Saturday, 8 August 2009

Selamat Datang Ke Kebuncipta

Apabila dunia terlalu hiruk pikuk dengan pelbagai peristiwa kita perlu bertenang dan duduk merenung ke dalam diri supaya tidak hanyut daripada dasar kehidupan yang hakiki. Ini bukan pelarian , tetapi tempat berteduh sementara dan mencari diri sendiri yang telah terbawa-bawa oleh peristiwa di sekitar, entah benar ataupun tidak.

Di kebuncipta kita mendengar panggilan hati nurani, dan belajar mendengar perasaan orang lain.
Kesenian bukan sekadar untuk menikmati keindahan, tetapi mencari kebenaran. Datanglah berkunjung untuk kita berdialog .

Pintu ke kebuncipta menunggu di sebelah atas kanan blog desakota
:
Blog Seni & Sastera
kebuncipta

5 comments:

HBM Consultant said...
This comment has been removed by the author.
juilis69 said...

Selamat sejahtera Dato..
Saya Cikgu Juilis Mokujal, seorang guru di SMK.Narinang, Kota Belud, Sabah dan mengajar Bahasa Melayu SPM. Biasanya untuk menarik minat pelajar memahami karya, saya akan menghubungi penulis dengan telefon supaya pelajar dapat mendengar suara dan kalau dapat bertanya kepada empunya karya yang mereka pelajari. Antara penulis yang sudah saya hubungi melalui telefon semasa proses P&P ialah sdra Dr.Lim Swee Tin (rakan saya), Rahimidin Zahari, Zakir, Jasni Matlani, HA dan Hj Ismaily Bungsu. Kalau Dato' tidak keberatan, bolehkah saya hubungi Dato ketika saya mengajar sajak 'Di Kota Kecilku" kepada pelajar Ting 5 di sekolah saya? Terima kasih Dato.

Cikgu Juilis Mokujal
no.HP:014-6544767

bahazain said...

Sdr juilis
Saya kagum dengan usaha sdr mendidik para pelajar.Kalau ramai guru yang kreatif dan berfikir bagaimana untuk merangsang pelajar untuk suka kepada pelajaran serta ilmu saya kira bangsa kita akan menjadi sangat hebat. Saya tak keberatan untuk dihubungi. Walau bagaimanapun saya tetap memberi kebebasan kepada pembaca untuk mentafsir puisi saya mengikut tanggapannya.Terima kasih

juilis69 said...

Terima kasih Dato kerana sudi respon coretan saya..saya baru buka blog untuk komsas di http://komsasspm.blogspot.com. Blog ini saya sediakan kepada semua calon SPM supaya dapat berinteraksi dgn mereka perihal karya yang dihayati. Terima kasih

TIUB BOCOR said...

tiubbocor.blogspot.com

Salam Dato'BZ,

Saya baru berkesempatan melayari blog Dato'.Saya baru mengutip bahan daripada Dato' berhubung perbandingan ekuiti bumiputera dengan non bumiputera untuk diwawarkan dalam blog saya. Terima kasih.

TIUB BOCOR