Isu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah mengelirukan ramai rakyat jelata. Cendekiawan, pencinta dan pejuang bahasa terus meningkatkan kritikannya dan sekarang telah merebak di kalangan generasi muda, penulis dan mahasiswa.
Promoter bahasa Inggeris sedang memperluas propagandanya untuk
mempengaruhi fikiran dan sikap rakyat dengan berceramah di sana sini, dan menggunakan RTM dan media supaya bahasa Inggeris terus dikekalkan dalam Sains dan Matematik sehingga memfitnah bahawa mereka yang membangkang menentang ilmu dan bahasa ilmu (Inggeris). Buat apalah kelirukan rakyat yang tidak berdosa kerana tidak ada sesiapa yang begitu bebal menentang bahasa Inggeris . Apa yang ditentang menggunakannya sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kerana penggunaan bahasa Melayu telah terbukti sangat-sangat berjaya selama ini menanamkan ilmu pengetahuan kepada berjuta pelajar hingga ada yang menjadi pensyarah serta Professor yang bukan sedikit jumlahnya.
Kerana ada seorang yang mengigau , jutaan orang disusahkan. Ini semua menjadi beban kepada Barisan Nasional yang merosot teruk sokongan terhadapnya pada PRU 2008, sehingga 5 negeri jatuh ke tangan PKR. Takkanlah kerajaan BN hendak tambah lagi kesulitan bagi menghadapi waktu tiga empat tahun ini dengan kemelut yang tak menentu dalam ekonomi, perpecahan dalaman parti, krisis kepercayaan, protes ISA, politik wang , rasuah, dan inflasi. Kata orang " the centre is breaking". Tidak semua orang di Malaysia ini suka nak masuk campur
persaingan politik. Rakyat hendakkan kestabilan supaya aman dan senang mencari nafkah. Bukan kestabilan ekonomi saja, tetapi kestabilan pertumbuhan kebudayaan kerana hidup ini bukan untuk perut yang lapar saja, tetapi harus ada maruah, harga diri, maruah bangsa, dan siapa kita dalam hubungan dengan siapa yang lain. Bahasa Melayu itu memberi takrifan siapa dia Melayu-Islam di Malaysia ini, dan bahasa kebangsaan bagi sesiapa yang menjadi warganegara Malaysia.
Seorang penyair dan pemikir Jerman Johann Gottfried Herder (1744-1803) pernah berkata tentang bahasa ibunda dalam tulisannya, " A True Poet Must Write in His Own Languge.":
" It was the first language impressed on us, and that in our tenderest years , when through the medium of words we absorbed the world of ideas and images, which become a treasure house for the poet. In his mother tongue , therefore, he must be able to reflect with extreme facility and find expressions and the wealth of images and colours which are indispensible to the poet; here he must find the thunderbolts and lightening flashes which he hurls as the envoy of gods. Our mode of thinking is, as it were,implanted in it, and our soul and ear and organs of speech are moulded in it. In what medium then shall I be better able to express myself than in my mother tongue?" (Classical Readings from German Literature, 1969 , hal.45) .
Tegasnya dia berkata, bahasa , puisi, dan pemikiran pada dasarnya bersatu, dan dengan sifatnya demikian tak boleh dipisahkan . Bahasa bukan saja alat perhubungan, dan untuk mengucapakan fikiran, tetapi dengan daya kuasanya sebagai bahasa ibunda , membentuk fikiran dan perasaan.
Professor dan penyair Filipina, Gemino H. Abad pula menyatakan," The common usage of language is the common living of people speaking and thinking in that language in their own place and time.Language is the community of living , and so, it is never static; a people or a culture dies with its own language" ( In Ordinary Time, hal. 165).
