Sunday 17 August 2008

OLIMPIK dan MASJID: Malaysia Boleh

Pada saat Lee Chong Wei berhasil mencipta rekod perak, dan sedang menghadapi saat-saat akhir yang tegang untuk merebut emas sebagai rekod pertama negara di Olimpik, Malaysia telah terlebih dahulu mencipta rekod pertama dalam sejarahnya apabila Mohd. Saiful Bukhari melakukan "sumpah laknat" dimasjid atas nama Allah dengan menyatakan beliau telah diliwati oleh Dato' Anwar Ibrahim.

Lee Chong Wei terbaring membujur dengan raket tergeletak di lantai gimnasium Universiti Teknologi Beijing, serta kedua belah tangannya di muka seolah-olah berdoa mengucapkan syukur .Saiful pula dengan bergaya duduk bersila memegang al-Quran di tangan kiri, dan sehelai kertas di tangan kanan di lantai solat Masjid Wilayah Persekutuan . Maka terjadilah kedua-dua kisah yang merebut perhatian negara pada hari menjelang Nisfu Syaaban bersamaan 17 Ogos 2008.

Apa yang dilaksanakan oleh Saiful ini saya fikir adalah peristiwa bersejarah pertama kali dilakukan oleh seseorang yang menyatakan dia menjadi mangsa oleh perbuatan jahat orang lain. Barangkali juga ini adalah peristiwa pertama kali dalam 1400 tahun sejarah Islam , sumpah yang melibatkan nama dua orang: mangsa dan pemangsa. Kalau benar ini adalah peristiwa sejarah yang pertama di Malaysia dan di dunia Islam, memang ini adalah sesuatu yang sangat hebat yang Malaysia boleh lakukan.

Tunggulah apakah Lee Chong Wei boleh menang dalam final badminton di Beijing; dan apakah Anwar Ibrahim boleh kalah dalam Pilihan Raya di Permatang Pauh? Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pengadil. Dialah yang mengetahui bila sesehelai daun akan gugur ke bumi. Salut "Malaysia Boleh".

7 comments:

MARSLI N.O said...

Pak Baha YDH: Di sini memang segalanya diperbolehkan. Asalkan menguntungkan sepihak yang berkepentingan.

Sehingga kita pun mahu diajak sama menjadi badut.

Marsli N.O

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Assalamualaikum Dato..

Kita tunggu.. Sayangnya jiwa-jiwa muda ini..

Yang Esa Maha Tahu dan Maha Mengadili umat-umatNya..

Antara Doa rakyat dan individu menjadi perhitungan kita nantikan dan tunggu..

Insyaallah..

Danielle_Corleone said...

Salam Dato'. Memang betul, saya setuju. Kita semuanya boleh. membuang bahasa pun kita boleh.

sinaganaga said...

"Aowww!" kata Haji Hasbullah Awang, "saya ingankan masuk, rupanya keluar. Apa sudah jadi dengan Cheong Wei?"

UMNO PARTI PENJARA said...

Biarlah pengundi membuat keputusan yang tepat :)


NAK JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA ;)

LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Salwa&Firdaus:... said...

salam dato'...
saya firdaus khairuddin..
kurator muzium USM.
saya ada jumpa 1 koleksi Joseph Tan yang dato' tanyakan di muzium tempoh hari. kalau dato' nak tgk, boleh email ke email saya, dauswqf@gmail.com. nanti saya email kepada dato'.
Terima kasih.
Nice Blog.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

alhamdulillah,

sdr. anwar menang - pkr leader makes his way back to parliment...