Tuesday 25 May 2010

PERJUANGAN BAHASA KEBANGSAAN BELUM BERAKHIR : Kesihan Orang Melayu

Apakah rakyat, terutama orang Melayu, sudah cukup selesa apabila ditegaskan lagi bahawa mulai tahun 2012, iaitu kira-kira setahun setengah daripada sekarang, akan dilaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Perhatikan apabila ada kenyataan umum tentang perkara ini, pihak kerajaan akan menyebut sekali tentang meningkatkan bahasa Inggeris. Sebabnya tak lain dan tak bukan masih ramai yang menentang penggunaan Bahasa Melayu dalam dua mata pelajaran ini, walaupun sejak tahun 1970 hingga 2002 (30 tahun lebih) bahasa Melayu itulah yang digunakan di sekolah-sekolah dan kemudian melahirkan jutaan graduan.

Ini semua menunjukkan betapa hebatnya kesan penyingkiran dan penentangan terhadap Bahasa Melayu yang tersemai apabila mantan PM, Mahathir Muhammad, mencabut martabat bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik dalam sistem pendidikan kebangsaan. Kaum dan kelompok yang anti bahasa orang Melayu, yang gila dan taksub akan mitos bahawa bahasa Inggeris adalah kunci bagi segala kemodenan, kemajuan dan kesejahteraan akal budi manusia, berkeras dan tak habis-habis mengkritik apabila Menteri Pendidikan baru , Muhyiddin Yassin,
mengumumkan pembatalan PPSMI.

Malangnya masih ramai pegawai birokrat dan pemimpin politik Melayu masih menunjukkan ketakunannya terhadap pengkritik-pengkritik bahasa Melayu ini sehingga apabila hendak menyebut tentang memartabatkan bahasa Melayu dalam sains dan matematik , tak habis-habis menyebut juga untuk meningkatkan bahasa Inggeris. Lihat betapa nipis dan dangkalnya perasaan serta keyakinan diri mereka sebagai penegak kedaulatan bahasa Melayu. Apa yang telah terjadi kepada semangat kebangsaan dan perjuangan masyarakat yang betrnama Melayu?

Lain pula ceritanya dengan pemimpin politik Cina. Dalam akhbar STAR, 7 Mei, 2010, terpampang judul berita yang bercetak tebal : Chua: Give more to Chinese Schools: Govt should allocate more funds under 10MP, says MCA president.

Chua Soi Lek meminta kerajaan memberikan lebih banyak dana pembangunan bagi sekolah-sekolah Cina pada masa depan. Kalau dalam Rancangan Malaysia Kesembilan kerajaan memberikan RM 300 juta , Chua menggesa supaya kerajaan memberi jauh lebih tinggi daripada 300 juta ringgit dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan juga patut menyediakan tapak sekolah bagi sekolah-sekolah Cina di mana ramai penduduk Cina. Kerajaan juga harus memperuntukkan kewangan (maintenance's fees) bagi memelihara semua sekolah Cina. Pada masa sekarang ada sejumlah sekolah yang dibantu penuh, tetapi katanya masih ada lebih 800 yang tidak mendapat bantuan penuh.

Perlukah kita menyalahkan Presiden MCA ini kalau memperjuangkan nasib bahasa dan pendidikan kaumnya? Dia telah dipilih oleh kaum Cina dalam MCA untuk menjadi pemimpin kaum mereka, jadi memang menjadi tugas dan amanah baginya untuk memperjuangkan nasib kaum Cina , bahasa serta petndidikan Cina. Kita tak boleth menyalahkan dia kalau dia tidak peduli atau tidak memperjuangkan bahasa kebangsaan atau sekolah kebangsaan walaupun setiap hari pemimpin BN memberi salam 1 Malaysia. Tidakkah dalam semangat 1 Malaysia itu dalam ertinya yang petnuh hanya ada satu sistem persekolahan sahaja, iaitu sistem kebangsaan. Tetapi Chua betrcakap dalam batas undang-undang dan perlembagaan
negara yang tidak melarang seruan-seruan yang seperti itu. Lebih-lebih lagi Perdana Menteri
selalu menyebut kita misti berubah daripada "tolerance" kepada "acceptance". Apakah orang Melayu, terutama petmimpin-petmimpin politik Melayu, misti terima (accept) semua yang lantang disuarakan oleh petmimpin bukan Melayu .

