Monday 12 May 2008

BANGUNLAH GENERASI MUDA: BERPERANG HUJAH

Assalamualaikum saudara2 dan sahabat generasi penulis muda,
Nampaknya penghentaman Melayu (Malay bashing) sudah menjadi-jadi sehingga kedaulatan Melayu (bukan ketuanan Melayu-- istilah ini saya tak setuju) yang berpaksikan kekuasaan istana sedang diserang secara profesional dan intelektual sehingga ke lantai-lantai Parlimen; jadi bukan sekadar melalui puluhan blog di luar dewan yang mulia itu.

Kita bukan politikus dan pengamal undang-undang. Biarkan mereka yang berdebat dan berhujjah tentang isu ini, terutama dalam kerangka undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan. Kita ikuti, kaji dan belajar daripada pertembungan dialog atau debat mereka. Yang menjadi keutamaan dalam kegiatan kreatif kita ialah kesihatan dan kegagahan Bahasa Melayu sebagai wahana artikulasi dan wadah intelektual bangsa kita. Bab ini kita misti gembeleng tenaga seraya secara peribadi masing-masing memperhebat propaganda mengembalikan kedaulatan BM (sdr tentu faham maksudnya). Gunakan blog masing-masing untuk menyerang , dan jangan tunggu pilihan raya 2012. Generasi muda sekarang harus mempersiapkan diri menjadi gelombang Tsunami atau badai Nagris untuk meranapkan siapa sahaja Melayu atau bukan Melayu yang mengkhianati Bahasa Melayu
.lebih lanjut

8 comments:

SATIRA + KACAU said...

Pak Baha: Barangkali dan kalau sudi Pak Baha boleh berikan komen entri mengenai Melayu di blog saya
http://satira-kacau.blogspot.com/

Zaid Akhtar said...

Selamat datang ke dunia blog, Pak Baha. Kami sangat mengalu-alukannya.

Lestari bahasaku!

Sham al-Johori said...

salam dari tanah Langkawi.
Anak-anak muda hari ini telah dicucuk hidungnya. Mahasiswa telah diikat mulut untuk dibisukan, ditutup mata untuk dibutakan dan disumbat telinga untuk ditulikan.
Inilah yang berlaku. Intelektual muda Melayu disantau akal fikirnya.
Mereka, pemimpin itu hanya beretorik dengan cerita muluk tetapi menafikan kesuburan intelek. Anak-anak muda desa pula diikat tangan dan kaki dengan janji-janji indah sebab mereka tidak berupaya menterjemah kontrak sosial yang terlalu tinggi falsafahnya.

Inilah yang perlu kita fikirkan. Mereka memberi pisang tetapi menikam dari belakang.

Unknown said...

Perjuangan mesti diteruskan. Pemasalahan bahasa Melayu umpama cerita berbingkai di dalam mimpi-mimpi yang panjang yang tidak berkesudahan. Dan keinginan untuk terjaga dan membuka mata sesuatu yang melelahkan.

Sentiasa "berperang" dalam diri.

sinaganaga said...

Duri khianat perlu dihapuskan walaupun ia diperbuat daripada intan belian.

Humchaaaaaaaaa!

Unknown said...

Pergerakan secara senyap pernah menggulingkan Shah Iran.

SATIRA + KACAU said...

Pak Baha: Mereka menggunakan teknik mencelarukan marah dan emosi kita dengan hujah bodoh mereka yang disalut baju cerdik, kononnya.

Bagaimana dengan Malayan Union dan Jus Soli? Bukankah moyang mereka diberi "kerakyatan" segera kerana sang penjarah negeri ini dulunya tidak mahu memikul biawak yang mereka datangkan sebagai kuli dan abdi?

Mari kita ajari anak dan generasi hari ini dengan sejarah yang benar.

Dan berhati-hati dengan buku sejarah yang kandungannnya semakin cuba diperelok mengikut kehendak dan telunjuk mereka.

Sdr Shamsudin: Mereka menyuap mulut kita dengan gula dan coklat, tetapi di buntut kita, mereka joloki dengan duri.

Kepada Diri: Kusimpan sendiri benci melihat ribuan hipokrasi.

Baronhawk said...

~ Patung Kaku ~

Terpasung kaku
berdiri kelu
terpasak sayu
dibumi moyangku

Telinga merah
bahang membara
tersirap darah
dendam bergema

keramat bangsa
darah budaya
luhur agama
tutur bahasa

didolak dalih
diheret sepi
dicantas sisih
dicampak tepi

meluru lonjak
diundang getir
hati berolak
berderu desir

dicapai tombak
pena dan tinta
diatur pencak
syair seloka

amukan rasa
aturan bicara
hati dan minda
Melayu Muda!

@Hazlan Zakaria 2008

Satu reaksi seorang rakyat jelata terhadap komplot dan gomelan politik semasa.

Bukannya suatu kebetulan yang orang Inggeris sendiri menggunakan perkataan "Amok" untuk medefinisikan badai kemarahan yang teramat, sehinggakan mencipta keganasan yang tiada tolok bandingannya.

Mungkin semangat inilah yang perlu diseru dan ditiup ke dalam golongan yang seadanya. Mungkin bukan untuk menumpahkan darah tetapi untuk tampil membela nasib dan maruah bangsa secara yang terdaya. Dengan undi politik dan uncang harta, bicara licik dan aturan kata, sabungan pendapat dan hujah arena.