membunuh kunang-kunang, tersesat di hari siang
Telah kau bunuh kunang-kunang
Yang berkelipan dalam gelap malam
Dengan lampu suluh di tangan
Tersesat engkau di hari siang.
Dapatkah engkau kembali
Melangkah ke belakang
Memohon maaf di pangkal jalan?Segala-galanya telah sirnaKunang-kunang kematian cahayaLampu suluh tidak di tangan lagiHanya sesal dan kelam menikam diri.
6 comments:
tahniah datuk atas penerbitan "postponing truth"(dbp). cantik dan terkesan.
Pak Baha YDH: Kita mungkin tidak lebih mulia dari dia. Tetapi memperalatkan nama Tuhan untuk sesuatu yang lain, bagi saya, jelas menunjukkan martabatnya.
Seperti yang saya ucapkan di pautan ini
http://marslino.blogspot.com/2008/08/sajak-marsli-no_16.html
Kegelapan pada diri dan ketaksuban pada dunia mengelapkan diri dan menidakkan pemberian illahi.. Mungkinkah kunang-kunang akan berkelipan pada siang hari pada kala seruan Illahi memanggil.. Anak muda semakin jahil.. Anak muda semakin batil..
Astafirullah..
dato',
-indah benar.. bagai sinar yang takkan pudar!
assalamualaikum Dato'
terima kasih kerana puisi yang indah ini.
assalamualaikum...puisi yang indah dan tersirat banyak makna,,tahniah buat hamba Allah yang mereka puisi ini.!
Post a Comment