Thursday, 29 May 2008

DARI BATU PUTIH KE PEDRA BRANCA : Ada Pertanyaan Tanpa Jawapan

Ini peristiwa yang sedang dalam proses sejarah kerana pertikaian yang berkaitan dengan tuntutan Pulau Batu Putih belum seluruhnya selesai walaupun pulau itu telah menjadi Pedra Branca . Kenapa kita harus terus mengambil tahu? Isu ini menyangkut sejarah dan kedaulatan
bangsa kita. Kita patut dibijakkan oleh sejarah supaya kita tidak terus diperbudakkan. Sejarah bukan sekadar kisah lalu, tetapi apa yang berlaku dalam fikiran manusia yang bertanggungjawab pada masa lalu, dan sikapnya terhadap darjat bangsanya. Peristiwa sejarah akan memberi kesan terhadap nasib anak cucu yang akan memerintah masa depan.
Perftanyaan: (1) Bagaimanakah kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ( Dato Seth ?) boleh begitu saja menyerahkan pulau itu kpd Inggeris . Siapa telah memberi izin kepadanya untuk memutuskan demikian? (2) Kenapa Tun Mahathir tidak memberi komen apa-apa keputusan ICJ ini sedangkan keputusan menyerahkan kes ini dibuat sewaktu beliau menjadi PM ? Apa rationale kerajaan BN dan kebijakan beliau untuk berbuat demikian? Apakah kerajaan tidak mendapat nasihat yang tepat daripada Peguam Negara, dan Wisma Putra? Semua ini harus difahamkan kpd rakyat supaya kita insaf akan kelemahan kepemimpinan dan agensi awam kita.
Imuwan sejarah harus menyelidik pelbagai aspek kes ini untuk kebijaksanaan bangsa bagi menghadapi kelicikan perebutan kuasa dan tanah seperti yang dilakukan oleh Yahudi-Zionis.

10 comments:

Sham al-Johori said...

Dato' Baha yang dihormati,
Sebenarnya, budaya fikir politik di Malaysia telah lama membunuh SEJARAHWAN dan ILMUAN BANGSA MELAYU. Perjuangan mereka adalah kerana perut dan nafsu bukan membela nasib rakyat yang merintih dalam tagih imani. Mereka tidak menginsafi sejarah Singapura dilanggar todak dan mereka juga tidak berusaha mengelakkan diri daripada sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang. Mereka rasa mereka adalah penguasa yang amat bijak dan menganggap rakyat amat bodoh dan hina.

Anonymous said...

ASKM Dato',


Sekadar berkongsi ...

Memang banyak persoalan yang tidak terjawab berhubung isu Pedra Branca (PB). Pensyarah saya di dalam kelas Arkib yang diajarnya kepada kami sewaktu di ITM (20 tahun yang lalu)pernah menyatakan bahawa tuan PB akan ditentukan oleh kebijaksanaan dan kecepatan pihak yang berjaya mendapatkan dokumen dan manuskrip sulit yang "tersembunyi" di London, India dan The Hague. Kata beliau, PB bukan sekadar maritim yang strategik, tetapi ada kekayaan di bawahnya - minyak.

Saya pun cuak juga dengan dakwaan berdasarkan dokumen Kerajaan Johor pada tahun 1853 yang menyerahkan PB kepada Singapura. Daripada pemikiran saya yang gila-gila ini, saya terfikir, apakah mungkin ada muslihat terancang. Orang Melayu(pentadbir Johor) mungkin telah ditipu atau diugut untuk berbuat demikian.

Tertipu untuk menandatangani surat palsu, tidak dijemput ke PB pada hari "pembukaannya", tetipu dari segi fungsi dan peranan pentadbiran, atau diugut yang melibatkan nyawa dan nasib individu, keluarga dan bangsa.

Hal ini mengingatkan saya pada kisah Ngah Ibrahim, Orang Kaya Paduka Tuan, iaitu orang Melayu yang terkaya di Perak dengan mempunyai pasukan polisnya sendiri, beberapa ekor gajah sebagai kenderaan, tauke kilang gula di Kuala Gula yang orang Cina menjadi pekerja beliau, dsb.

Ada teori mengatakan bahawa beliau tidak dibuang ke Pulau Scyhelles kerana terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch. Hal ini demikian kerana beliau dikatakan telah mendapat pengampunan Sultan dan pihak British. Namun,dia telah ditipu untuk bersama-sama dengan pihak British meraikan pesta kejayaan hukuman yang telah berlansung ke atas Datuk Maharajalela, Si Putum, dan mereka yang terlibat.

Ngah Ibrahim dijemput ke Singapura untuk berpesta di atas sebuah kapal. Kapal tersebut rupa-rupanya membawa Ngah Ibrahim dan 10 orang ahli keluarga yang bersama-sama beliau itu ke Pulau Scyhelles dan menjadi buangan di sana. Maka, menangislah Ngah Ibrahim setiap hari sehingga mata beliau hampir buta mengenangkan nasib.

