Sunday 25 May 2008

Pulau Putih Mata, "ADIOS TANAH AIRKU"

Pada tahun 1965 Pulau Singapura hanyut ke tangan bangsa asing yang diserah tanpa referendum atau izin rakyat. Pada 2008 Pulau Batu Putih dan perairannya hanyut lagi kepada orang lain melalui mahkamah yang bukan bertapak di bumi dan tanah air kita. Apakah ini kemenangan maknanya? Apa hendak jadi kepada orang Melayu sekarang? Dulu selama lebih 400 tahun kita tertindas & terhina di bawah Portugis, Belanda dan Inggeris, dan pada abad 20, kemudian abad 21 kita terhina lagi-- demi hendak menunjukkan kita orang Melayu ini bertimbang rasa kepada manusia pelbagai bangsa dan kaum. Yang nyata juga ialah kerana kita lemah semangat dan tidak memiliki kekuatan alat untuk melawan. Nah! kita pikullah beban kehinaan yang berrentetan abad demi abad.

Ada satu dua pertanyaan: 1. Adakah Arkib Negara, Perpustakaan Negara, Muzium Negara atau sesiapa menyimpan dokumen2 sejarah ( spt surat izin daripada Setiausaha Kerajaan Johor kepada Singapura) untuk dipamerkan bagi tatapan dan keinsafan masyarakat ?

2. Apa rationale kerajaan merujuk kes tuntutan bertindih ini ke ICJ ? Apakah kita menjadi overconfident selepas kes Sipadan?

3. Apakah penyelesaian ini akan menimbulkan satu pertikaian baru atau peperangan dengan Singapura kalau soal sempadan, perairan, dan sebuah lagi batu di selatan itu tidak dapat diselesaikan dan dituntut keras oleh Singapura?

5 comments:

Baronhawk said...

Ku terkenang tangisan Sultan, bila Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan. Terngiang-ngiang jeritan darah, pahlawan yang tumbang melawan penjajah. Terkebil-kebil putih mata, bumi didagang dek sisa penjajah. Maruah dan bumi jadi taruhan, si hakim jalang di kerusi mewah. Kalau berdiri lagi Tun Tuah, tentu habis dikerah amarah. Ditiup semangat dan dibakar darah. Bumi keramat dijunjung titah. Amukan madah teriakan tinta, berputih tulang sebelum berputih mata.

Hazlan Zakaria.

abdul hayyi said...

Saya rasa kerajaan Malaysia bertindak kurang bijak dengan membawa kes ke ICJ tanpa bukti-bukti yang kuat memihak kepada kita.

Wallahua'lam.

Unknown said...

Dato' Baha,
Daripada yang saya kaji dan tahu secara sahih, surat-surat penting itu disimpan di arkib-arkib di London dan India. Ada surat di Istana Johor juga. Semuanya sulit. Malah ada surat yang pihak Arkib Negara gagal menemuinya (Singapura bertindak lebih laju agaknya).

Dalam masa yang sama, ada seorang yang "bodoh" tidak mahu mendengar nasihat mantan Peguam Negara (kini di Suhakam) supaya tidak merujuk kes ini ke ICJ. Sepatutnya dibiarkan "hanging" sahaja pulau itu. Hakikatnya, semua orang yang mengkaji kes ini sudah tahu kita tidak akan berjaya memiliki pulau itu.

Unknown said...

Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang... Pribumi menangis sendiri.

Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda.

Huhuhu ... Tangisan yang tidak bermakna lagi. Menangis sampai keluar air mata darah sekali pun, nasi sudah menjadi bubur. Kita selalu ketawa terbahak-bahak dahulu, menangis kemudian. Maka, menangislah engkau di situ Kasim .... (Kasim Selamat)

Begitu juga dengan warisan yang lain seperti bahasa dan budaya, yang rajuknya dan nasibnya mungkin sama seperti Pedra Brancca.

dr.irwan said...

salam. semoga apa-apa yang kita kehilangan, akan Allah gantikan dengan yang lebih baik.