Wednesday 3 September 2008

MUHASABAH RAMADAN

Assalamualaikum,
Kepada semua sahabat, handai taulan dan kenalan saya mengucapkan ,
" SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA, SOLAT, SEDEKAH, FITRAH DAN MUNAJAT " bagi menyambut perintah-Nya dan membuktikan kesyukuran terhadap segala nikmat yang tak terhingga banyaknya diberikan oleh Tuhan kepada umat manusia.

Seiring dengan itu marilah kita melakukan muhasabah dalam bulan yang kudus dan penuh rahmat ini; menilai kekuatan dan kelemahan diri dalam konteks tasawur Islam yang menyeluruh meliputi perhubungan kita dengan Tuhan, alam, masyarakat, negara dan dunia.
Akhirat itulah yang paling abadi yang hendak dituju, dan sebelum tiba ke situ, kehidupan bermasyarakat, dan bernegara adalah juga menuntut tanggungjawab dan amanah yang sekali gus harus dipikul. Salah satu amanah dan tanggungjawab tersebut ialah memelihara bahasa kita sendiri kerana melalui bahasalah kita mencari kebenaran dan mengucapkan kebenaran .
Tuhan telah menganugerahkan pelbagai bahasa kepada umat manusia seperti dalam firmannya:

" Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan -keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan"( surah ar-Rum, ayat 22). "And among His Signs is the creation of the heavens and the earth, and the difference of your languages and colours. Verily, in that are indeed signs for men of sound knowledge."


Sebagai orang Melayu dan Islam, Bahasa Melayu itu adalah amanah yang diberikan kepada kita untuk memperkaya jiwa raga , ilmu dan kehidupan masyarakat tak kira apa kaum sekalipun asalkan semua bersetuju bahawa Bahasa Melayu itu adalah bahasa komunikasi negara kita bersama. Ia adalah wahana pembangunan dan kesejahteraan bangsa. Jadi memperjuangkan Bahasa Melayu itu adalah tugas dan tanggungjawab agama kita juga. Ini bukan sekadar tanggungjawab kebangsaan atau tanggungjawab orang-orang nasionalis.

Inilah amanah, tanggungjawab dan perjuangan yang harus kita insafi sewaktu melakukan muhasabah Ramadan ( menilai diri kita dan hubungan kita dengan Allah dan persekitaran hidup) . Ini bukanlah perjuangan sia-sia dan kita mohon restu serta pertolongan daripada-Nya.

5 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Berilmu dan beramal :-)



Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Sham al-Johori said...

Dato Baha yang dihormati,
Saya bersetuju bahawa kita perlu bermuhasabah diri khusunya dalam bulan mulia ini. Tetapi kenapa pemimpin kita yang tidak bertanggungjawab itu tidak pernah mengenal makna muhasabah diri?
Mari kita berdoa agar mereka turut sama dapat menginsafi kesilapan yang telah dilakukan.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Sungguh tepat sikap Siti Maryam menghadapi fitnah dengan diam, ''Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa berdiam untuk Tuhan Yang Mahakuasa maka aku tidak berbicara dengan siapa pun pada hari ini.'' Ada waktu untuk bicara, ada tempatnya untuk bicara, bahkan kadang tidak hanya untuk menyampaikan tetapi yang lebih penting adalah sampai, karena itu ayat-ayat Alquran menggambarkan ucapan orang yang takut kepada Allah; qaulan sadiidan ucapan tegas (lihat QS Al Azhab [33]: 70), qaulan tsaqiilan ucapan berbobot (lihat QS Al Muzzammil [73]: 5),qaulan layyinan ucapan lembut (lihat QS Thaahaa [20]: 44), dan qaulan ma'ruufan ucapan baik, sopan (lihat QS An-Nisaa [4]: 5). Sungguh betapa banyak orang yang diam-diam itu tatkala berbicara mengagumkan karena ia berdiam, mendengar, merenung baru berbicara, Subhanallah.

http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Salam Ramadhan Datuk Baha yang saya kagumi senantiasa..

Mudahan Ramadhan ini umat manusia beroleh manfaat dan pedoman dari Nya yang Esa..

Terima Kasih Dato kerna masih memperjuangkan bahasa dan kami anak Muda sentiasa bersama Dato..

Insyaallah.. Salam Ramadhan dari Saya - Izwan dan teman saya..

kembara_1990 said...

assalamualaikum dato'... saya sebagai seorang peminat sastera sentiasa mengharapkan bahasa Melayu akan terus kekal dan tidak diremehkan..

BAHASA JIWA BANGSA