Tuesday, 18 August 2009

IKHTIAR MENGHINDAR SELSEMA BABI

Sahabat baik saya sejak sekolah dahulu telah bersusah payah menyampaikan petua untuk menjauhkan diri daripada dihinggapi Selsema Babi (Swine Flu):

1. Sedut bau minyak cengkih (Lavanga oil)--2 titik minyak atas sapu tangan dan hidu-hidu selalu.

2. Kunyah sekurang-kurangnya satu bunga cengkih sehari

3. Makan sedikit bawang putih mentah, bawang dan juga halia.

4. Minum susu panas bercampur 2 gm kunyit.

5. Makan banyak buah-buahan mengandungi vitamin C ( limau, beri, jambu etc).



Maklumat daripada Times of India . Agaknya itulah sebabnya India belum begitu teruk kena Selsema Babi.

Berdoalah juga minta Tuhan pelihara keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan masyarakat Islam kita yang tak makan babi dan tak ternak babi agar terselamat. Masjid-masjid dekat kediaman kami sudah beberapa kali selepas solat Jumaat mengadakan solat hajat mohon perlindungan Allah.

Berikhtiar, berdoa dan bertawakallah dengan keinsafan terhadap Yang Maha Penyayang.

8 comments:

ZULKIFLI said...

Salam, Dato'
Satu info yang besar manfaatnya. Insya-Allah, saya sendiri akan mengamalkannya dan akan saya panjangkan kepada adik-beradik, sanak-saudara, handai taulan, khususnya ibu bapa saya. Tapi bawang putih tu masalah sikit, tak berapa nak suka.

zaharahanum said...

Assalamualaikum wbt.,

Dato' baha yang dihormati,

Mohon izin memanjangkan artikel ini melalui e-mel.

tk.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam hormat yg berbahagia dato, mohon untuk memanjang-manjangkan petua berguna ini. terima kasih.

Adam said...

Assalamualaikum Dato'

Dato', apa tindakan GMP sekarang dengan isu PPSMI.Di dalam Malaysia Kini dilaporkan Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum 2012.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, guru yang didapati berbuat demikian, akan diberi surat amaran.

Malangnya anak-anak kita, walaupun
Kementerian sendiri mengatakan 3 juta pelajar tercicir akibat PPSMI

mariahsj said...

Dato' yang dihormati,
Semoga Allah swt melindungi kita semua daripada bencana ini. Semoga kejadian ini membuka mata manusia yang memegang kuasa agar lebih serius dalam menanganinya.

armouris said...

info tentang selsema babi kat sini - FAQ Tentang Selsema Babi

juilis69 said...

Terima kasih banyak..info yang Dato paparkan sangat berguna kepada saya dan keluarga.TK

juilis69 said...

Terima kasih banyak..info yang Dato paparkan sangat berguna kepada saya dan keluarga.TK