Motif Ngah Ibrahim ditipu?
1. Cemburu (sama ada di pihak British dan orang Melayu sendiri). Oleh itu, kekang kekuasaan dan kekayaan beliau.

PB -Motif yang mungkin orang Melayu ditipu?

Cemburu juga. Kuasa, kekayaan dan kedaulatan.

Walahuwaalambisawab ...

SATIRA + KACAU said...
This comment has been removed by the author.
SATIRA + KACAU said...

Assalamualaikum Yang Dihormati Dato' Baha: Sebongkah batu memburaikan segala bentuk tipu dan mutu.

Silap kita. Mengharap padi dijaga oleh pagar. Walhal pagar yang diharap, didirikan dari reput kayu.

Dan saya tidak merujuk kepada pulau yang berbatu-batu.

sinaganaga said...

Dato',
Saya tengok visual pulau-pulau yang duduknya bersebelahan (atau tidak jauh) dari Pedra Branca tu di TV - Mak aiii, keciknya!!!! Jangan kata nak didirikan rumah api, nak didirikan reban ayam pun entahkan muat entahkan tidak.

Lagi satu, apabila saya tengok pulau-pulau tu - saya teringatkan batu-batu di halaman rumah Dato'.

Ma'asalam!

Puan Ainon Mohd. said...

Dato',

Sejak zaman Mahathir, peguam-peguam negara kita bukan dipilih berdasarkan keilmuannya.

bahazain said...

Sdr-sdr sekalian,
Spt sinaganaga sebut longgokan batu di rumah saya lebih besar drpd Middle Rocks. Saya dah lama sayangkan batu dan bila berpindah rumah satu lori khas untuk batu.Yang ada sekarang dipindahkan oleh jentera back hoe dari perut sungai.Tapi soal P.Branca ini luar biasa. Ia dikatakan bukan sebahagian Johor oleh SU Johor dlm surat kpd British Colonial Secretary di Singapore (1953). Surat inilah senjata kuat Singapore di ICJ, disamping alasan ia sudah mentadbirkan pulau itu
sejak lama.Bagaimana SU Johor boleh kata begitu? Apakah dinasihati oleh Penasihat British di Johor? Tidakkah dokumen2 lama
di London etc yg disebut Ritah Yahaya, mencatatkan pulau-pulau itu sebahagian drpd Johor?
Jadi apakah kejahilan tentang sejarah maka kita kalah? Atau kita Melayu kata orang have " a big heart", pemurah.Jadi tak apalah serah saja pada ICJ, (dan jangan berkeras pertahankan walau apa pun risikonya ).Bagaimana nanti Brunei
memperjuangkan tuntutan terhadap Limbang, dan Filipina terhadap Sabah? Kabarnya Peguam Negara sebelum Mokhtar dan Gani Patail tidak yakin kalau kes ini ke ICJ (sila lihat komentar anuar manshor
dlm posting lebih awal).Moral segala cerita ialah janganlah percaya bulat2 dan menyerahkan semua nasib bangsa kita kepada pemimpin yg berkuasa tanpa kritis dan kritikan. Lihat apa jadi kpd B.Melayu . Nama "Melayu"nya pun dibunuh.

SATIRA + KACAU said...

Pak Baha: Satira + Kacau sangat menyetujui dan menyokong pandapat Pak Baha yang di atas ini.

Kita tidak perlu terlalu percaya dan serahkan nasib masa depan bangsa kita kerana pemimpin kita sebahagian besar adalah dari kayu yang sudah mereput.

Mujur. Pemilu 12 yang lalu Satira + Kacau memilih pemimpin dari kayu jenis lain. Dan nampaklah juga sedikit hasil.

Ha,. Ha . Ha.

Jangan marah, Pak Baha. Satira + Kacau bukan hendak mengacau.

Ha. ha. Ha.

Anonymous said...

Dato',

Dato' minat batu ya? Mmm ... saya sarankan Dato' dengarkan lagu "Batu" daripada kumpulan Sweet Charity yang dinyayikan oleh penyanyinya yang saya minati, Ramli Sarip.

Lirik lagu "Batu" cukup puitis. Saya pernah bersembang-sembang dengan Ramli bertanyakan maksud di sebalik lagu tersebut yang diciptanya secara spontan bersama Othman Hamzah.

Antara liriknya ...

Telah menjadi resmi manusia
Ingin hidup seribu tahun lagi
Seperti batu-batu setulus putih hati
Melihat kurniaan Tuhan...

Lihat batu-batu di iringan jalan
Ditelanjang, disinari dibasahi hujan
Terbiar detik pagi
Tangisan mengiringi
Lihat anak-anak kecil hadiri
Sampai akhir nanti ...

Batu sayang kau tak boleh berkata
Semuanya kau lihat walau kau tak bermata
Dari mula dunia engkau dicipta
Hingga akhir dunia engkau kekal jua ...

Kalaulah Pedra Branca boleh berkata-kata, mungkin inilah rintihnya.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.