Tuesday, 25 August 2009

PENYELESAIAN PPSMI YANG MERAGUKAN

Kenapa PPSMI tidak dihapuskan lebih awal?

Kenapa guru yang hendak mengajar Sains dan Matematik dlm Bahasa Melayu dari sekarang mahu ditindak?

Kenapa darjah satu pada tahun 2o11 tidak boleh diajar dalam Bahasa Melayu?

Apakah Ketua Pengarah Pelajaran telah memberi nasihat yang betul kepada Timbalan Perdana Menteri?

Cukuplah sekali dahulu rakyat dipermainkan sehingga akibatnya cerdik pandai dan ramai rakyat biasa hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin politik Melayu dan birokerat kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin selaku TPM/Menteri Pelajaran nampaknya perlu menilai semula strategi
pelaksanaan. Ini hanya masalah pendekatan sahaja, bukan soal dasar kerana pada dasar dan prinsipnya sudah ditetapkan memansuhkan PPSMI.

Kalau dulu pada 2003 PM dengan mudah mengarahkan Kementerian Pelajaran mencampak Bahasa Melayu ke longkang dengan tak bertangguh-tangguh lagi kenapa hendak memperbetulkan balik kesalahan besar itu sampai memakan banyak tahun? Berapa ratus ribu lagi pelajar mahu dibiarkan menjadi mangsa sistem yang kucar kacir ini?

Kita belum lagi membahaskan isu memartabatkan BM di tingkatan 6 dan di pusat-pusat pengajian tinggi. Diharap Tan Sri Muhyiddin menghimpunkan ketegasannya sekali lagi menyelesaikan semua isu sensitif kebahasaan ini secara tuntas.

[ Ulasan tentang proses perubahan PPSMI kepada PPSM-BahasaMelayu lihat blog MARNI]

6 comments:

Marniyati said...

Salam, Dato' Baha.
Kita menunggu GMP bersuara lagi dan tidak akan teragak-agak memberi sokongan terhadap usaha membetulkan perkara yang salah ini.

ZULKIFLI said...

Salam, Dato';
Dalam kebanyakan hal di negara kita ini, apa-apa pun usaha untuk merealisasikan dasar kena dititahkan oleh PM (contohnya semasa KP JPJ hendak kuatkuasakan undang-undang cermin gelap, apabila PM Tun Abdullah kata "tak payah" kuatkuasakan terus ok sampai kini). Kita kena minta PM campur tangan dengan mengarahkan KP Pelajaran betulkan arahannya itu. Percayalah, nama dan kredibiliti PM akan melonjak 50% dalam kalangan cendekiawan, budayawan, bahasawan, dan rakyat keseluruhannya apabila beliau memintas arahan KP Pelajaran ini.

Bilalah dapat kita pegang kata-kata politikus ini?

sahrunizam said...

Salam Ramadan Dato'

Kebimbangan yang benar-benar menjadi kenyataan.

juilis69 said...

Saya sokong penuh PM perlu campur tangan. Barulah ada penyelesaiannya.

saleeh rahamad said...

PM sekarang cari jalan selamat. Dia tidak akan campur tangan kerana kalau dia buat begitu umpama makan buah simalakama, ditelan mabuk, diluah gila.

bahazain said...

Assalamualaikum
Sdr Marniyati,
Ramadan menurut sejarahnya adalah bulan keramat dan penuh hikmah. Peperangan besar ( Badar & Andalusia) berlaku pada bulan yang sama. Tentang bahasa Melayu juga harus dipersiapkan mental dan rohani semua pejuang pada Ramadan ini seraya membuat amal ibadat. Jangan serahkan semuanya kepada GMP
kecuali pda gerakan protes dan demonstrasi.Sama-samalah kita mempersiapkan semangat juang kita.

Sdr Zulkifli,
Kita cubalah apa jua peluang dan ruang; InsyaAllah.Kedudukan PM masih belum mantap dan jauh kemungkinan dia akan melangkui TPM.

Sdr Sharunizam,
Dalam apa jua hal kita tak dapat memenangi semua, tetapi tak boleh berpuas hati sahaja dengan apa yang dimenangi. Kumpul kawan-kawn untuk terus melawan demi kepentingan bahasa dan negara.

Sdr Julius,
Mudah-mudahan harapan kita menjadi benar.

Sdr Saleeh,
Buah itu telah dimasukkan ke mulut kita .Apa pun nampaknya kita perlu dari sekarang memberi keutamaan memikirkan tindakan lanjutan daripada keputusan TPM, dan perkembangan bahasa Melayu pasca PPSMI. Kegiatan para penulis dan sasterawan harus kembali kepada keutamaan ini, dan belum waktunya lagi untuk menyimpang pada hal-hal kesasteraan yang pesta-pestaan.