Friday 21 August 2009

Berpuasa, Beribadat Demi Bertakwa

Assalamualaikum kepada semua sahabat, pembaca blog yang dihormati, kenalan jauh dan dekat,
dan saudara-saudara Musliminin dan Muslimat,

Dengan tulus ikhlas saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat puasa yang wajib pada Ramadhan ini semoga kita menyahut seruan Allah supaya bertakwa. Alangkah manis dan cantiknya Ramdhan, penghulu segala bulan, yang datang dengan penuh kasih sayang, keampunan dan pahala yang berlipat ganda.
Inilah bulan--Ramadhan- yang disebut namanya di dalam al_Quran.

Salam dan semoga di rahmati , diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah jua.

Baha Zain

7 comments:

bahazain said...

Salam Sdr armouris
Setinggi terima kasih atas kemurahn hati sdr berkongsi maklumat yang sangat berguna tentang selsema dan juga ibadat puasa. Semoga pada bulan Ramadhan ini Allah merahmati kehidupan sdr.

HBM Consultant said...

Salam Ramadhan diucapkan kepada Dato' Baha. Semoga kita mendapat kehidupan yang penuh rahmat, keberkatan dan keredhaan daripada Nya. Amin.

ZULKIFLI said...

Salam, Dato';
Semoga kita sama-sama beroleh rahmat Allah yang melimpah-ruah itu. Semoga kita menjadi sebahagian mukminin yang beroleh lailatul qadr yang istimewa itu.

Yang lebih penting, segala ibadat dan kebaikan yang kita lakukan dalam bulan Ramadan ini akan kekal dan tekal kita lakukan pada bulan-bulan yang lain.

Selamat beribadah!

guru besar haneem kaydeen said...

Selamat beribadat dan beroleh barakah Ramadhan..salam dari saya sekeluarga untuk aunty rose dan semua rosihan nye.

- said...

Salam.

Selamat menjalani ibadah puasa.

bahazain said...

Assalamualaikum
Sdr Marniyati,
Teriring doa restu dan salam dalam bulan penuh rahmat dan kemuliaan untuk sdr.
Diharap ramai yang akan masuk ke dalam blog sdr membaca paparan terakhir yang sangat jitu ulasannya tentang keputusan tidak cerdik kerajaan meneruskan PPSMI dengan pendekatan "landing lembik"nya.

Sdr Zulkifli,
Salam dan doa untuk sdr jua semoga Allah memperkenankan taubat, doa dan hajat kita, dan sdr dirahmati dengan ibadat pada malam Lailatul
Qadar.

Sdr Haneem & Kaydeen
Lama tak dengar kabar. Semoga sihat sekeluarga dan dimandi rahmat serta kesejahteraan yang berpanjangan oleh Allah.Apa karya baru?

Sdr ZMBL
Sama-sama kita berdoa dan semoga sdr senantiasa dianugerahi dengan keceriaan dan pahala-Nya.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Selamat berpuasa Dato...
Saya hampir jemu dengan isu PPSMI ni... eloklah di bulan baik ini kita berkongsi ilmu dengan satu cerita pemuda Arab dengan seorang paderi yang bijak ....sila memblogger: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

bertajuk:
22 Soalan Paderi Dan 1 Persoalan Pemuda Islam...

Sekian, selamat berpuasa dan direadaiNya.