Pengarang dan penyair tulen yang menulis dari lubuk perasaan dan hati untuk mengucapkan sanubari dan fikirannya tak mungkin menulis dengan bahasa lain, selain daripada bahasa yang telah menjadi tanah dan watan rohaninya sejak menyusu di tetek ibunya. Bahasa yang berkata dalam mimpi, dalam angan-angan , dendam dan murkanya. Dia juga akan melawan balik dengan bahasanya sebagaimana yang ditunjukkan oleh penyair muda Nassury Ibrahim:
SELOKA NASIB MELAYU
Aduhai malang nasibmu Melayu
dagang lalu disangka wali
rupanya dagang mencari pitis
ada tanah dilaburkan
anak sendiri hidup menumpang
ada bahasa dibuang-buangkan
bahasa penjajah juga dipandang
kerana anak lemah Inggeris
seluruh ilmu hendak diInggeriskan
aduhai malang nasibmu Melayu
ada pemimpin asyik bersengketa
hidup rakyat tidak terbela
orang lain berjalan lurus
engkau berjalan bengkang-bengkok
aduhai malang nasibmu Melayu
bahasa orang diwajibkan di universiti
bahasa sendiri kurang dipercayai
24 Jun 2002
( Tersiar dalam, Dewan Sastera, Julai 2002,
15 comments:
Salam Dato Baha
...HENDAK KU KHABAR PADA DUNIA
INI TARIKU LAGAK PERWIRA
KU TURUT HENDAK HATI
MENDAKI PUNCAK SAKTI...
"...pengucapan yang sejujur hati; padat,kaya imej dan begema dengan getaran muzik..."
MENJADI TUNJANG KEKUATAN. MERAWAT NANAH MARUAH.
Terima kasih dengan rendah hatinya.
Salam Dato',
Kita menyalak dan merintih dan bersengketa memang mereka takkan peduli.Meh,pakat ramai2 orang Melayu Mogok BAHASA di seluruh Tanah Melayu.baru depa terkejut noh!tapi dato' kena kepalai kita.Masa untuk bertindak bukan untuk bercakap lagi.kerna mereka sudah buta tulikan pancaindera terhadap kepentingan dan kelangsungan hidup Bahasa Melayu.Selamat majujaya Dato'..
salam dato'
untuk kata2 yg seperti Johann Gottfried Herder itu, saya setuju benar.. malah sangat setuju, noktah!
terima kasih
Saya hendak nombor telefon Saudara Baha Zain.
-Ghazali Hanafiah-
03-78749936
Terima Kasih
Saya sangat bersetuju dengan Ilham.Rasanya sudah sepatutnya satu aksi langsung diadakan demi memelihara kedaulatan dan kehormatan bahasa melayu dan agama kita.
'Manusia berkepentingan' sudah tidak melihat betapa pentingnya bahasa ibunda membangunkan jiwa masyarakat dan negara.
ayuh Dato', kita menggoncang tangan dalam satu suara demi kepentingan bahasa dan agama untuk masa depan yang lebih sempurna.
Pak Baha atau Dato' Baha Ydh: Saya syorkan Pak Baha atau Dato Baha menjadi ketua untuk menadatangani beranai-ramai memorandum kepada Menteri Pelajaran Malaysia. Kita katakan bahawa sebagai sasterawan dan budayawan kita secara jelas dan bertulis, melalui tanda tangan itu, bantahan.
Soal mereka hendak dengar atau tidak, soal lain, yang penting kita katakan secara jelas, di antara sekian upaya dan cara yang ada.
Mungkin boleh adakan satu hari khas untuk acara menandatangani memorandum itu di laman rumah Pena.
Setidaknya, dapat juga menyindir orang Gapena yang menikus dan membisu mengenai ini.
Bagaimana? Apa mungkin Pak Baha atau Dato Baha?
Saya tidak bergurau ini.
Marsli N.O
Salam Dato Baha,
Perubahan hanya boleh berlaku dengan 'political will' pihak berkuasa. Setidak-tidaknya ini adalah benar dalam pengalaman dan perkembangan budaya ilmu di tanah air kita. Apa yang sedang berlaku ialah perubahan dan gugatan ke atas epistemologi dan pengucapan disiplin ilmu yang telah dilakar dengan cemerlang sejak era Melayu klasik lagi.