Masalah kita pada hari ini bukan suara-suara pemimpin bukan Melayu yang berasa bertanggung jawab kepada komunitinya, tetapi adalah pendirian, suara dan kejelasan
perjuangan pemimpin politik serta NGO Melayu. Apakah kita sudah tidak berani lagi secara terbuka menegaskan perkara-perkara pokok Perlembagaan Persekutuan ( bahasa, agama, raja-raja, dan hak-hak ketistemewaan ) sebagai landasan pembentukan bangsa dan negara? Kesihan orang Melayu. Terasa sepetrti saya meludah muka sendiri

6 comments:

Ampuan Awang said...

assalamualaikum, Pak Baha.

perjuangan takkan berakhir. ya, benar. perjuangan bahasa kebangsaan takkan pernah tamat polemiknya...

suhaimi said...

Salam hormat, Dato’.
Berhubung dengan isu penggunaan dan usaha memartabatkan bahasa Melayu yang tampaknya tidak berkesudahan gara-gara ketaksuban baca: kejahilan dan ketidakpedulian terhadap bahasa Melayu) sesetengah orang besar politik, ekonomi, sosial, pendidikan, dan sebagainya terhadap bahasa Inggeris, saya petik kata-kata ilmuan Malaysia dan Barat baru-baru ini.
Terima kasih.

“…Kini seorang sarjana Barat yang baru dilantik kira-kira setahun lalu menjadi Pengerusi Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman, Prof. Dr. Arndt Graf, kebetulan teman lama saya, dengan telus dan tulusnya memberikan pandangan yang turut menyangkal mitos penarafan universiti sedunia itu. Beliau turut merintih kerana kepalsuan yang turut menjadi mitos juga dalam kalangan pemimpin institusi ilmiah apabila bahasa Inggeris dianggap satu-satunya bahasa Barat yang bermartabat bahasa ilmiah, sedang bahasa-bahasa Barat lain seperti Jerman, Perancis dan yang lain tetap utuh sebagai sendi tamadun bangsa-bangsa Barat lainnya. Di Malaysia, kebanyakan pemimpin ilmiah hampir-hampir tidak memberikan nilai ilmiah sama sekali (malah ada yang terus terang menolaknya daripada kriteria pengiktirafan kesarjanaan) kepada karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Alangkah "tingginya rasa rendah diri" sebilangan pemimpin kita yang bergelar ilmuwan!”
Prof. Dr. Hj. Awang Sariyan,
Linguist bahasa Melayu terkemuka dan kini Penyandang Pertama Kerusi Pengajian Melayu Malaysia-China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University.

“Bidang penyelidikan dan penerbitan sahaja amat kompleks - dan amat berbeza umpamanya antara sains dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga dari aspek bahasa. Misalnya, apakah kita semua harus mengabaikan penerbitan dalam bahasa ibunda kita masing-masing, hanya kerana dalam penarafan universiti sedunia hanya terbitan dalam bahasa Inggeris? Tentu tidak! Bahasa Melayu, Perancis, Rusia, Arab, China, Jerman dan lain-lain mesti terus digunakan sebagai bahasa ilmiah.

Kalau perlu, yang patut dihapuskan adalah penarafan universiti sedunia, bukan bahasa ibunda kita masing-masing.”

Prof. Dr. Arndt Graf,
Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman.[Beliau memperkatakan isu penarafan universiti sedunia oleh badan penarafan universiti sedunia, Times Higher Education (THE) dan Quacquarell Symonds (QS).]

ZULKIFLI said...

Salam, Dato’;
Alangkah tergoresnya perasaan kerana dilahirkan sebagai Melayu! Bahasanya yang pernah menjadi lingua franca tidak lagi diyakini oleh sebilangan bangsanya, termasuk bangsanya yang pernah menjadi kepala negaranya (dungu). Alangkah malunya menjadi Melayu apabila sebahagian daripada bangsanya (kerana ego) tidak mempedulikan nasib anak-anak bangsanya yang lain — yang duduk di ceruk kampung — terkial-kial memahami konsep Sains dan asas Matematik! Alangkah peliknya duduk dalam kelompok orang Melayu, kerana sebahagiannya mengalihkan kiblat bahasa mereka ke England dan Amerika sedangkan di Jepun dan Jerman bahasanya memakmurkan negara.

