Tuesday, 4 November 2008

PADAN BAHASA MELAYU!

Seorang teman tiba-tiba pada malam hari begini menelepon saya. Katanya , "Padan muka Bahasa Melayu." Saya tergamam sebentar, lalu bertanya kenapa? Jawabnya pemimpin MCA menyokong DAP menggunakan pelbagai bahasa, selain daripada BM dan Inggeris, untuk nama jalan raya di Penang dan di KL.

Saya seterusnya berkata bahawa saya tak berasa pelik. Barangkali dia pula tergamam mendengar keterangan tersebut. Kali ini dia pula bertanya kenapa saya berkata begitu. Saya beritahu dia , kalau pemimpin Melayu sendiri tidak menghormati BM dengan mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar Sains dan Matematik di sekolah, takkan pemimpin bangsa lain pula diharap akan menghormati bahasa kita.
Mana lebih penting BM di tepi jalan atau BM di dalam kelas sekolah?

"Padan muka orang Melayu," balasnya.

Memang begitulah kecenderungannya. Kalau kita sendiri tak jaga maruah dan air muka bangsa sendiri, bangsa lain peduli apa. Inilah pengajaran yang kita dapat kalau kita nak jaga sangat hati orang , konon untuk mendapat sokongan. Kalau orang lain tengok kita dah lemah, dia akan tampar muka dan pijak kepala kita. Kita pun begitu juga kalau nilai-nilai kita berorientasikan pragamatisme, kebendaan dan kegunaan bukannya kemanusiaan , budaya nasional dan patriotisme. Berwaspadalah ! Kalau masalah ini merebak sampai tak menghormati kesepakatan atau kesefahaman sosial yang selama ini kita pelihara dan berjangkit pada hal-hal agama sehingga berlaku pergaduhan kaum, pemimpin2 politik bertanggungjawab sebagai miang keladinya.

Sekarang Menteri Dalam Negeri patut memberkas politikus yg menyinggung perasaan cintakan bahasa kebangsaan walaupun daripada UMNO, MCA, MIC, atau Gerakan supaya tidak terus memudaratkan toleransi pencinta bahasa kebangsaan , terutama orang Melayu yg sudah muak dengan penghinaan pemimpin politik terhadap bahasa Melayu. Jangan discount isu bahasa ini sebagai salah satu faktor kenapa sejumlah penduduk mempunyai persepsi bahawa kerajaan tidak sensitif lagi pada perjuangan dan hasrat masyarakat Melayu. Pemimpin parti-parti politik kerajaan bukan hanya perlu fikirkan persepsi anggota akar umbi di dalam parti, tetapi juga persepsi jutaan rakyat pengundi di luar organisasi . Kedua-duanya akan jadi penentu.

8 comments:

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Salam Datuk..

Sudah terlajak perahu nampaknya mereka atau adakah kita..?

Pemimpin terdahulu, generasi masa depan yang terpaksa menggalas beban dan tanggungan mereka si durjana ini..

Kononnya pemimpin bangsa, mempunyai gelaran itu dan ini, berpelajaran sampai ke Phd tapi hakikat mereka inilah yang menganaktiri bangsanya sendiri..

Kita bukanlah birokrat, ahli parti politik itu dan ini mana mungkin mereka menerima pandangan malah mereka mendabik dada mengatakan merekalah yang menjadi asas nusa bangsa..

Semuanya retorik dan semuanya hipokrit..

Lelah melihat segala yang terjadi..

Ahmad Azam said...

Dato,

Bukan padan bahasa Melayu. Dah Nazak!
Raya baru ni anak saudara yang belajar tahun 2 di UKM maklumkan semua subjek mulai diajar dalam Bahasa Inggeris. UKM yang diasaskan kerana perjuangan bangsa dan bahasa Melayu sendiri mengkhianati tujuan asal penubuhannya. Para pemimpin UKM hanya menyalahkan 'akujanji' bagi menjustifikasikan tindakan khianat ini.Jangan salahkan orang lain.Pemimpin UMNO berjuang untuk apa dan siapa?

TPJ14

Hartini Omar said...

datuk,

apa lagi nak dikata, memang padan dengan muka kita.. yg menjahanamkan bangsa dan budaya kita pun bukan org lain, tapi org kita! yg memangkah mereka dan mengharapkan moga2 terjagalah amanah bangsa pun adalah kita. dan yg menipu kita pun org kita juga. kita yg memilih mereka. nah, memang padan lah dgn muka kita..

nasiblah..

bahazain said...

Sdr Izwan
Mengingat zaman depan generasi sdr, saya berasa sedih kerana anak cucu sdr akan hidup dalam budaya ilmu dan perhubungan harian dalam bahasa Inggeris, dan Cina, kerana pengaruh besar tamadun Cina sedang bergelombang merentasi Lautan Pasifik, Atlantik dan Cina Selatan.
Tapak-tapak subur dlm negara kita sendiri sedang membesar menunggu kebanjiran budaya Inggeris & Cina itu.Takziah kpd generasi akan datang, ucapan yang sangat berat hendak saya ucapkan.Berwaspadalah!

Sdr Ahmad Azam,
Tidak ramai yang benar-benar tahu tentang penyingkiran Bahasa Melayu
yg sekarang menyerang betul-betul di tengah institusi UKM yang terang-terang jelas ditubuhkan pada 1971 untuk jadi kemuncak pendidikan ilmu pengetahuan tinggi dalam Bahasa Melayu. Di bawah dua Perdana Menteri asas kebudayaan Melayu hancur, Apa yg tinggal hanya Islam sebagai benteng jati diri Melayu. Pokoknya DEB tidak berjaya dicapai, dan kebudayaan Melayu pula hancur. Masyarakat Melayu sedang menjadi masyarakat pinggiran di buminya sendiri; kedudukan ekonomi tak mantap, kebudaannya menggelunsur ke bawah. Ini kenyataan yg pahit.Apa yang radikal perlu kita semua buat
untuk memutar balik kemelut sosial ini?

Sdr Hartini,
Kekecewaan saya ialah tak berjaya mencapai impian dan perjuangan saya dlm bidang bahasa dan persuratan sebagai asas tamadun negara. Tetapi saya lebih dukacita membayangkan masa depan generasi sdr yang lebih terhina tradisi dan jati diri yg berakar di bumi Melayu Nusantara ini. Demikianlah akibatnya apabila pemimpin bangsa tidak berdiri dan membesar dari "bumi filsafat' atau hikmah yang benar. Jangan putus asa selagi ada bulan dan matahari, berikhtiar, tawakal, dan terus BERSUARA

Korakora said...

datuk baha,

ini ayat yg paling sya suka: antara bm tepi jalan dan bm dlm kelas

Layla Haq said...

Datuk Baha,

Virus itu memamah bangsa dan bahasa kita sedikit demi sedikit.

Sedikit yang mencantas, banyak yang membaja.

Bagaimana?

Jerung Sakti said...

Apa salahnya MENAMBAH bahasa selain Bahasa Melayu? Bukannya MENGGANTIKAN Bahasa Melayu kepada bahasa lain.

Bagi saya, tiada isu dalam soal MENAMBAH bahasa lain, dalam masa sama, MENGEKALKAN Bahasa Melayu.

Ini dilakukan oleh Lim Guan Eng, orang Cina.

Kita lihat pula apa yang Hishamuddin Hussein, orang melayu lakukan.

Bahasa Inggeris telah MENGGANTIKAN Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik.

Kenapa isu MENAMBAH bahasa di papan tanda disamakan dengan isu PPSMI?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

lawan pak baha jangan tak lawan