Saturday 28 March 2009

3 comments:

D'Rimba said...

Saya juga ada cerita menarik amat hari ni. Saya dan sahabat bekerjasama juga abang saya menyiapkan satu borang penilaian dwibahasa Melayu dan Inggeris untuk program ekspo. Bahasa Melayu didahulukan dalam setiap patah perkataan baru diikuti Inggeris di bawahnya. Setelah diemelkan ke ahli jawatankuasa yang lain kebanyakan Melayu mentah-mentah menolak dan memadam bahasa Melayu dalam borang tersebut. Ternyata jatidiri muda mudi anak bangsa makin menipis dan tersihir dengan walang Barat yang kian menyusup masuk ke dalam hati anak bangsa. Jika kita sendiri tidak menghormati bahasa sendiri, janganlah mengharap bangsa lain akan menghormati kita sepenuh hati.

D'Rimba said...

Salam Dato', di sini saya juga ada satu hasrat sebenarnya yang masih belum terlaksana. Saya sudah siapkan pengenalan dan objektif sayembara deklamasi puisi berformat baru lebih menyeluruh. Deklamator, penulis, karya dan bidang sastera itu sendiri akan diangkat dan dipromosikan bagi membangunkan lagi bidang sastera seluruhnya. Selama ini pertandingan deklamasi hanya mengangkat deklamator sahaja kali ini lebih adil dan saksama. Bagaimana saya hendak merealisasikannya? Siapa yang saya boleh berbincang lebih lanjut? Mudahan Dato' dapat membantu segera kerana saya pernah merasai kemanisan deklamasi itu sendiri...... Atas kesedaran itulah saya ingin menyumbang sesuatu dalam bidang ini walaupun tidaklah seberapa.

D'Rimba said...

Terima kasih pejuang bahasa sekalian atas kemenangan bermakna