 1 isu bru bahkan merupakn isu lme. pelbagai polemik dibangkitkan. pandangan sdr. adalah dgn meletakn hrapan kpd Umno utk membawa isu ini. pelbagai persoalan timbul,adakah relevan utk meletakkn umno sbg batu loncatan dimana umno sendri msih mempunyai mslah dlman yg begitu teruk. pelbagai isu didlm umno meyukarkan lg usha utk memartabatkn bahasa melayu ini. utk isu ini dibincangkn di meyuarat agong ianya mungkin terjadi krn menjadi penarik supaya ahli-ahli tdk tertido didlm dewan berair-cond 2. tetapi sejauh mana perbincangan itu dilaksanakan itu yg harus kita lihat agar ianaya tdk trus menjadi retorik.

SATIRA + KACAU said...

Ha. Ha. Ha. Satira. Satira. Satira.

Satira + Kacau

saleeh rahamad said...

kalau umno yang hidup pad atahun 40-an hingga 70 mungkin boleh kita harapkan untukmemperjuangkan melayu kerana pemimpin dan rakyatnya bersatu menegakkan idealisme yang satu. tapi sekarang ahlinya yang setia di kampung-kampung mungkin masih kekaldengan semangat kebangsaan yang meluap tetapi pucuk di atasnya bertindak atas dorongan libido. apa nak diharapkan lagi? kalau ada pemimpin yang berkeras memperjuangkan Melayu pun mereka akan dilihat sebagai "orang lain" dalamUMNo itu sendiri. Dalam bahasa pascakolonialnya disebut "the other". tengoklah UMNO Johor yang berani menolak PPSMI, siapakah yang mahu menyokong mereka? Saya simpati dengan kepemimpinan Ghani Othman.Kita perlukan keberanian seperti beliau, dan juga Rais yatim. Keberanian Rais yatim mungkin tidak menyenangkan majoriti perwakilan yang sedang menanti habuan semasa kempen pemilihan UMNO. tetapi manusia hanya merancang,Allah menentukan segalanya. kita berserah kepada Allah.

bahazain said...

SALAM
Sdr aku melayu,
Satira, &
Saleeh.
Saya kira UMNO itu sendiri hanya sebuah entiti, parti politik yang boleh menjadi wadah dan mekanisme
melakukan check terhadap kerajaan.Masalahnya anggota-anggotanya seakan-akan tersihir menyekutukan dirinya hidup mati/salah benar dengan kerajaan kerana sudah menjadi mekanikal atau instinctual semua ketua-ketuanya (pemuda, wanita, dan puteri) mesti menjadi menteri atau penggubal dasar dan pelaksana dasar. Maka jadilah UMNO itu UMNO dan kerajaan itu UMNO. Akibatnya tak ada ruang bagi rakyat melihat UMNO itu berbeza drpd kerajaan.Jadi bukan sahaja UMNO tak dapat terpisah daripada persepsi melakukan kesalahan apabila dasar itu salah, malah cenderung kuat untuk menjustifikasi apa jua kesalahan.Sebab itu apabila terlalu ramai yang rasuah, buruk akhlak, dan tak cekap dlm kerajaan UMNO pun menerima kecelakaannya.Sebab itu juga apabila pemimpin& parti UMNO berantakan rakyat hilang kepercayaan kpd UMNO untuk menjadi tulang belakang kerajaan. Malangnya kita semua jadi serba salah kerana BN masih menerajui kerajaan Persekutuan (berbilion Ringgit dan segala macam agensi penguatkuasaan masih dikuasainya). Mahu tak mahu kita terpaksa berharap kpd UMNO untuk membasmi PPSMI, tetapi kalau itu pun tak boleh pada Mesyuarat Agung kali ini, terpaksalah GMP menyusun strategi yang lebih tajam, tetapi dengan program tindakan yang menggembeleng segala sumber intelektual dan institusi sosial; tidak lagi di atas jalan raya.Diharap tidak sampai terjadi semacam itu kerana pendirian yg apolitikal terpaksa dikesampingkan.

sinaganaga said...

Apa yang terkandung dalam Perkara 3 dalam Perlembagaan UMNO tu ek?

D'Rimba said...

Mari kita turun sama2 semasa perhimpunan agung umno perjelaskan isu ppsmi ini sejelasnya ayuh GMP semua, saya rela dan bersedia. Terutama apabila majlis yang ada pencetus segala kekalutan ini semua. Bukan ahlipun masih dijemputnya maklumlah hendak memastikan semua agenda berjalan lancar dengan konconya senang buat kerja