Dato’,
Dalam persidangan UMNO, membangkitkan isu bahasa menjadi dosa. Membicarakan isu bahasa yang menjadi lambang jati diri bangsa dianggap sebagai isu basi. Jadi, siapakah yang hendak kita harapkan? PAS dengan agenda agama untuk semuanya (tidaklah salah), PKR dengan agenda kuasanya. PERKASAkah yang hendak kita harapkan? Atau DAP?

Tun Mahathir hanya bersifat “mantan” pada jawatannya dahulu tetapi tidak “mantan” dalam pendiriannya mengangkat ketuanan bahasa Melayu. Di dalam blognya, suatu ketika dahulu, dia sampai tergamak membuat pungutan suara tentang pemansuhan PPSMI. Hasil pungutan suara itu dibangga-banggakannya — bahawa lebih banyak orang yang lebih suka PPSMI diteruskan.

Entahlah, Dato’. Mereka bukan sahaja memelukutkan bahasa kita ini malah memelukutkan kita sendiri.

Ampuan Awang said...

assalamualaikum kembali buat Pak Baha. Pernah saya meluahkan rasa sedih dalam sebuah puisi ini, yang bertajuk 'Bangkitlah Pejuang Bangsaku...':

Wahai pejuang

Bangkitkan kembali semangatmu yang kelam

Dihanyutkan badai kemajuan yang deras

Mengharung liku-liku

berlarutan keadaannya

Jauh hingga lemas ke dasar


Watak-watak wiramu telah lama kembali

Jasa mereka...

Lupakah kalian akan pengorbanan yang pernah dicurahkan!

Pertempuran di Hulu masih berada jelas diingatan

Takkan padam ingatan itu

Walaupun ia cuma tinggal sebuah kenangan

Begitu juga di Hilir

Darah pernah mengalir di sana

Kalian lupakah!


Ke mana hilang rasa banggamu?

Pada warisan milik moyangmu dahulu

yang digelar pengkhianat

dicerca, difitnah oleh penjajah

dan yang sesuku denganmu

Hanya disebabkan rasa bangga pada dunia baru

Dunia yang wujud atas darah hangat

yang membasahi bumi bertuah ini


Semakin lama hidup

Semakin diinjak-injak

Merdeka bergema setakat di kerongkongan


Salam pejuang ku tujukan

Buat para wira terdahulu

dan yang terkemudian

Semoga cita-cita kita

Bersatu di bawah payung

beserta panji-panji Melayu

Menjadi bukti pada sejarah

Bahawa bangsa kita

Takkan pupus

dan takkan hilang di dunia...

bahazain said...

Assalamualaikum

Sdr Ampuan Awang,
Benar, InsyaAllah , semangat dan api cinta terhadap bahasa kita sukar dipadamkan kerana ia adalah perasaan, fikiran, hati nurani dan suara kehidupan kita.

Sdr Suhaimi,
Penarafan universiti sebagai pusat ilmu berdasarkan bahasa Inggeris jelas menunjukkan imperialisme bahasa Inggeris terhadap pembangunan bahasa-bahasa lain yang mendukung jati diri bangsanya.Anehnya ramai antara kita ( ilmuwan & Profesor juga) termakan dengan panarafan yang kontroversial ini.Walau bagaimana pun elok juga isu ini timbul untuk membuat institusi ilmu kita berfikir lebih serius tentang ukuran-ukuran yang sebenarnya.Pokoknya bagaimana membangunkan bahasa Melayu terus berkembang maju sebagai wahana ilmu dan tamadun modern.

Sdr Zul,
Kita sekarang sedang dilanda oleh globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi. Semua dunia membangun menderita masalah yang sama, tetapi selagi rakyat celik budaya dan terus menyoal sebagaimana yang sedang kita lakukan, kita akan dapat melawan kehancuran jati diri dan nasib bangsa kita. Mari kita memperkukuhkan kedegilan semangat dan pemikiran kita untuk melawan secara intelektual musuh luar dan lebih-lebih lagi musuh di dalam. Perluaskan dialog dan debat budaya ini dari waktu ke waktu.

MARSLI N.O said...

Slam Pak Baha: Untuk tidak sekadar tergantung dengan tanya, kita memilih bil tiba waktunya.

MARSLI N.O