Justeru idea Dato ini perlu menjadi lebih berani lagi di depan para penguasa negara. Formula lanjut dan strateginya terletak di bahu mereka yang memegang amanah ilmu, bangsa dan negara ini.
Saya pasti rakyat terbanyak akan berada di belakang golongan ini apabila telah mendapat isyarat yang jelas dari mereka. Demi bangsa ini dan tanahair tercinta, pengembalian kepada akar budaya-bahasa Melayu adalah suatu yang wajib berlaku.
Salam Dato' Baha
tak tahu kenapa sindrom pelik itu menjangkiti manusia itu. entahlah, susah nak bicara. kan bahasa melayu itu indah dan elok. hairan. suka juga bahasa lain. kemudian, dapatkah kita merasainya ketika menulis, padahal dalam bahasa sendiripun belum dapat merasai makna yang kita tulis. entahlah, susah mau bicara.
Tolong hantar nombor telefon Saudara melalui email. Terima Kasih
-Ghazali Hanafiah-
03-78749936
Email saya: nooraisyah98@gmail.com
salam dato',
malang nasib melayu
bahasa lain menumpang lalu
bahasa sendiri semakin layu.
malang nasib melayu
dagang lalu ditanak dijamu
anak di rumah nangis tak berlagu.
malang nasib melayu
makin hari makin kuyu
orang lain untung bertalu-talu.
Dato‘ Baha,
Saya sokong Dato'! Dan, saya sokong Marsli juga.
Pak Baha Ydh: Tidak perlu sedih dan kecewa. Kita tunaikan tugas kita mengikut cara kita. Sebagai sasterawan tugas kita menegor dan memperingatkan. Kalau mereka tidak mahu terima dan dengar, kita tetap akan terus bersuara juga dengan pelbagai cara. Biarlah orang bilang kita pemimpi dan tidak tahu diri. Kita juga warga sah negara ini dan suara kita juga wajib didengar.
Kalau tidak juga mahu mendengar, percayalah, mereka akan menerima laknat dan padah balasan Tuhan yang amat perit.
Pak Baha tidak percayakah?
Saya tidak bergurau ini.
Marsli N.O
sepatutnya dalam bahasa melayu.
takde bezanya
bro anuar ni... main belakang ke atauwa belakang main....
tajuddin anak maharajalela pasir salak sudah lama menyalak dah... tapi siapa nak dengar dulu.
anuar ibrahim juga kena dengar jeritan anak babi merah di kawasan kg ambo iaitu di terbak, ketek tengah, bunuhan dll dikelantan yang diternak secara kecilan dan tradisional. janganlah dengar suara anak dayak, anak cina, anak hindraf saja. dengarlah suara jeritan anak kelantan yang miskin dan tak ada peluang kerja. tak kan nak makan pkr dan pakatan rakyat saje
tapi anuar tak dengar jeritan anak kelantan yg dulu lagi gila kat dia.kelantan yang sambut anuar di stadium bila dia kena pecat dengan mahathir. diceritakan dia bermotosikal dari rumah kamaruddin mat nor pasir putih ke stadium kota bharu. orang kelantanlah dahulu patut dibela. melayu geogetown lah dulu patut dibela. mengapa anuar selalu beralih angin dan beralih kasih. dari sabah ke sarawak pulak. suara anak kadazan adakah tak mau dengar dah?
anuar terbuat ke semua itu sebab masa jadi tpm dan timbalan presiden umno... suara siapa pun dia tak dengar. yg anuar dengar suara fulus... dollar and cent!
berapa banyak kemiskinan kelantan, sabah, sarawak, penang masa itu anuar rungkaikan atau merdekakan?
lawan tetap lawan. tanya tetap tanya. soal tetap soal. fikir tetap fikir. allah maha mengetahui...bro bekas idola ku anuar.
Salam Dato ..
Alhamdulillah..
Timbul juga kesedaran masyarakat!!!
Saya hormati Datuk yang sentiasa efisien dan tegas pendirian!!
Post a Comment